Suatu ketika dulu setiap kaki casting memiliki sekurang-kurangnya seketul jump frog di dalam kotak gewang. Lama kelamaan soft frog mengambil alih kepopularan jump frog. Maka tidak ramai pengusaha pembuatan sendiri jump frog.
Namun belum terlambat untuk korang buat sendiri. Harus diingat ikan bukannya memilih gewang mana yang lebih popular untuk disambar.
Bahan keperluan:
Kayu nangka atau apa saja kayu yang mampu mengapung dengan baik.
Dawai
Mata kail dua mata
Epoxy tahan lasak untuk metal
Solder dan timah
Kertas pasir
Janggut getah
Cat spray
Cara Menghasilkannya:
Cara 1
Potong kayu nangka dengan gergaji mengikut saiz jump frog yang dikehendaki dan raut bentuknya dengan menggunakan pisau.
Cara2
Setelah diraut bentuk gewang dikehendaki, gosok keseluruhan permukaan kayu dengan kertas pasir.
Cara3
Sebaiknya gunakan kertas pasir yang lebih kasar dan digosok dengan menggunakan air sabun. Menggosok kayu yang dibasahi air sabun lebih mudah berbanding kayu yang kering.
Cara 4
Gunakan gergaji untuk membelah dan membentuk lurah (kedalamannya separuh daripada gewang) di mana lurah ini akan dimasukkan dawai.
Cara 5
Pandangan dari arah atas sebagai panduan kedalaman lurah.
Cara 6
Potong dawai keras dua kali panjang dari saiz gewang kemudian lipat dengan menghasilkan lingkaran pada kedua-dua bahagian ujungnya.
Cara 7
Masukkan dawai ke dalam lurah dan tutup sepenuhnya dengan gam epoxy.
Cara 8
Pastikan gam atau epoxy betul-betul kering dan mengeras kemudian barulah digosok hingga licin.
Cara 9
Gewang sudah digosok dengan licin.
Cara 10
Buatkan satu lubang kecil di bahagian bawah perut gewang untuk diletakkan pemberat.
Cara 11
Panaskan solder kemudian titiskan timah yang cair ke dalam lubang tersebut.
Cara 12
Letakkan mata kail pada gewang kemudian uji tahap kestabilannya di air. Sekiranya kepala gewang mendongak ke atas bermakna pemberat sudah mencukupi.
Cara 13
Setelah memperoleh kestabilan yang dikehendaki, Cara seterusnya adalah untuk menutup lubang timah tersebut.
Cara 14
Dengan menggunakan gam atau epoxy yang sama tutupi lubang tersebut.
Cara 15
Pastikan gam sudah kering kemudian barulah ia digosok dengan kertas pasir sehingga licin.
Cara 16
Cara seterusnya adalah untuk mewarna atau mengecat gewang.
Cara 17
Tentukan dahulu bagaimana anda ingin mengecat gewang tersebut.
Cara 18
Gewang yang telah siap diwarnakan.
Cara 19
Setelah cat kering, lapisi pula dengan cat warna jernih atau clear.
Cara 20
Cara seterusnya adalah memasang getah janggut dan mata kail pada gewang dan selepas itu sudah boleh digunakan.