Dalam sesi memancing jenggo, umpan dan faktor air sungai sangat memainkan peranan yang penting. Umpan yang biasa kami gunakan di sini seperti cacing, bangkutut (anak
udang), punpun nipah dan jantung ayam. Saya rasa umpan ini juga biasa digunakan di Malaysia.
Ads
Sebagai pemancing apatah lagi sebagai seorang tekong, mestilah pandai meliat keadaan air dan menjangka suhu air dan mencari lubuk-lubuk yang berpotensi. Suhu air yang agak sejuk ataupun perjalanan air yang agak laju sukar untuk mencari sepit biru atau jenggo.
Lubuk yang agak dalam dan mempunyai putaran air agak berpotensi disini. Ia sering menjadi lubuk yang sering dikunjungi oleh kami para pemburu jenggo. Harus difahami juga bahawa udang bergerak dalam kumpulan dan jangan berpindah agak telalu jauh.
Ads
Keadaan air yang bergerak surut agak mudah untuk mendapatkn sepit biru atau jenggo dan air bergerak naik pasang sukar untuk mencari kerana ia lebih suka bersembunyi dan pemancing perlulah memburu di bawah kayu atau akar-akar nipah.
Ads
Saiz Mata kail yang biasa kami gunakan adalah no. 4, 5, 6 dan halus agar tidak selalu lucut.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Ketika bertemu dengan kandang sotong dan merasai keseronokan menggila menarik sotong, kadang-kadang ia boleh membuatkan kita alpa.
Alpa pada bahaya yang bakal dihadapi. Sebenarnya ada bahaya sampingan ketika mencandat sotong dan sewajarnya kita ambil tahu dan mengambil langkah waspada.
Ancaman Todak
Jangan bermain-main dengan lampu. Lampu suluh yang disuluh di merata-rata boleh mengejutkan ikan todak. Kebiasaannya ikan todak berada dekat dengan permukaan air.
Apabila terkejut ia akan berenang dengan laju dan melompat di atas permukaan air. Jika nasib tidak baik, muncung tajamnya akan mencucuk kita.
Saiz ikan todak di laut lebih besar daripada saiz ikan todak di sungai. Ikan todak juga suka berkejaran dan memburu makanan dengan membuat lompatan dan renangan yang laju.
Kes tikaman todak pernah berlaku beberapa tahun lepas di Kelantan. Tikaman ikan todak berkenaan telah menyebabkan kehilangan nyawa manusia.
Spesies Asing
Apabila lampu bot dipasang bagi tujuan mencandat, banyak haiwan-haiwan kecil yang akan timbul menghampiri lampu. Ada diantaranya berwarna-warni dan cukup cantik.
Anda dinasihatkan agar tidak menangkap atau memegangnya walaupun saiznya kecil. Kemungkinan, haiwan berkenaan sangat bahaya.
Antara haiwan yang biasa timbul ialah ulat bulu laut yang cukup berbisa.
Ular Laut
Ular laut akan timbul dipermukaan laut apabila arus laut semakin perlahan atau mati. Ular ini akan timbul bagi mencari ikan dan sotong.
Ular laut seringkali terkena pancing candat yang menggunakan umpan ikan (candat umpan).
Pastikan yang mengena pancing anda adalah sotong sebelum anda memegang atau mengangkatnya ke dalam bot.
Ribut dan Kilat
Apabila berlaku perubahan monsun, hujan ribut dan kilat boleh berlaku secara tiba-tiba. Jika ribut datang dari arah laut, tekong akan mudah mengesannya.
Jika ribut datang dari arah daratan, sudah tentu bot mencandat tidak sempat untuk mengelak. Ada sesetengah tekong yang sudah biasa dengan ribut mengambil keputusan untuk tidak beralih dengan alasan tempoh ribut yang singkat.
Bagi pemancing yang tidak biasa tentunya akan menimbulkan keadaan cemas dan takut. Ada juga tekong bot yang berlindung di kawasan pulau yang lebih tenang sebelum kembali semula ke lokasi mencandat selepas ribut berlalu.
Lebih parah lagi jika hujan ribut datang disertai kilat. Suasana sekeliling cukup mencemaskan. Apa yang dibimbangi jika hujan tanpa ribut yang disertai dengan kilat.
Ada pemancing yang mengambil kesempatan untuk mencandat pada suasana sedemikian. Perlu diingat sotong akan tetap memegang umpan selagi lampu tidak dipadam.
Kilat selalunya menyambar objek atau struktur yang paling tinggi. Di laut, bot candat merupakan struktur terapung yang paling tinggi yang akan mendedahkan pemancing kepada sambaran kilat.
Adalah dinasihatkan agar pemancing berada di dalam kabin bot dan tidak keluar mencandat sehingga kilat berlalu. Ada beberapa kes sambaran kilat di laut pernah dilaporkan di dalam media kita.
Ikan jenahak… ada ke mana-mana pemancing terutamanya pemancing laut dalam yang tidak mengenali ikan jenahak? Kalau tak kenal eloklah anda berhenti memancing. Ia satu keaiban besar bagi seorang pemancing.
Jenahak merupakan satu spesies ikan yang cukup popular di kalangan pemancing. Selain rasa isinya yang sedap, ia juga mempunyai nilai komersial yang tinggi di pasaran. Tidak hairanlah ikan dari keluarga snapper yang bersisik keemasan dan bertanda hitam bulat di badannya itu sentiasa menjadi buruan para pemancing. Bagi yang berjaya menaikkan spesies ini, khususnya yang bersaiz bagak, ia dianggap sebagai satu trofi peribadi.
Jenahak berwarna emas kebiasaannya diperolehi di lubuk-lubuk yang dalam dan jenahak yang mendiami lubuk yang cetek mempunyai warna yang lebih pudar. Jenahak dikatakan memiliki waktu makannya tersendiri iaitu antara lewat malam hingga ke pagi, khususnya antara 12 -6 pagi. Namun kadang-kadang jenahak kerap juga dinaikkan pada waktu siang.
Jenahak lebih gemar memilih umpan segar dan masih hidup. Umpan terbaik adalah sotong cumit, kurita dan udang lipan. Bagaimanapun, umpan hirisan juga boleh menggoda jenahak. Kaedah lain seperti jigging juga boleh memikat jenahak, namun ia hanya sesuai di sesetengah tempat lokasi sahaja. Dalam erti kata lain jenahak kurang memakan jig.
Spesies berharga ini sering bergerak secara kumpulan kecil dan apabila ia mula makan, bersedia dengan serangannya sehingga ia mula berhenti makan. Amat penting, pastikan pada waktu keemasan ini, tidak berlaku kes tali putus atau rabut. Ini kerana jika ia berlaku, tiada lagi ragutan diterima kerana jenahak telah lari dari lubuknya. Untuk mencari jenahak, tekong kena rajin tukar lubuk.
Pemilihan tali juga memainkan peranan penting. Tali yang baik ialah dari jenis mono yang berkekuatan 15-20 paun, tak kira apa jenama sekalipun asalkan ia halus dan kental. Tali utama yang halus memudahkan umpan dibaling pada jarak yang lebih jauh dan umpan pula dapat tenggelam lebih cepat.
Warna tali yang disarankan ialah hijau, biru atau jernih, walaupun bagi sestengah pemancing, penggunaan warna jernih juga tidak digalakkan kerana menimbulkan silauan jika terkena cahaya matahari.
Biasanya tekong mempunyai pendapat sendiri tentang pemilihan jenis dan warna tali. Sebagai pemancing, anda haruslah mendengar nasihat yang diberikan oleh tekong kerana mereka sudah arif dengan sifat-sifat pemangsa di kawasannya.
Penggunaan tali mono digalakkan berbanding sulam. Walaupun kadangkala tarikan tenggiri ganas, tetapi jika dilayan dengan betul, tali yang berkekuatan 10 paun pun takkan putus melainkan jika anda terlalu mengetatkan drag.
Penggunaan tali sulam yang tebal bukan sahaja menakutkan tenggiri, malah mengganggu pemancing lain, lebih-lebih lagi jika terbelit pada tali lain yang sedang diragut tenggiri. Akibatnya, terjadilah kes-kes tali utama putus semasa pemancing sedang syok melayan asakan ikan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...