Produk & Servis: Houseboat Terkini & Terbaik Tasik Kenyir

Share

 

Nama penuh: Cikgu Farid

Nama FB: CF Yunus

Usia: 40 tahun

H/P: 014 5385389

 

UMPAN: Sejak bila memancing dan memiliki boathouse sendiri?

CF YUNUS: Pengalaman memancing di Tasik Kenyir bermula pada tahun 1996 semasa berumur 17 tahun dan mula bergiat aktif memancing dan jadikan hobi sejak 2004. Mula memiliki houseboat sendiri pada Januari 2020 dan mempunyai 3 orang krew.

 

UMPAN: Kenapa anda memilih kerjaya ini?

CF YUNUS: Kerjaya sampingan ini kerana ia berkait rapat dengan hobi utama saya iaitu memancing dengan teknik mengilat (casting) disamping memang mempunyai ramai sahabat pancing di dalam Malaysia.

 

 

UMPAN: Pada pandangan anda, apa kriteria perlu ada untuk jadi tekong/guide?

CF YUNUS: Pada pendapat saya, seorang tekong bukan hanya sebagai guide membawa pelancong ke lubuk memancing tetapi perlu mengetahui juga latar belakang sejarah tasik dan ilmu lain seperti pertolongan cemas dan perlu tahu bagaimana untuk hadapi situasi yang kita tidak ingini.

Selain itu, guide juga perlu tahu seluruh laluan masuk sungai yang terdapat di Tasik Kenyir dan perlu memberi pemahaman kepada pemancing atau pelancong tentang umpan yang sesuai dengan musim.

 

 

UMPAN: Apa rintangan yang dihadapi dan harapan anda dalam meneruskan kerjaya ini?

CF YUNUS: Tidak wujud masalah besar setakat ni melainkan masalah kecil yang dapat diatasi dengan segera dan harapan saya untuk melihat industri houseboat dan bot laju ini terus relevan dalam memartabatkan industri pelancong & membantu ekonomi penduduk setempat.

Bidang bot ini telah banyak membawa masuk pelancong dari dalam dan luar negara ke Tasik Kenyir semenjak penghujung tahun 80-an lagi.

 

 

UMPAN: Ceritakan pengalaman memancing (trip) yang manis / pahit?

CF YUNUS: Pengalaman manis saya sewaktu trip memancing ialah ketika meraikan tetamu 2 orang guide dari Berau iaitu Pak Welie dan Pak Asyikin yang mana ketika itu kawan-kawan sy seperti Halimi Hanip, Akashah, Hj Azman Din dan Abng Zul dari Alucast turut serta dalam trip dua negara itu.

Dalam trip tu saya berjaya mendaratkan siakap kenyir walaupun hanya berskala 4 kg dan merasa sangat bersyukur kerana misi ketika itu memang ingin mendaratkan siakap. 3 ekor siakap, 3 toman berskala 4kg dan sebarau berjaya dinaikkan walaupun cuaca pada bulan Mac 2012 itu agak panas.

Pengalaman pahit pula ialah enjin speed boat saya rosak pada jam 6.00 petang di Air terjun Lata buaya ketika menjadi guide kepada seorang peserta AMCT 2017 namun saya berjaya pulang pada jam 8.50 malam selepas masalah enjin bot selesai namun terpaksa meredah hujan lebat & ribut seketika sepanjang perjalanan pulang ke houseboat.

 

 

UMPAN: Berikan sedikit tip untuk memperoleh hasil pada trip anda?

CF YUNUS: Tasik Kenyir sangat subjektif untuk dibincangkan hasil tangkapan kerana ikan aktif pada musim monsun namun begitu sekiranya waktu musim panas tipsnya ialah mencari lubuk atau sungai yang mempunyai air terjun dan sumber air sungai mengalir aktif sepanjang tahun.

Ini adalah kerana sungai dan air terjun ini menjadi tempat tumpuan anak-anak ikan bermain dan memudahkan ikan-ikan pemangsa seperti toman, belida, sebarau mendapat sumber makanan. Struktur berkayu juga merupakan spot berpontensi untuk mendaratkan ikan-ikan pemangsa.

 

Pakej

Nama bot: CF Houseboat Kenyir (TKP 162)
Saiz: 83kaki x 28kaki
Kapasiti: Maksimum 30. 25-26 orang masih cukup selesa.

Harga sewa (pakej):

DAY TRIP – RM1900
2 Hari 1 Malam – RM2300
3 Hari 2 Malam – RM4300

Kemudahan:

9 bilik tidur
2 buah speedboat + enjin
Ruang Dapur & alatan memasak
1 freezer & 1 peti sejuk
3 tandas & bilik mandi
1 ruang tamu (karaoke & astro)
Ruang makan
Peralatan BBQ
Ruang memancing yang luas & selesa
2 Genset (operasi 24 jam)

Lokasi memancing: Sg Kian, Sg Mandak, Sg Siput, Sg Setuang, Sg Tembat, Air terjun Lasir, Lata Berua, Sg Kelebu, Taman Negara (Sg Cacing, Sg Cicir, Sg Perpek, Gua Bewah, Sg Chendana), Sg Belimbing, Sg Lawit, Sg Papan, Air terjun Lata Buaya, Sg Lepar, Sg Leban Kerbat & Sg Malar di Tasik Kenyir.

Jeti: Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir

Published by
Amang