Petua & pantang larang memancing di hutan!!

Share

 

Ikan apa yang terlintas di fikiran korang apabila berkhemah atau memancing di sungai hutan pergunungan? Selain ikan, binatang apa pula yang tak ingin ditemui sepanjang berada padang pancing begini.

Untuk memburu kelah atau tengas haruslah masuk jauh ke hulu hutan sungai pergunungan dan haruslah berbekal sedikit ilmu bagi berhadapan dengan sesuatu yang tidak diingini.

 

Petua bertemu ular tedung

Kalau terserempak dengan ular tedung, jangan buat gerakan mengejut. Kakukan diri dan mengundur secara perlahan-lahan.

Ular tedung tak mematuk bila kepala dia tengah kembang penuh, sebaliknya akan mematuk bila kepala dia kembang separuh je.

Oleh tu (jika berani) cuba acah-acah bagi ular tu kembang penuh dengan ranting kayu dan berundur.

 

 

Petua bertemu harimau

Jika sedang memancing dalam keadaan hutan penuh dengan bunyi unggas serangga, tiba-tiba hutan tu jadi sunyi sepi, biasanya ada haiwan menghendap seperti harimau belang, harimau akar dan beruang.

Kalau disusuli dengan bau hamis… maka sahlah harimau. Buatlah sesuatu seperti meletupkan mercun untuk menghalaunya pergi (jangan lupa bawa mercun bola kalau masuk hutan).

 

 

Petua bertemu beruang matahari

Hutan paya kat Malaysia banyak beruang matahari atau beruang madu. Kalau terserempak dengan haiwan ni, apa yang perlu kita buat ialah MENJERIT (JERKAH) dan buat seperti nak kejar.

Automatik beruang tu akan lari (petua ini dipetik dari pengalaman Orang Asli).

 

 

Petua berhadapan kera / lutong

Kera dan lutong adalah dari spesies yang sama macam kelah dan tengas. Spesies kera ni takkan lari bila kita libas dengan sebatang ranting kayu.

Untuk halau kera, patahkan dahan pokok renek dengan daun dan ranting yang mengembang dan hayunkan kat kera tu.

Rasionalnya ranting dan daun yang kembang tu nampak lagi besar dari sebatang ranting.

 

 

Petua bertemu lumut tahi kera

Kalau kita berjalan pada waktu malam, terutama dalam hutan tebal berdekatan dengan air terjun atau sungai, kita akan nampak ada objek bercahaya warna hijau fluorescent.

Objek yang bercahaya itu ialah lumut tahi kera. Pada waktu singa tak nampak apa-apa tapi bila waktu malam dia akan keluarkan cahaya walaupun dengan sedikit bantuan cahaya dari bulan. Lumut ni hanya tumbuh di denai (laluan binatang atau manusia).

Bagusnya, kalau sesat waktu malam… ikut je laluan ni, InsyaAllah tak langgar pokok.

 

 

Pantang larang binatang buas

Kera atau monyet akan lari dan buat bising bila ada bahaya. Contohnya bila ternampak harimau, gajah, badak, seladang dan lain-lain lagi.

Jadi, kalau dari jauh dengar bunyi kera buat bising… tentu ada binatang besar tengah lalu. Maka pilihlah laluan lain atau tunggu sehingga keadaan reda sebelum meneruskan perjalanan.

 

(Sumber – perkongsian dari internet)

Published by
Amang