Tebal pipi. Namanya saja dah unik, tapi rupanya lebih kurang sama seperti ikan-ikan lain. Namun, apa yang istimewa tentang ikan ini?

Bagi pemancing Pantai Timur, nama ikan tebal pipi mungkin agak jarang didengari. Ini kerana spesies ini kebiasaannya lebih banyak mendiami habitat di perairan Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

 

Walaupun dengan nama yang agak pelik atau unik ini, ramai juga yang tak tahu spesies ini juga tergolong antara spesies gred A yang menjadi buruan kaki pancing.

 

Habitat

Ikan tebal pipi menjadikan kawasan muara sungai dan pantai berpasir yang dalam sebagai habitatnya. Ia juga sering didapati di kawasan kedalaman air sehingga 60 meter yang berstruktur dan mempunyai karang yang tebal.

 

Ikan tebal pipi juga amat unik kerana ia mempunyai 2 warna yang berbeza. Ada ikan tebal pipi yang berwarna putih dengan tompok hitam kecil yang banyak pada atas badannya lebih kurang sama dengan gerut-gerut.

 

IKLAN

Namun ada juga tebal pipi yang berwarna keemasan pada keseluruhan badannya. Mungkin faktor persekitaran dan habitat yang membawa kepada perbezaan warna ini.

 

Beza Tebal Pipi dan Gerut-Gerut

Haa, yang ni ramai ada juga yang failed! Sebab kebanyakan pemancing lebih mengenali spesies gerut-gerut yang juga merupakan saudara-mara rapat tebal pipi kerana ia lebih biasa dinaikkan.

 

Walaupun kedua-dua ikan ini mengeluarkan bunyi yang agak sama bila dinaikkan ke darat iaitu ‘groottt’ atau ‘krooottt’ tetapi perbezaan yang jelas sudah tentulah ada pada badannya.

 

IKLAN

Tebal pipi diberi nama sedemikian kerana ia mempunyai bahagian insang membengkak dan tulang pipi menonjol keluar, badan berwarna perak (ada juga berwarna keemasan)

dan di bahagian bawah terutama sirip, ridip dan ekor pula berwarna kekuningan, mempunyai tompok-tompok bintik hitam di bahagian atas serta badannya lebih gempal dari gerut-gerut.

Walaupun berbeza dari segi rupa, diet kedua-dua spesies ini adalah sama sahaja.

 

Buru Tebal Pipi

Tidak perlukan peralatan yang mewah untuk buru spesies ini. Cukuplah sekadar set pancing sederhana yang dipadankan dengan perambut bottom biasa dengan padanan mata kail 1/0 atau 2/0.

IKLAN

Tak perlukan mata kail bersaiz besar kerana spesies ini tidak mempunyai mulut yang luas seperti kerapu, siakap atau jenahak.

 

Mata kail yang dipilih haruslah tajam kerana ikan ini mempunyai bahagian mulut dan lelangit yang keras.

 

Umpan terbaik menjerat spesies ini sudah tentulah umpun-umpun. Di Melaka penggunaan umpun-umpun panjang yang dipanggil jangkau amat popular digunakan untuk memburu spesies ini. Selain itu umpun-umpun sarang dan ruat juga menjadi antara umpan popular.

 

Selain daripada umpun-umpun, alternatif umpan lain yang boleh dipilih ialah udang hidup, cumit, jari sotong kurita, dan bilis.Waktu yang terbaik memburu spesies ini sudah tentulah ketika air surut sepenuhnya dan mula bergerak pasang.

 

 

Pada waktu ini tebal pipi gemar merayau ke kawasan dasar berpasir dan batu karang kecil untuk mencari makanan di dasar. Ikan tebal pipi juga ada kalanya keluar memburu secara berkelompok. Jika dah dapat seekor tu, potensi untuk dapat ikan seterusnya juga cerah.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI