Habitat dan taburan ikan haruan ada dan sesuai pada air tawar yang agak tenang dengan keseimbangan pH7 iaitu tahap air paling sesuai baginya.

Ini bermakna, ada berapa laporan mengatakan ia lebih selesa berada pada tahap air sedikit masam bercampur kelat. Ikan Haruan memang didapati tidak suka berada di kawasan yang terdedah matahari.

 

Justeru, ia lebih gemar untuk bersembunyi di tempat teduh dan terlindung. Tidak hairan jika ia lebih selesa berada di kawasan bersuhu sejuk dengan suhu air sekitar 26 darjah

Celsius seperti di dalam lubuk sawah padi yang tenang airnya agar ia dapat mengesan gegaran atau pergerakan dilakukan oleh mangsanya.

 

Ikan ini dikatakan mampu membesar sehingga 25 centimeter panjang dengan kadar berat mencecah lebih 1 kilogram seekor. Di negara Asia pula taburannya adalah agak menyeluruh.

 

Ia boleh didapati dengan mudah di negara seperti di India, Pakistan, Bangladesh, Lembangan Sungai Mekong, Chao Phraya, Sumatera serta Kepulauan Jawa selain di Malaysia.

 

IKLAN

Rujukan dari beberapa sumber di Malaysia yang dilaporkan oleh pemancing ikan haruan bahawa ikan haruan banyak berada di kawasan seperti di Pahang yang banyak mempunyai lubuk.

 

Ikan ini banyak menghuni kawasan anak sungai di kawasan pendalaman, terutama di Jerantut, Lipis, Rompin, dan Kuantan. Kawasan lain yang mempunyai lubuk seperti ini pastinya memang ada ikan haruan tinggal.

 

Ikan Haruan sering menjadi buruan ramai berikutan ia mempunyai nilai komersial dan khasiat perubatan. Bagi menjamin sumber terus berkekalan, kaedah pemburuan secara berhemah perlu diterapkan.

 

IKLAN

Kaedah menangkap yang boleh mengurangkan populasi haruan adalah dengan menggunakan renjatan eletrik, racun, tuba atau bahan letupan memang dilarang.

Kaedah buruk ini terus menyumbang kepupusan baka ikan itu bahkan memusnahkan ekosistem sama sekali.

 

Selain daripada dibuat sup, ikan haruan yang didakwa membantu mempercepatkan luka dalaman, ia juga boleh dimasak pelbagai cara.

Bagi orang Melayu, haruan masak lemak cili api bercampur daun kesom begitu digemari. Bagi masyarakat Cina, sup ikan haruan bercampur rempah perubatan dan haruan kukus amat popular.

 

IKLAN

Di Filipina sup ikan haruan amat popular dimana saya dapati hidangan ini telah menjadi menu utama di hotel-hotel dan juga kedai makanan sekitar Manila dan juga pekan Los Banos berhampiran tasik Laguna.

Di Thailand, kek ikan haruan berjaya dikomersialkan. Adunan kek bercampur dengan isi haruan itu memang mendapat permintaan tinggi penduduk di sana.

 

Sesetengah pengamal perubatan tradisional juga percaya menelan anak ikan haruan hidup yang masih merah mampu menyembuhkan penyakit selain membantu menguatkan pengaliran darah. Begitulah hebatnya potensi ikan haruan dalam masyarakat Asia Tenggara.

 

Haruan telah dikenalpasti amat sesuai digunakan khususnya dalam bidang perubatan. Popularitinya meningkat naik berikutan hasil penyelidikan saintis yang mendapati

dagingnya mengandungi sejenis asid dikenali sebagai asid arachidonis yang dikatakan mampu menyembuhkan luka dalaman dengan cepat.

 

Khasiatnya juga berkait di mana ia amat kaya dengan kandungan protein serta asid amino yang diperlukan untuk pertumbuhan badan.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI