Rahsia Memancing Di Muara Yang Tak Didedahkan!!

Share

 

Menurut Kapten Rosdi Abdullah, perkara pertama pemancing perlu tahu dan faham ialah jadual pasang pasang surut air laut.

Ini kerana muara merupakan pintu keluar masuk ikan dari laut. Atau dalam erti kata lainnya, ikan-ikan tertentu hanya akan masuk ke dalam sungai berpandukan pasang dan surut air.

Biasanya pada waktu air pasang besar, spesies-spesies sasaran itu berenang mudik ke sungai. Inilah masa terbaik untuk memancing.

 

 

Banyak jenis umpan boleh digunakan bagi memancing di muara seperti umpan hidup dan umpan mati.

Namun penggunaan umpan mati seperti hirisan ikan, kebarangkaliannya untuk disambar ikan sasaran pada 1/10 berbanding umpan hidup.

Antara umpan udang hidup dan ikan hidup, peluang bagi udang hidup lebih tinggi disambar pemangsa tetapi umpan ikan belanak hidup lebih berpeluang peroleh ikan yang lebih besar dan berkualiti.

 

 

Umpan ikan hidup terbaik, yang diperoleh dari sekitar tempat memancing dengan menangkapnya menggunakan jala.

Selain itu pemancing juga perlu tahu cara untuk mencangkuk umpan ikan belanak yang digunakan untuk memastikan umpan itu terus hidup dan timbul di permukaan air.

Tip terbaik ialah mata kail perlu dicangkuk di belakang ikan untuk menjamin dapat hidup lebih lama.

 

Teknik penyediaan perambut

 

Umpan ikan hidup itu akan mati sekiranya arus air di kawasan muara terlalu deras atau tali perambut yang digunakan terlalu kasar.

Sekiranya umpan ikan hidup diperoleh menggunakan jala, jangan letak lebih dari sembilan ekor dalam satu bekas, bagi mengelakkan ikan itu mati.

Jumlah yang sesuai ialah tujuh ekor dalam satu bekas yang dipasang pam oksigen.

 

 

Perambut terbaik adalah jenis fluorocarbon 100% berkekuatan 50lbs. Perambut yang biasa saya gunakan sepanjang 30cm.

Perambut yang siap diikat mata kail ini kemudian disambung pula dengan perambut tangsi berkekuatan 30lb-40lb dengan ikatan penyambungan 8 figure knot.

Panjang keseluruhan perambut ini sekitar 1 ½ depa bertujuan meringankan perambut agar umpan ikan belanak hidup lama tanpa membawa beban yang berat.

 

Published by
Amang