Rahsia Melabuh Umpan Hidup Menjerat Tenggiri

Share

 

Jika memancing tenggiri menggunakan umpan ikan hidup, kita seharusnya tahu bagaimana untuk persembahkan umpan tersebut di dalam air. Ini adalah faktor paling penting untuk mengendap tenggiri. Tenggiri adalah pemburu pertengahan dan bawah permukaan air.

 

Ikan tenggiri gemar berada kira-kira 20 kaki hingga 40 kaki dari permukaan air. Jika menggunakan perambut sepanjang 4 depa, umpan tadi perlu diangkat 5 depa setelah batu ladung mencecah dasar.

 

Kemudian umpan dihanyutkan mengikut arus dan diangkat sedikit demi sedikit dalam tempoh tertentu jika tiada tanda-tanda sentapan. Kedalaman kemudian disukat jika berlaku sentapan tenggiri. Jadi golongan nelayan dapat membaca secara kasar kedudukan tenggiri.

 

 

Cara ini lebih efektif selain kita laraskan kedalaman bagi mereka yang menggunakan kekili elektrik. Bacaan kedalaman air boleh membantu mereka melabuhkan umpan pada tahap kedalaman yang tepat.

 

Di kawasan unjam pula ramai menggemari teknik hanyut atau di bawah sedikit di permukaan air sahaja. Tenggiri bukan pemburu dasar dan amat jarang menyerang mangsa di dasar air kecuali mangsa sedang dikarau naik ke atas. Yang penting umpan mesti digantung dari dasar minima 6 meter atau lebih. Tengok kedalaman air.

 

 

Bagi teknik menghanyut pula disarankan pakai belon. Pastikan umpan berada kira-kira 7 depa dari belon.

Published by
Amang