Udang galah bersifat omnivor di samping memiliki saiz mulut yang kecil untuk makan daging dan tumbuhan. Bahan reput, tumbuhan akuatik, daging haiwan, dan daging ikan juga merupakan sumber makanan udang galah.

 

Disebabkan makanannya mendap di dasar sungai, udang galah menjadi hidupan akuatik yang amat sesuai mendiami habitat di dasar sungai.

Macrobrachium rosenbergii merupakan spesies terbesar dalam kalangan udang air tawar dengan panjang keseluruhan termasuk kelanya mencecah hingga 70 sentimeter dan berat yang melebihi 500 gram. Kadang-kadang boleh mencecah sehingga 2kg.

 

Saiznya yang besar dengan fizikalnya yang menarik membuatkan spesies ini berpotensi dijadikan makanan istimewa bagi penduduk Malaysia.

Haiwan akuatik ini berwarna kebiru-biruan, kehijau-hijauan dan kelabu dengan memiliki kaki renang sebanyak lima pasang termasuk tiga pasang kaki jalan, sepasang penyepit dan sepasang kaki pemungut makanan.

 

Kulit udang galah yang berupa eksoskeleton adalah separa lembut dengan diselaputi lima segmen kulit yang memudahkannya bergerak, dan berenang.

 

Jangka hayat udang galah dapat mencapai hingga lima tahun. Hal ini menjadikan spesies udang galah masih kekal di persekitaran sungai di Malaysia.

Proses pemburuan oleh manusia yang terhad kepada kaedah tradisional menyebabkan spesies ini kekal beberapa dekad lagi.

 

Hal ini memberikan kesempatan kepada spesies udang galah meneruskan generasinya melalui proses pengawanan. Udang galah mengawan apabila mula matang.

Kebanyakan udang galah betina matang apabila umurnya mencecah dua bulan selepas menjadi poslarva.

Bagi udang galah jantan pula, kematangan dicapai apabila berumur melebihi tiga bulan.

Ads

 

Profil lengkap udang galah!!

 

Kebiasaannya, seekor udang galah jantan dapat mengawan dengan empat hingga tujuh ekor udang galah betina. Proses mengawan berlaku apabila induk udang galah betina mula bersalin kulit. Pada ketika itu, keadaannya lembut dan kurang bermaya.

 

Di samping itu, proses pengecutan otot pada bahagian luar ovari berlaku dan secara langsung memberikan tekanan kepada sistem peneluran. Dalam masa yang sama, organ pembiakan mulai terbuka secara perlahan-lahan.

 

Pengeluaran telur berlaku melalui telikum, iaitu organ pembiakannya. Peluang ini digunakan oleh induk jantan bagi memindahkan spermanya kepada telur berkenaan bagi proses persenyawaan.

 

Profil lengkap udang galah!!

 

Ads

Telur berkenaan kemudiannya dilekatkan pada kaki renang pertama hingga kaki renang keempat. Tempoh perkembangan telur ini adalah antara satu hingga 18 hari dengan disertai perubahan warna telur.

 

Terdapat tiga fasa peringkat telur. Fasa pertama, telur berwarna oren dalam tempoh tujuh hari pertama.

Pada fasa kedua, warna telur berubah menjadi kekuning-kuningan manakala pada fasa ketiga, warna telur menjadi kelabu dengan terbentuknya larva yang bakal mewarisi generasi udang galah.

Sebaik sahaja telur mencecah hari ke-21, larva udang galah menetas dan mulai beredar daripada induknya.

 

Profil lengkap udang galah!!

 

Larva udang galah berenang dalam keadaan terbalik, iaitu kaki berjalan dan kaki renangnya menghala ke atas.

Larva memakan hidupan zooplankton seperti moina, kopipoda, dan rotifer. Pada peringkat ini, persekitaran habitat sedikit masin disebabkan oleh garam daripada air laut.

Ads

Situasi ini berlarutan selama 40 hari hinggalah peringkat ini bertukar menjadi poslarva.

 

Pada peringkat poslarva, udang galah meniarap dan berenang seperti induknya. Bentuk udang galah yang bercirikan induk memudahkannya bergerak mencari makanan,

membesar menjadi juvenil di samping memaparkan unjuran kaki berjalan kedua yang mulai membesar serta memanjang.

 

Ciri fizikal yang dimiliki ini menandakan bahawa udang galah telah mewarisi sifat induknya. Jika udang galah memiliki warna yang pudar, induk betina terhasil. Sebaliknya, jika udang galah berwarna terang kebiru-biruan, induk jantan pula terhasil.

 

Mata kumpulan yang dimiliki oleh udang galah membantunya melihat keseluruhan persekitaran.

Hal ini menjadikan udang galah sukar terhapus generasinya dari segi keselamatan. Deria penglihatan ini memudahkan udang galah mengesan musuh di persekitaran kerana udang

galah menjadi kegemaran pemangsa seperti ikan haruan, toman, dan keli termasuk haiwan seperti memerang.

 

Di samping itu, bentuk udang galah juga memudahkannya melakukan penyamaran semasa berada di dasar sungai.

Antenular yang berbentuk sesungut berupaya mengesan gradien kimia serta menentukan punca pencemaran.

Udang galah ini bergerak dan mendiami suatu kawasan dalam bentuk kumpulan yang kadangkala mencecah hingga 50 ekor.

 

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI