Kawasan estuari dari muka kuala hingga ke perairan air payau merupakan padang pancing kegemaran ramai kaki pengilat atau kaki casting di negara kita ini. Terdapat banyak spesies pemangsa yang menyambar gewang namun kami pilih sebahagian daripadanya yang merupakan buruan utama.

 

Kerapu

Tidak mengira apa saja jenis kerapu, ia merupakan spesies sasaran utama penggemar casting muara. Lebih-lebih lagi jika berjaya menjinakkan kerapu harimau yang bersaiz kasar.

Kerapu sememangnya terkenal sebagai spesies yang sukar untuk ditewaskan terutamanya pada minit awal apabila mata kail tercangkuk pada mulutnya. Hanya jika berjaya mengekang benamannya ke sarang atau bangkar maka kejayaan menjadi milik pemancing.

 

Predator Estuari Buruan Ramai Kaki Pancing

 

Kurau

Mengilat ikan kurau mungkin agak janggal bagi pemancing di negara kita. Namun di negara Australia, ikan kurau merupakan spesies sasaran utama acara casting. Mungkin disebabkan kesukaran untuk mengesan lubuk dan laluan, atau juga belum ditemui gewang yang sepadan dengan diet pemakanannya.

Ads

Jika perkara ini diatasi pasti ikan kurau pasti akan menjadi spesies sasaran paling atas dalam acara mengilat di muara.

 

Predator Estuari Buruan Ramai Kaki Pancing

 

Alu-Alu

Alu-alu atau barracuda mungkin tidak menduduki barisan teratas spesies sasaran casting. Sebaliknya mungkin menjadi spesies yang dibenci ekoran memiliki senjata tajam yang mampu merosakkan atau lebih teruk lagi memutuskan sambungan gewang dengan set casting pemancing. Walau bagaimana pun ia jugak spesies yang menghiburkan apabila tercangkuk pada mata gewang.

 

Ads

Predator Estuari Buruan Ramai Kaki Pancing

 

Gerepoh

Sebut saja nama gerepoh atau nama globalnya yang melambangkan gergasi iaitu giant trevally (GT) dan habitat yang gergasi ini sering ditemui di laut dalam, mungkin ramai yang tidak menyangka bahawa ia juga boleh ditemui dan dipancing di muara. Walaupun GT yang sering ditemui di muara berstatus juvenile, namun ia tetap mewarisi kekuatan dan kelincahan giant trevally.

 

Predator Estuari Buruan Ramai Kaki Pancing

Ads

 

Talang

Mengilat ikan talang di muara dan kuala sungai terutamanya di pantai timur semenanjung Malaysia kini menjadi satu fenomena. Malah ia turut dijadikan acara tahunan merebut sesuatu kejuaraan. Ia jelas menggambarkan bahawa ikan talang bukan saja menjadi spesies sasaran aktiviti jigging, bahkan sudah dijadikan spesies sasaran utama aktiviti lure casting di muara. Di Terengganu contohnya, ada kejohanan tahunan khusus casting talang atau queenfish di muara.

 

Predator Estuari Buruan Ramai Kaki Pancing

 

Belukang

Tentu ramai yang terkejut apabila belukang pun disenaraikan, ya tak? Sememangnya belukang bukan ikan sasaran utama para caster apabila turun casting di muara. Namun ia bukanlah tangkapan yang mustahil untuk diperoleh. Malah daya juang belukang terutamanya saiz melebihi 1kg cukup memberikan anda satu kejutan walaupun pada akhirnya ramai yang memilih untuk membebaskan ia kembali ke habitat asalnya.

 

Predator Estuari Buruan Ramai Kaki Pancing

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI