Ikan apa yang terlintas di fikiran korang apabila berkhemah atau memancing di sungai hutan pergunungan? Selain ikan, binatang apa pula yang tak ingin ditemui sepanjang berada padang pancing begini.
Untuk memburu kelah atau tengas haruslah masuk jauh ke hulu hutan sungai pergunungan dan haruslah berbekal sedikit ilmu bagi berhadapan dengan sesuatu yang tidak diingini.
Petua bertemu ular tedung
Kalau terserempak dengan ular tedung, jangan buat gerakan mengejut. Kakukan diri dan mengundur secara perlahan-lahan.
Ular tedung tak mematuk bila kepala dia tengah kembang penuh, sebaliknya akan mematuk bila kepala dia kembang separuh je.
Oleh tu (jika berani) cuba acah-acah bagi ular tu kembang penuh dengan ranting kayu dan berundur.
Petua bertemu harimau
Jika sedang memancing dalam keadaan hutan penuh dengan bunyi unggas serangga, tiba-tiba hutan tu jadi sunyi sepi, biasanya ada haiwan menghendap seperti harimau belang, harimau akar dan beruang.
Ads
Kalau disusuli dengan bau hamis… maka sahlah harimau. Buatlah sesuatu seperti meletupkan mercun untuk menghalaunya pergi (jangan lupa bawa mercun bola kalau masuk hutan).
Petua bertemu beruang matahari
Hutan paya kat Malaysia banyak beruang matahari atau beruang madu. Kalau terserempak dengan haiwan ni, apa yang perlu kita buat ialah MENJERIT (JERKAH) dan buat seperti nak kejar.
Automatik beruang tu akan lari (petua ini dipetik dari pengalaman Orang Asli).
Ads
Petua berhadapan kera / lutong
Kera dan lutong adalah dari spesies yang sama macam kelah dan tengas. Spesies kera ni takkan lari bila kita libas dengan sebatang ranting kayu.
Untuk halau kera, patahkan dahan pokok renek dengan daun dan ranting yang mengembang dan hayunkan kat kera tu.
Rasionalnya ranting dan daun yang kembang tu nampak lagi besar dari sebatang ranting.
Ads
Petua bertemu lumut tahi kera
Kalau kita berjalan pada waktu malam, terutama dalam hutan tebal berdekatan dengan air terjun atau sungai, kita akan nampak ada objek bercahaya warna hijau fluorescent.
Objek yang bercahaya itu ialah lumut tahi kera. Pada waktu singa tak nampak apa-apa tapi bila waktu malam dia akan keluarkan cahaya walaupun dengan sedikit bantuan cahaya dari bulan. Lumut ni hanya tumbuh di denai (laluan binatang atau manusia).
Bagusnya, kalau sesat waktu malam… ikut je laluan ni, InsyaAllah tak langgar pokok.
Pantang larang binatang buas
Kera atau monyet akan lari dan buat bising bila ada bahaya. Contohnya bila ternampak harimau, gajah, badak, seladang dan lain-lain lagi.
Jadi, kalau dari jauh dengar bunyi kera buat bising… tentu ada binatang besar tengah lalu. Maka pilihlah laluan lain atau tunggu sehingga keadaan reda sebelum meneruskan perjalanan.
(Sumber – perkongsian dari internet)
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Kepada rakan-rakan yang ingin mencuba pancingan sungai pergunungan sebegini, saya ingin berkongsi sedikit panduan dan info:
Untuk trip melibatkan trekking, persediaan bersenam atau berjoging adalah cara terbaik untuk persediaan. Tidak mengapa jika kita berbadan besar yang penting sihat dan cergas.
Pilih beg yang sesuai untuk tujuan trekking dan hadkan barang yang akan dibawa. Bawa barang yang betul-betul penting untuk digunakan saja.
Pastikan kasut yang dipakai jenis tahan lasak. Bagi saya dan kebanyakan geng trekking, kasut getah berharga kurang dari RM10, sudah cukup baik. Pastikan saiznya tidak terlalu ketat dan longgar.
Pakai stoking untuk elakkan kaki melecet. Gunakan stoking panjang (stoking bola untuk elakkan serangan pacat dan terkena duri).
Pakai pakaian yang cepat kering. Kalau boleh elakkan pakaian material cotton yang menyerap dan menyimpan air. Dan jangan lupa bawa sleeping bag kerana cuaca malam sangat sejuk.
Maksimum dua joran setiap seorang. Jangan bawa joran 1 piece. Jika ada travel rod 3-5 pieces lagi bagus. Dan pastikan joran yang dibawa bersesuaian dengan jenis pancingan sungai pergunungan.
Bawa kelengkapan sewajarnya seperti tiub motosikal, minyak petrol tambahan, pam angin, spanar, jika menaiki motosikal. Untuk perjalanan dalam hutan, sebaiknya tukar tayar kepada tayar berbunga cross.
Buang atau tanam sampah (tin kosong, plastik) di satu tempat, jangan sepahkan ia. Tanamkan sikap menyayangi alam semula jadi yang bersih dan sihat.
Pastikan jalan dalam kumpulan, elakkan dari terpisah jauh dengan rakan. Setiap orang pastikan nampak kelibat rakan di hadapan dan rakan di hadapan pula kena pastikan ada rakan di belakangnya.
Sekarang ini ramai pihak penganjur yang berlumba-lumba mengadakan pertandingan memancing dengan tawaran hadiah yang mampu memukau ramai pemancing untuk turut serta. Malah individu yang tak pernah pernah pegang joran nak join sama.
Sekiranya korang sudah biasa sertai pertandingan memancing tentu tidak akan berhadapan dengan banyak masalah (walaupun belum pasti tak kumpau). Tetapi jika korang tak pernah join walaupun pertandingan secara kecil-kecilan, korang kena luangkan sedikit masa untuk hadam panduan berikut supaya tak kumpau.
Sama ada pertandingan di kolam, tasik atau lombong, sebaiknya buat kajian serba sedikit tentang teknik memancing di lokasi pertandingan sebelum menyertai pertandingan yang diadakan. Selidik juga apa spesies ikan yang dipertandingkan dan umpan yang tepat untuk memancingnya.
Untuk memperoleh spot pancing berpotensi tinggi untuk strike, datanglah awal untuk pendaftaran dan dapat undian memasang pancang. Kemudian (jika dibenarkan) jagalah kawasan pancang (spot) agar tidak dicerobohi oleh pemancing yang lain.
Sebaiknya sertai pertandingan tersebut secara berkumpulan. Lagi ramai lagi bagus apatah lagi jika korang tak pernah menyertainya. Selain itu ia bagus untuk tujuan keselamatan dan peluang untuk peroleh strike dalam pertandingan juga lebih cerah.
Fahami betul-betul syarat pertandingan yang ditetapkan oleh penganjur. Ia sebenarnya langkah pertama yang teramat penting untuk difahami di supaya tidak berputih mata jika hasil tangkapan yang berjaya didaratkan tidak dibatalkan kerana melanggar syarat.
Perkara utama sebelum menyertai pertandingan adalah menguasai teknik balingan. Pastikan anda mampu membuatkan balingan dengan lurus dan tepat. Pastikan juga lubuk yang dilabuhkan umpan itu berada tepat di hadapan anda, bukannya tepat di hadapan muka peserta hujung sebelah kiri atau kanan anda.
Pastikan alatan pancing yang digunakan adalah bersesuaian. Joran, kekili, tali utama, perambut dan mata kail adalah berkualiti bagi mengelak daripada kegagalan fungsi ketika bertarung dengan ikan. Harus diingat, banyak kejadian kumpau disebabkan oleh perkara ini.
Jadilah pemancing yang sporting dan bertimbang rasa. Beri laluan kepada pemancing yang sedang cuba menaikkan ikan kerana perkara yang sama juga kita harapkan apabila berhadapan dengan situasi demikian.
Elakkan dari melakukan sebarang penipuan atau sabotaj semata-mata untuk memenangi pertandingan. Dan sebaiknya juga elaklah dari menyertai pertandingan yang jelas melanggar hukum syarak. Lagi parah kalau kumpau.
Sama ada untuk menyerang mangsa atau menyelamatkan diri dari pemangsa, haiwan-haiwan tertentu dibekalkan dengan kebolehan penyamaran yang begitu memukau.
#10 – Knobbly crab spider
Knobbly crab spider dianggap sebagai spesies yang agak pemalu dan kebanyakannya ditemui di Queensland, Australia.
Seperti namanya, labah-labah ini mempunyai kulit yang tidak sekata dan berbonjol-bonjol. Ia biasanya berselindung di bawah kulit pokok dan kayu untuk menyerang mangsa.
Kebiasaannya labah-labah ini agak mustahil untuk dilihat dengan mata kasar kerana berwarna kecoklatan dan ditambah pula dengan saiznya yang hanya berukuran antara 8mm hingga 10mm. Ia bergerak dengan sangat perlahan.
Semasa berehat di atas daun, ia akan melipat bahagian hujung daun untuk menyembunyikan diri daripada pemangsa.
#9 – Chameleon (Sesumpah)
Dari zaman sekolah, anda mungkin sudahpun mengetahui yang haiwan ini mampu menyamar dengan baik. Walaupun sesumpah mudah dilihat, ia sebenarnya agak berbeza dan boleh mencipta keajaiban sewaktu bertukar wajah.
Kulit sesumpah mengandungi kristal dan pigmen yang membantu menukar warna kulit mengikut persekitaran. Transformasi warna ini dapat dilihat dengan jelas apabila mereka bersentuhan dengan objek berlainan.
Kristal pada sesumpah boleh berfungsi sebagai penyerap cahaya yang membantu mereka mengubah warna mengikut keadaan.
#8 – Baron larva (beluncas baron)
Ulat bulu yang berasal dari India dan Asia Tenggara ini dianggap sebagai serangga yang boleh melakukan penjelmaan bentuk yang terhebat dalam dunia.
Semasa masih dalam peringkat larva, amat sukar untuk mengetahui kehadirannya kerana teknik penyamaran yang sangat ekstrem.
Tubuh ulat ini dijadikan sedemikian rupa sehingga benar-benar menyerupai urat daun. Ia berwarna hijau pada peringkat larva dan amat mudah bersembunyi di atas daun pokok mangga dan sebagainya.
Apabila matang, ia akan menjadi rama-rama cantik berwarna coklat atau hijau.
#7 – Pygmy seahorse
Kuda laut Pigmi yang bersaiz sekitar 2cm ini adalah pakar penyamaran yang sangat hebat.
Spesies ini hanya mula dijumpai sejak tahun 1969 disebabkan keupayaannya menggabungkan diri dengan persekitaran.
Sehingga kini, terdapat hanya enam lokasi di mana kuda laut ini boleh dijumpai iaitu di perairan tropika Asia Tenggara.
Ia gemar berselindung di antara terumbu karang dan menyamar dengan menghasilkan benjolan pada badan.
Kapsul-kapsul berbentuk tiub pada kulit dan tubuh kuda laut ini benar-benar menyerupai batu karang sehingga ia sukar dilihat, disebabkan itulah penemuannya oleh ahli biologi terjadi agak lewat.
#6 – Dead leaf butterfly
Rama-rama ini sentiasa kelihatan mengagumkan dengan sayap penyamaran yang hebat. Ia sering ditemui di kawasan tropika sekitar Asia, terutama sekali di India dan Jepun.
Bahagian lapisan luar sayapnya menyerupai daun yang kering.
Setiap perincian daun yang melayu ada pada sayap rama-rama ini, termasuklah bahagian tepi yang melengkung, lipatan dan urat daun.
Malah, ia juga mempunyai ‘lubang minit’ yang serupa dengan daun layu. Penyamarannya adalah bermusim, bergantung kepada keadaan persekitaran yang kering atau basah.
#5 – Camouflage crab (ketam penghias)
Ketam yang juga dikenali sebagai Ketam Penghias ini akan mengambil apa sahaja objek semula jadi yang berada berhampiran seperti tumbuhan dan batu laut untuk bersembunyi daripada pemangsa.
Jika anda cuba mencarinya, mungkin ia amat sukar dijumpai kerana cangkerangnya amat mirip dengan batu dan karang.
Ketam ini juga amat pintar kerana mampu mengoyak bahan yang dijumpai dan menggosok badannya untuk bersatu dengan persekitaran.
#4 – Cuttlefish (Sotong Katak)
Sotong ajaib ini mampu menyamar dan bergabung dengan batu karang, tumbuhan, rumpai laut dan tanah dengan mengubah warna kulitnya.
Selain itu, ia juga berupaya menukar tekstur dan bentuk fizikal mengikut keadaan sekeliling. Apabila sotong berlawanan jantina berada berdekatan, ia boleh membezakan diri dengan menukar kepada warna yang khusus untuk menarik perhatian.
#3 – Satanic leaf-tailed gecko
Satanic leaf-tailed gecko adalah ‘kembar’ sempurna kepada daun kering. Pada tahun 1880, ahli alamiah dari Belgium iaitu George Albert Boulenger mengatakan kewujudan haiwan ini
adalah sebuah mitos namun ia akhirnya diiktiraf dan diberikan nama sekitar 1990-an oleh Bill Love dari Glades Herp. Inc.
Spesies cicak yang hanya boleh didapati di Madagascar ini kurang dikenali berbanding keluarga cicak yang lain. Berukuran antara 2.5 hingga 6 inci panjang, teknik penyamaran
yang digunakan adalah agak luar biasa kerana anda tidak akan dapat membezakan cicak ini dengan dedaunan kering menggunakan mata kasar.
#2 – Burung Great Potoo
Burung Great potoo ialah burung yang paling hebat di kalangan spesies potoo. Burung yang bijak menyamar ini boleh ditemui di kawasan tropika Amerika.
Ia menyamar dengan bersepadu dengan dahan pokok untuk memerangkap serangga dan burung lain serta berlindung daripada haiwan pemangsa.
Apabila ingin menyamar, ia akan mendongak ke langit, memejamkan mata dan bertenggek dengan tegak tanpa bergerak walau seinci.
Disebabkan ia bersifat nokturnal, sememangnya amat sukar untuk mengenal pasti lokasinya dengan tepat apabila ia sedang bertenggek.
Makanan utama burung Great Potoo adalah kelawar dan serangga yang akan diburu pada malam hari. Tidak seperti haiwan lain, burung ini akan menerkam mangsa dan membawanya kembali ke tempat sama ia bertenggek.
#1 – Mimic octopus
Dilaporkan tidak ada haiwan lain di atas muka bumi yang boleh menyamai kebolehan menyamar sotong hebat ini.
Ia mampu menukar warna kulit dan tekstur badan untuk berasimilasi dengan persekitaran secara serta-merta.
Sotong kurita ini sebenarnya mengusik pemangsa dan menghalau mereka dengan bijak dengan mengubah diri supaya tidak menyerupai dirinya sendiri.
Jika kebanyakan haiwan lain hanya mampu mengubah warna kulit, sotong ini jauh lebih mengagumkan kerana berupaya mengubah bentuk badannya juga untuk menipu pemangsa.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...