Rahsia Kejayaan Memancing Mahi-Mahi!!

Share

 

 

Rekod secara rasmi tangkapan terberat untuk mahi-mahi ialah 39.6 kg atau 87Ib pada tahun 1976 di Costa Rica.

Mahi-mahi bukanlah satu spesies yang gemar mendiami satu-satu tempat, ia biasanya bergerak secara bekumpulan dari satu kawasan ke satu kawasan di mana terdapatnya kumpulan ikan pelagik yang mengikuti pergerakan arus.

 

Sekiranya ada pemancing yang menggunakan tangsi 2Ib dan berjaya dengan tangkapan 10kg ke atas, beliau patuk diberi perhatian dan kita perlu mempelajari teknik darinya bagaimana tangsi sekuat tali benang boleh menarik spesies 15 kali lebih kuat.

 

Bagaimanapun perambut yang digunakan adalah lingkungan 20Ib hingga 50Ib tangsi atau dawai.

 

Sesuai dengan diet utama spesies yang berwarna cantik ini memburu ikan pelagik, jadi umpan terbaik adalah dikalangan ikan-ikan pelagik terutama yang masih hidup.

Spesies pelagik yang biasa ditemui diunjam termasuklah selayang, selar, kembong, pelaling, selar kuning, tamban sisik, tamban beluru dan juga spesies kecil seperti ikan bilis.

 

Kehadiran ikan mahi-mahi mudah dikesan oleh kebanyakan pemancing kerana tabiatnya yang gemar melonjak ke udara.

Jika kena pada masanya, sebarang umpan hidup maupun mati tidak menjadi masalah, mahi-mahi nescaya akan menyambar umpan tersebut sebaik saja dilemparkan.

 

Saya lebih senang mengunakan perambut tangsi (monofilament) berkekuatan 30Ib hingga 50Ib sepanjang sedepa ke atas dari mengunakan perambut dawai.

 

Mengunakan perambut tangsi (biasa) membuatkan umpan kelihatan lebih hidup terutama ikan mati apabila dibuai arus. Belaian arus mengolak pemangsa datang menyiasat dan seterusnya meragut ikan ‘hidup’ itu.

 

Jika mengunakan perambut biasa lakukan pemeriksaan setiap kali anda mendaratkan ikan terutama berdekatan dengan ikatan mata kail dari kesan-kesan calar atau genting. Potong saja bahagian calar jika perlu.

 

Manakala untuk mata kail purata saiz yang disyorkan nombor 2/0 hingga 4/0 sama ada jenis umpan hidup atau jenis lurus panjang kerana mahi-mahi agak rakus menyambar umpan.

Selain itu kaedah menunda (trolling) balingan gewang serta jigging juga mendatangkan kesan positif jika kena masanya.

Published by
Amang