Profil ringkas ikan cencaru

Share

 

Pada awalnya, saya berpendapat bahawa terdapat dua spesies ikan cencaru berdasarkan panggilan tempatan.

Setelah melakukan sedikit rujukan, saya dapati hanya satu spesies cencaru dalam kamus ikan. Jadi, cencaru dan cencaru kuda adalah spesies yang sama.

 

 

Cencaru kuda nama timangan buat ikan cencaru matang bersaiz 1kg ke atas, sebagaimana nama panggilan ikan gubal untuk spesimen senangin bersaiz besar.

Manakala nama timangan biasa didengari untuk ikan cencaru ialah ikan jaket atau ikan keras ekor. Ia merujuk kepada ciri-ciri utama cencaru iaitu memiliki kulit keras.

baca juga umpan bulu pancing cencaru

 

Ikan cencaru boleh membesar sehingga 80cm dan berat maksimun dilaporkan 4kg. Ia mencapai kematangan pada saiz 25cm.

Di negara kita ia tidak sempat membesar sehingga tahap ini. Paling besar pernah saya lihat ialah 2kg dan sendiri pancing hanya sekitar 1.5kg.

 

foto: Mohd Syauqi

 

Ini disebabkan ikan ia mempunyai pasaran yang luas dan diminati ramai. Permintaannya tinggi.

Kalau ada yang terlepas dari pukat sekor dua kemudian membesar dalam kumpulan kecil yang kami panggil cencaru kuda.

 

Cencaru ketika hidup berwarna hijau dan putih di bahagian bawah badan bertukar menjadi kehitaman apabila mati.

Cencaru berada dalam satu keluarga dengan ikan trevally dan diketegorikan sebagai ikan scad dan torpedo sebagaimana seperti jemuduk, gerepoh, gerong belang, cupak dan sebagainya.

 

 

Kebanyakan subspesies ikan ini mempunyai pangkal ekor bersisik keras boleh melukakan si pemegang yang cuai, dan berekor tirus bercabang.

Musim bertelurnya setahun sekali dan waktu puncak ialah ketika tengkujuh dalam bulan Januari.

baca juga pancing cencaru kelong acheh

 

Habitat dan sifat

 

Kawasan persisiran perasaskan pantai berkarang, pulau, unjam dan terumbu cetek dari kedalaman 20meter hingga 100meter menjadi pilihan cencaru.

Ikan cencaru di Pantai Barat banyak mendiami kawasan karang seperti Port Dickson, laluan kapal Selat Melaka, Pulau Angsa (20 tahun dahulu), Pulau Sembilan, Pulau Jarak, Langkawi dan kawasan unjam atau tuas di Kedah.

 

 

Pencarian cencaru di Pantai Timur pula agak mudah kerana cencaru lebih gemar berada di unjam nelayan bersama pelbagai jenis anak ikan pelagik.

Cencaru adalah ikan berkelompok atau bergerak dalam kumpulan besar di permukaan dan pertengahan air.

 

Sesuai dengan sifat ikan scad dan torpedo, cencaru adalah ikan yang berdaya saing iaitu ada ciri-ciri menyerang serta ia lebih dikenali ikan pemangsa walaupun bersaiz kecil.

Sifatnya akan menyerang beramai-ramai terhadap sebarang mangsa. Ini dibuktikan melalui tindak-tanduknya ketika kita melabuhkan apollo di unjam.

 

foto: Lebai Mael

 

Disebabkan ikan ini dilindungi kulit keras, ia jarang sekali dijadikan umpan hidup walaupun kecil saiznya.

Ikan yang mampu berenang pantas serta kuat gegaran badannya seperti ikan tongkol. Jika anda pernah memperolehi cencaru kuda, joran sentiasa bergegar semasa dihenjut sang cencaru.

baca juga pantai najis ikan bayan

 

foto: Lebai Mael

 

Profil ringkas

 

Nama saintifik: Megalaspis cordyla

Keluarga: Carangidae

Nama lain: Keras ekor, jaket, tentekel, besi hangat

Ciri fizikal: Hijau kebiruan, keperakan di bahagian bawah dan pangkal ekor bersisik keras dan tajam.

Diet: Anak ikan pelagic terutamanya bilis

Taburan: Barat Laut Pasifik, Timur Arika, Selatan Jepun hingga Australia. Hampir keseluruhan Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

(Sumber: Pokmud’s)

 

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

 

Published by
Amang