Anak udang yang ditangguk juga mujarab sebagai umpan memikat udang galah. Pilihan lain ialah udang yang dijual di pasar.
Perumpun
Potong dari bahagian ekor, untuk elakkan umpun-umpun cepat mati.
Cacing tanah
Ada kalanya cacing tanah, lebih laju dijamah udang galah berbanding umpan lain. Jadi jangan lupa membawanya setiap kali turun memancing.
IKLAN
Hati haiwan
Selain hati ayam, hati lembu, kambing juga boleh digunakan. Potong dan jadikan bentuk kecil.
Jantung ayam
Sama juga seperti hati, jantung ayam dipotong kecil.
IKLAN
Ikan gapi
Ikan longkang atau ikan gapi boleh menjadi umpan terbaik.
Usus ayam
Usus atau perut ayam dikatakan memiliki bau yang kuat. Gunakan gunting untuk memotong kepada bentuk yang kecil.
IKLAN
Isi kerang
Isi kerang juga amat berpotensi, caranya rebus sekejap kerang bagi memudahkan mengopeknya. Ia perlu dipotong kecil.
Isi ikan
Isi ikan juga boleh dipraktikkan sebagai variasi kepada umpan sedia ada.
Umpan busuk
Umpan tapa sama ada buatan sendiri atau yang terjual di pasaran bukan saja sesuai untuk memancing ikan baung tetapi juga udang galah. Banyak rekod juga udang galah bersaiz jenggo didaratkan menggunakan umpan tapa.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Ramai yang tidak memikirkan soal ini. Sebelum keluar memancing korang harus tahu sifat lawan yang dipancing. Memang ikan boleh berenang.
Tetapi tahukah korang bahawa corak renangan ikan juga terbahagi kepada beberapa kumpulan.
Ada spesies ikan yang sentiasa berenang laju meredah laut dan ada yang berenang dengan minima dan lebih banyak menghabiskan masa dengan kekal pada satu tempat di dasar lautan. Kenali ikan dan perlakuannya agar anda tidak pulang dengan tangan kosong.
Kawanan (Schooling)
Kebanyakan ikan bertulang yang kecil akan berenang bersama-sama dalam koordinasi tertentu dan dipanggil berkumpulan atau kawanan (schooling).
Sebab utama berenang dalam kumpulan ialah adaptasi untuk mengelakkan daripada pemangsa selain dapat menakutkan mangsa.
Kalau anda nak tahu, berenang dalam kawanan akan memberikan lebih daya hidrodinamik dan meningkatkan peratus persenyawaan.
Kewilayahan ( Territorial)
Pelbagai jenis ikan mempunyai sifat kewilayahan. Namun kadangkala sifat kewilayahan mereka ini berbeza dan unik.
Ikan damselfish yang kecil amat berani dan menakutkan dalam mempertahankan wilayahnya sendiri manakala kebanyakan kerapu atau grouper yang lebih besar akan berundur dari wilayahnya apabila didatangi oleh haiwan lain.
Hubungan simbiosis
Sesetengah spesis ikan kecil akan melekat pada badan ikan yang besar dan membersihkan badan ikan besar dengan memakan parasit pada tubuh ikan tersebut.
Simbiosis dapat dilihat pada ikan jerung, paus atau penyu. Ada juga ikan yang bersimbiosis dengan spesies yang bukan ikan seperti clownfish dan timun laut yang mana timun laut akan menjaga ikan tersebut daripada serangan pemangsa.
Penghasilan bunyi
Eh, macam pelik pula? Ikan mengeluarkan bunyi ke? Yang sebenarnya banyak spesis ikan menghasilkan bunyi sama ada dalam situasi ketika pembiakan, sosial, kewilayahan atau sifat agresif.
Bergantung kepada spesies, ikan bertulang mampu menghasilkan bunyi dengan melagakan giginya, getaran daripada udara atau dengan meregang dan mengecutkan ototnya. Kebanyakkan bunyi yang terhasil di bawah 10.000Hz.
Pastikan jarak tapak untuk mendirikan khemah sekurang-kurangnya 5 kaki dari aras air sungai. Jangan dirikan khemah di kawasan landai tepi gigi sungai, biasanya kawasan landai akan ada banyak pokok rendah dan renek macam pokok senduduk.
Itu tandanya air selalu naik kat kawasan tersebut. Dirikan di kawasan yang pokoknya besar-besar.
Tentukan laluan denai di dalam radius kawasan 20 meter dari khemah. Jangan dirikan khemah di dalam laluan denai kerana laluan denai bukan untuk kegunaan manusia sahaja, ia juga adalah laluan binatang lain.
Gajah atau seladang tentu tak suka kalau laluannya terhalang oleh khemah korang.
Bersihkan lantai tapak perkhemahan daripada daun-daun, ranting-ranting dan pokok-pokok renek.
Bersihkan dengan menggunakan alatan atau ranting-ranting pokok sehingga kelihatan lantai tanah.
Ia bagi mengelakkan risiko terkena sengat serangga atau binatang berbisa seperti lipan atau kala jengking yang bersembunyi.
Ketika membuat unggun api, selitkan beberapa batang kayu panjang. Ia sebagai senjata segera.
Bila ada bahaya contohnya perimeter diceroboh, capai saja kayu yang ada api ini sebagai senjata. Lazimnya binatang lebih takutkan api berbanding pisau atau parang.
Jika perlu, buatkan perimeter tapak perkhemahan dengan memagarnya menggunakan tali tangsi dan loceng.
Ia sebagai alarm sekiranya ada binatang yang menceroboh masuk ke dalam perimeter. Boleh juga taburkan karbaid atau belerang kuning pada perimeter ini bagi menghadang ular atau binatang berbisa yang merayap.
Jika berkhemah di kawasan aliran sungai atau air terjun, jangan dirikan khemah terlalu hampir di kawasan tersebut.
Lebih molek andai jauh sedikit dari kawasan tersebut dan kawasan perkhemahan agak tinggi kerana apabila hujan, kawasan yang rendah akan ditenggelami air apabila dan datangnya kepala air.
Jika ada batu besar berhampiran aliran air, tandakan batu tersebut sebagai penunjuk paras air.
Elakkan berkhemah di bawah rimbunan pohon buluh. Rimbunan buluh dan daun yang sudah mati kebiasaannya dihuni oleh makhluk berbisa seperti ular.
Andai tiada tempat, bersihkan dulu kawasan tersebut dan pastikan kawasan sekeliling ditabur dengan belerang untuk tujuan keselamatan.
Pohon buluh juga amat sinonim dengan makhluk halus yang menjadikan pohon tersebut sebagai tempat tinggal.
Jika nak memasak air, jangan ambil air di bahagian tepi atau gigi sungai. Ambil kat bahagian tengah sungai atau tempat yang mengalir deras.
Rasionalnya tikus, rusa, kancil, babi dan lain-lain binatang kencing kat tepi sungai, arus akan tolak air kencing tu ke tebing.
Sebaik-baiknya habiskan kesemua makanan tanpa meninggalkan sisa. Jika ada sisa makanan, hanyutkan atau tanamkan.
Ini kerana bau sisa makanan ini akan menarik perhatian beruang, gajah, kera dan pelbagai binatang lain untuk bertandang.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Apabila berhadapan dengan gejala-gejala awal mabuk laut, sebenarnya anda masih berpeluang untuk mengawal diri daripada terus hanyut sehingga mebuk laut sepenuhnya. Berikut disenaraikan beberapa tip untuk mengawalnya.
#1
Gejala awal mabuk laut biasanya boleh diperbaiki dengan cara atau teknik seperti seperti menetapkan pandangan mata ke arah objek pegun seperti langit.
#2
Anda juga boleh mengaktifkan diri dengan mendengar muzik. Sebaik-baiknya biarlajh muzik yang menghiburkan, menenangkan diri dan bukannya yang menambahkan stress.
#3
Berada di tempat paling stabil di atas bot. Carilah tempat di tengah-tengah kapal bot atau tempat yang paling kurang bergolek.
#4
Dapatkan udara segar. Sekiranya berada di dalam kabin bot maka keluarlah mencari udara. Buka penutup muka atau minta tekong lebih kerap menggerakkan bot.
#5
Alih tumpuan fikiran. Ia memang agak sukar tetapi jika anda boleh memberikan tumpuan kepada pernafasan atau melakukan aktiviti mental seperti mengira secara terbalik, anda mungkin boleh mengalihkan rasa tidak selesa tersebut.
#6
Kekal tenang atau menghisap sesuatu yang bersifat masam-masam manis. Setidak-tidaknya ia dapat menghilang rasa loya.
#7
Minum minuman yang berkarbonat dan sejuk. Ia pasti menyegarkan dan mampu melancarkan angin yang seperti tersumbat di dalam badan.
#8
Elakkan dari memakan makanan yang berat. Makanan yang berat akan menyebabkan anda semakin cepat mabuk dan muntah. Sebaiknya hanya minum air mineral.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...