Oleh: Helmi Proton

 

Tebal pipi sekarang merupakan spesies yang sukar dipancing disebabkan jumlahnya yang sudah semakin berkurangan berbanding 15 -20 tahun dahulu. Untuk memancing spesies tebal pipi, pemancing mestilah ketahui secara mendalam tentang habitat speseis ini.

 

Perlu diketahui tempat laluan, tempat cari makan, tempat riadah, diet kegemaran, masa yang sesuai untuk mengendapnya, cara pemakanannya dan alatan yang sesuai untuk menjeratnya.

 

Rahsia Memancing Ikan Tebal Pipi

 

Mengikut pengalaman kawan memancing spesies ini, tebal pipi yang bersaiz kecil bawah 500 gram selalunya bergerak secara berkumpulan besar manakala 500 gram hingga sekilogram biasanya bergerak secara berkumpulan kecil.

 

Manakala yang bersaiz sekilogram keatas kebiasaannya bergerak secara solo namun kadangkala apabila tiba musimnya yang bersaiz besar ni bergerak secara berkumpulan besar namun ianya jarang berlaku dan hanya berlaku apabila tiba musimnya sahaja.

 

Rahsia Memancing Ikan Tebal Pipi

Ads

 

Tempat cari makannya adalah kawasan beting beting pasir dan lumpur yang mengandungi cacing laut iaitu ruat, perumpun, jangkau serta uni-uni dan juga kawasan berpasir halus yang berbatu kerikil serta berteranas di mana kebiasaannya kawasan ini mengandungi karang tiram dan kupang.

 

Sebab itu kawan pilih rakit Mamat sebagai pilihan untuk mengendap tebal pipi kerana rakitnya berada di bawah alor kapal dimana strukturnya berpasir, berbatu kerikil, berteranas, sedikit berlumpur dan ada karang tiram serta karang kupang.Ianya memang kawasan yang sesuai untuk tebal pipi meronda dan mencari makanan.

 

Rahsia Memancing Ikan Tebal Pipi

 

Ruat bakau, perumpun, uni dan jangkau adalah umpan terbaik untuk menjerat spesies ni namun ia juga diminati oleh spesies lain. Spesies-spesies wajib seperti duri dan gelama yang bedal dulu disebabkan jumlah mereka lebih banyak.

 

Ads

Untuk mengenali laluan tebal pipi ni biasanya pemancing mestilah mengenal pasti dulu kawasan alor, beting, teranas, karang tiram dan kupang yang sering dikunjungi spesies ini seperti yang terdapat di Rakit Mamat Tanjung Buai.

 

Rahsia Memancing Ikan Tebal Pipi

 

Kebiasaannya masa yang terbaik untuk menaikkan spesies ini adalah ketika permulaan pasang, pengakhiran pasang, permulaan surut dan pengakhiran surut. Cara memakan dengan mengutis umpan seperti ikan kecil pada permulaannya dan apabila dah telan atau mata kail dah tercacap kukuh barulah spesies ini melarikan umpan.

 

Hanya pemancing yang biasa menaikkan spesies ini lebih arif dan kenalpasti cara permakanannya. Tak boleh cepat melatah dan terus sentap kerana kebiasaannya tak lekat atau sering rabut semasa bertarung disebabkan mata kail hanya terlekat sedikit di bahagian mulutnya yang lembut.

 

Ads

Rahsia Memancing Ikan Tebal Pipi

 

Oleh itu mata kail memainkan peranan yang amat penting untuk menjerat spesies ini bergantung kepada kesesuaian penggunaan umpan. Mata kail yang sesuai adalah mata kail bersaiz kecil seperti mata kail wide gap bersaiz 6 jenama Angler di mana ianya sesuai dengan cara makan semulajadi spesies ini iaitu mengutis dan menyedut barulah telan.Kena pulak mata wide gap ni kalau telan memang secara semulajadinya kompom lekat tanpa perlu disembat.

 

Panjang perambut dan saiz perambut juga memainkan peranan yang penting untuk mendapat spesies ini. Perambut yang biasa digunakan adalah 20 pound ke bawah dan seeloknya fluorocarbon atau perambut halimunan yang tidak kelihatan di dalam air.

 

Rahsia Memancing Ikan Tebal Pipi

 

Tebal pipi ni adalah spesies yang begitu culas makan umpan. Kalau guna perambut kasar kadar kebarangkalian untuk mendapatkannya adalah sangat rendah terutamanya spesies yang bersaiz kasar tatkala air berarus perlahan atau bani.

 

Panjang perambut bergantung kepada kedalaman air. Jika kawasan cetek kurang dari 10 meter setengah depa sudah memadai namun jika kedalaman air lebih dari 10 meter panjang perambut ideal untuk menjerat spesies ini adalah sedepa atau lebih.

 

Rahsia Memancing Ikan Tebal Pipi

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI