Nama: Affendy Zakaria
Nama FB: Fendy Zakaria
Usia: 42
Nama produk:
UMPAN: Sejak bila bergelar pengusaha umpan atau gewang?
FENDY: Saya mula berniaga online secara kecil-kecilan pada 2014 dengan menjual barang-barang seperti gewang dan aksesori barang pancing.
Kali pertama saya jual jig di media sosial pada 2015 saya lihat sambutan sangat menggalakkan dan saya cuba keluarkan 1 produk sendiri iaitu TAJIKI.
Model jig pertama saya ialah POWER JIG yang pada masa itu cuma ada 2 saiz berat 45g & 65g.
Sekarang kami ada 1 lagi model jig TINY TYPE JIG & gewang pintail POWER PINTAIL 42g dalam pasaran.
InsyaAllah lepas ni saya akan buat 1 produk baru dari SAUDAGAR JIG & kami akan keluarkan pelbagai lagi jenis jig & aksesori pancing.
UMPAN: Kenapa anda memilih usaha ini?
FENDY: Sebab utama saya memilih bidang ni kerana memancing juga hobi saya dan saya juga terima banyak maklum balas dan support dari kawan-kawan untuk saya teruskan keluarkan produk sendiri.
Alhamdulillah produk saya mendapat sambutan dari pemancing-pemancing dari serata Malaysia malahan ada juga terima tempahan customer dari Brunei, Singapore dan Indonesia.
UMPAN: Apa rintangan dan harapan anda dalam meneruskan usaha ini?
FENDY: Dalam pasaran sekarang banyak produk tempatan keluar macam cendawan tumbuh.
Kami sama-sama support penggusaha tempatan agar kami dapat menyumbang kepada rakan-rakan pancing untuk dapatkan produk tempatan dengan harga ekonomi tetapi berkualiti setanding produk luar negara.
UMPAN: Ceritakan apa kelebihan produk anda?
FENDY: Produk yang saya keluarkan hasil cadangan atau idea-idea dari tekong-tekong berpengalaman dan rakan-rakan yang lebih mahir tentang jigging.
Saya hasilkan warna-warna yang menarik dn patern body yang menyerupai diet ikan yang dapat memikat monster di laut.
Produk saya juga boleh digunakan pada waktu iaitu siang (UV) dan malam (Luminous/Glow). Jadi pengguna tak rugi membeli.
UMPAN: Cerita sedikit pecapaian membanggakan dalam memancing yang pernah diperolehi?
FENDY: Setakat ini belum banyak pencapaian saya dalam dunia memancing. Pencapaian yang biasa-biasa saja.
Saya cuma ada sertai event-event jigging dan pernah menang sekali dalam Event COJ di Kuantan.