Kebijaksanaan mengesan spot atau lubuk yang didiami ikan adalah kunci utama untuk pancingan yang berjaya. Berikut disenaraikan kawasan-kawasan yang lazimnya menjadi lubuk ikan-ikan sungai air tawar berkumpul.

 

Selekoh-Selekoh Sungai

 

Cubalah pilih spot di selekoh atau belokan sungai terutama di kawasan yang berarus senak atau terhenti sebelum bergerak kembali. Lazimnya ikan akan menyerbu umpan yang masuk ke spot ini.

 

Port Terbaik Ikan Sungai Bersembunyi

 

Kawasan dalam dan berarus lemah

 

Lubuk ini biasanya boleh dikesan berdasarkan tona warna air yang lebih gelap dan pergerakan arus dalam radiusnya amat perlahan berbanding kawasan sekitarnya.

 

Port Terbaik Ikan Sungai Bersembunyi

 

Selekoh berpokok

 

Jika terdapat banyak selekoh di sesuatu sungai, pilihlah selekoh sungai yang banyak terdapat pokok di tebingnya. Pokok-pokok ini menyebabkan kawasan sungai menjadi redup dan ikan sememangnya menggemari lokasi yang tidak terkena cahaya terik matahari secara langsung. Selain itu akar-akar pokok yang menjalar di dalam air turut menyebabkan objek hanyut tersangkut termasuklah juga makanannya.

Ads

 

Port Terbaik Ikan Sungai Bersembunyi

 

Pusaran air

 

Air sungai yang mengalir dari tempat cetek ke tempat yang dalam akan mengakibatkan aliran sungai berputar membentuk pusaran. Kesan dari pusaran ke atas permukaan dasar akan menyebabkan terbentuknya lubang yang dalam atau palung. Air sungai yang membawa pelbagai material termasuk makanan ikan juga ikut berputar dan masuk lubang. Di sinilah ikan akan menanti untuk mengambil makanannya.

 

Port Terbaik Ikan Sungai Bersembunyi

 

Sekitar tiang jambatan

 

Ads

Pembinaan jambatan di sungai yang mana penanaman tiang di tengah sungai secara tidak langsung menjadi satu spot ikan untuk menunggu makanan yang hanyut dan tersangkut. Ia turut menjadi spot persembunyian ikan-ikan pemangsa untuk menyerang hendap mangsanya.

 

Port Terbaik Ikan Sungai Bersembunyi

 

Sekitar pokok tumbang

 

Pokok yang tumbang ke dalam sungai merupakan tempat persembunyian strategik ikan disebabkan arus sungai terhalang. Kesannya, arus di sebalik batang pokok akan menjadi perlahan. Sekaligus menjadi lokasi yang baik untuk ikan berehat, menunggu makanan hanyut atau juga menjadi pemangsa kepada ikan lain.

 

Port Terbaik Ikan Sungai Bersembunyi

 

Di sebalik bongkah batu

Ads

 

Tidak semua sungai terdapat bongkah batu besar yang menghalang arus sungai kecuali di sungai-sungai pergunungan. Lazimnya di sebalik bongkah batu itu terdapat ikan-ikan kecil dan udang serta makanan ikan lainnya. Tidak terkecuali ikan-ikan pemangsa bersaiz besar memasuki kawasan ini untuk memburu mangsanya.

 

Rerumput di gigi sungai

 

Bahagian tepi sungai khususnya berarus perlahan lazimnya ditumbuhi rerumput yang agak banyak. Ia menjadi lokasi kegemaran ikan-ikan kecil mencari makanan. Sesetengah ikan betina turut menjadikannya kawasan bertelur. Maka ia merupakan lubuk yang tidak harus diketepikan untuk mencuba nasib.

 

Port Terbaik Ikan Sungai Bersembunyi

 

Batu-batuan

 

Kawasan sungai yang cetek dan dipenuhi dengan batu-batu kecil yang mengakibatkan arus sungai berselerak juga merupakan habitat kegemaran ikan-ikan kecil dan udang mencari makanan. Apabila ada ikan kecil dan udang maka ia akan mengundang kehadiran ikan-ikan predator juga. Jika anda penggemar gaya pancingan mengilat atau casting, ia adalah spot yang sama sekali tidak boleh diabaikan.

 

Longgokan sampah

 

Sampah semulajadi seperti ranting dan daun pokok yang dihanyutkan arus lazimnya akan berhenti di sesuatu lokasi dan akan menyebabkan arus terhambat. Dengan banyak longgokan sampah yang turut membawa makanan itu sekaligus membuatkan ikan gemar berkumpul. Jadi, labuhkanlah umpan anda di kawasan ini.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI