Ikan puyu atau ikan karuk (nama panggilan di Sabah dan Brunei) atau nama saintifiknya Anabas testudineus merupakan spesies ikan air tawar yang paling lasak. Sawah atau tali air serta sungai kecil menjadi habitat utama spesies ini.

 

Ikan puyu memiliki sisik atau bersisik dan bersirip keras. Sirik pektoralnya yang keras dan panjang ini memainkan peranan bagi memudahkan spesies ini bergerak di atas tanah yang

berair kerana pada ketika tertentu pada musim hujan, kebanyakannya berpindah dan akan memanjat tebing sungai mencari lopak air yang lain. Ia paling layak digelar spesies yang suka berhijrah.

 

Profil Unik Ikan Puyu!!

 

Spesies ini juga mampu bertahan tanpa air hingga enam hari selagi ia kekal dalam keadaan lembab. Ikan puyu dewasa mampu menjangkau panjang kira-kira 25 cm atau 9.8 inci.

 

Spesies ini hidup secara berkumpulan dan lantaran itu, spesies ini mudah terancam oleh aktiviti-aktiviti penangkapan ikan seperti jaring, pukat, jala, tuba dan pancingan yang keterlaluan (tanpa mengamalkan kaedah tangkap dan lepas bagi yang bersaiz kecil).

 

Terdapat kepercayaan dalam masyarakat Melayu yang mana spesies ini mampu menghalang tuan rumah daripada dipukau oleh orang yang ingin masuk mencuri.

Ini disebabkan ikan ini dipercayai tidak tidur. Lantaran itulah masyarakat Melayu telah lama memelihara spesies ini di dalam rumah untuk tujuan itu.

 

Profil Unik Ikan Puyu!!

 

Ikan puyu juga dijual sebagai makanan di pasar-pasar tani. Di tempat yang tidak terdapat ikan puyu secara semula jadi, spesies ini dianggap spesies ceroboh.

IKLAN

Ketika musim kering, ntuk terus hidup ikan ini berupaya melompat ke darat sebagai ikhtiar hidup mencari air.

 

Beberapa kejadian yang menyebabkan kematian telah berlaku apabila ia melompat ke dalam mulut manusia lalu mati tercekik.

 

Ikan ini merupakan sumber penting sebagai ikan makanan di sesetengah tempat di India dan di Asia Tenggara di mana keupayaannya untuk hidup di luar air bagi jangka masa yang panjang, selagi kekal lembab, meningkatkan keupayaan pemasarannya.

 

Profil Unik Ikan Puyu!!

 

Selain memelihara ikan puyu untuk tujuan perhiasan atau menjadikannya penghalang kuasa jahat, tidak kurang juga yang menjadikannya sebagai juadah.

Ikan puyu mempunyai khasiat yang sama dengan ikan-ikan air tawar yang lain, biarpun persepsi masyarakat menganggap ikan puyu sebagai ikan paya atau ikan lumpur.

 

IKLAN

Ikan puyu merupakan spesis ikan air tawar paling lasak kerana bentuknya bersisik licin dan bersirip tajam, mempunyai jangka hayat yang lama dan mampu hidup lebih lama di atas darat walaupun tanpa air.

Biasanya ikan puyu ini akan dibiarkan untuk tempoh 2-3 hari sebelum dimasak bagi tujuan menghilangkan bau lumpur.

 

Profil Unik Ikan Puyu!!

 

Taxonomy

Kingdom: Animalia

Phylum: Chordata

Class: Actinopterygii

Order: Perciformes

Family: Anabantidae

IKLAN

Genus: Anabas

Species: testudineus (Bloch, 1792)

 

Profil Unik Ikan Puyu!!

 

Common Name

Betuk (Malay)

Climbing Bass (English)

Climbing Perch (English)

Climbingperch (English)

Garok (Malay)

Ikan Puyu (Malay)

Karok (Malay)

Pepuyu (Malay)

Puyu (Malay)

Residential: Native

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI