Ribut yang yang datang secara tiba-tiba biasanya membahayakan pemancing yang memancing dengan menggunakan bot-bot kecil. Oleh yang demikian adalah penting bagi kaki pancing untuk mengetahui jangka masa ribut akan tiba di mana lokasi yang sedang memancing.
Kenapa perlu tau jangka masa ribut akan sampai? Sebenarnya ia penting untuk membolehkan anda membuat keputusan sama ada untuk berlindung di pulau atau kembali ke jeti.
Ads
Berdasarkan pengalaman para nelayan, dengan melihat kedudukan awan di kaki langit, tempoh waktu kedatangan ribu boleh diandaikan. Sekiranya anda melihatkan kedudukan awan hitam separas dengan laut, ia bermakna ribut masih jauh dan memakan masa yang panjang sebelum tiba di lokasi anda memancing.
Dalam keadaan begitu, biasanya anda masih mempunyai masa yang cukup untuk bergerak kembali ke jeti. Tetapi, jika awan hitam kelihatan berada pada paras sejengkal atau lebih daripada paras laut, ribut berkenaan sudah begitu hampir dengan anda.
Ads
Ads
Oleh yang demikian, bersegeralah menamatkan sesi memancing kerana ribut bakal tiba dalam tempoh kurang dari satu jam. Kemudian segera cari tempat berlindung atau kembali ke jeti.
Sekiranya anda memancing dengan menggunakan bot kecil dengan kelajuan rendah, anda haruslah berwaspada sekiranya berlaku kejadian ribut. Oleh yang demikian, sebaiknya sentiasalah memerhati keadaan di langit selain memerhati joran anda.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
SAUH MERUPAKAN SALAH SATU ALAT YANG TIDAK KURANG PENTINGNYA KETIKA MEMANCING MENGGUNAKAN SAMPAN ATAU BOT. TERUTAMA KETIKA DI LAUT ATAU PUN DI LOKASI YANG KURANGNYA TEMPAT UNTUK MENAMBAT BOT. PENGGUNAAN SAUH DAPAT MEMBANTU BOT PEGUN DI LUBUK YANG DIKEHENDAKI.
Menurut definisi Wikipedia, sauh adalah sejenis benda yang diperbuat daripada besi ataupun logam untuk menambat kapal agar tidak berpindah ke tempat lain kerana hembusan angin, arus ataupun gelombang laut. Sauh dihubungkan dengan rantai yang dibuat dari besi ke kapal dan dengan tali pada kapal kecil atau perahu.
Bahkan logo sauh juga telah menjadi simbol bagi hampir semua kegiatan yang berkaitan dengan lautan ataupun maritim. Namun di sebalik penggunaannya, terdapat teknik mengikat sauh dengan betul bagi kegunaan perahu kecil. Tidak kira ia dibeli yang telah siap dan dijual di kedai-kedai marin ataupun sauh yang dibuat sendiri ia perlu ada sifat-sifat keselamatan.
Setiap sauh yang tersedia mempunyai dua tempat mengikat tali atau rantai. Kedudukan tempat mengikat tersebut terletak di pangkal dan juga pucuk sauh.
Kenapa ianya direka begitu? Setiap sauh yang diturunkan ke dasar mempunyai risiko untuk tersangkut ke karang ataupun reba serta akar pokok yang tidak dapat dilihat oleh kita. Caranya, buat ikatan utama yang kuat pada pucuk sauh agar mampu menjadi pemegang utama ketika kejadian sauh tersangkut berlaku.
Gunakan tali yang kuat dan sepadan dengan berat sauh dan berat bebanan bot. Kemudian ikat tali bersaiz kecil yang sederhana kuat di pangkal sauh sebagai pelaras kepada sauh supaya dapat mengunci sauh pada kedudukan yang di kehendaki. Tali sederhana kuat perlu diikat pada tali sauh utama. Tali ini akan menjadi tali keselamatan apabila sauh tersangkut dan mampu terbuka apabila ditarik dengan kuat.
Apabila tali keselamatan terbuka atau putus maka ikatan pada bahagian pucuk sauh akan berfungsi untuk mengeluarkan sauh selepas ia tersangkut pada dasar kerana ia ditarik dari arah bertentangan.
Ikatan menggunakan tali tangsi sederhana kuat bagi pemegang kepada tali utama. Ia bertindak sebagai tali keselamatan dan mampu terputus apabila direntap.Ikatan pangkal dan pucuk yang telah dikemaskan.
Tepung gandum yang campur dengan minyak masak dan cecair berperisa boleh dijadikan umpan untuk memancing ikan patin. Tak percaya? Ini perkongsiannya..
Bahan-bahan keperluan
Perisa strawberi Papa Paste
Perisa Pisang Ambon Papa Paste
Perisa Es Doger Papa Paste
Tepung gandum
Minyak masak
Keropok jagung
Cara penyediaan umpan
Masukkan kira-kira 400 gm tepung gandum ke dalam bekas bancuhan.
Tuangkan kira-kira 250 ml minyak masak ke atas tepung.
Tuangkan pula 3 penutup botol perisa strawberi, 2 penutup botol perisa pisang ambon dan 1 penutup perisa Es Doger.
Gaul kesemua bahan sehingga menjadi doh yang sesuai untuk dikepal pada kail. Jika inginkan doh yang lembut boleh tambahkan minyak dan tambah tepung gandum untuk doh yang lebih keras.
Cara menggunakan umpan
Dengan menggunakan perambut dua mata kail sepanjang sejengkal, cucuk sehingga penuh mata kail dengan keropok jagung.
Ambil sedikit doh umpan dan kepal secara lembut pada mata kail sehingga doh atau umpan itu melekap pada kail dan boleh dibaling ke kolam dengan selamat.
Perambut V 2 mata kail merupakan perambut paling popular dan digunakan oleh hampir semua pemancing kolam air tawar khususnya untuk memancing ikan patin.
Berikut adalah perkongsian cara-cara untuk menghasilkan perambut ini.
Bahan keperluan:
Tali sulam 80lb sepanjang 1 kaki
Swivel
2 mata kail saiz 9
Langkah 1
Lipat dua tali sulam (sama panjang) kemudian masukkan bahagian hujung yang berlipat ke dalam cincin swivel.
Langkah 2
Kembangkan (bulatkan) bahagian hujung yang berlipat setelah memasuki cincin swivel menjadi lingkaran dan ambil tali sulam yang belum memasuki cincin swivel ke dalam lingkaran.
Langkah 3
Tarik kedua-dua bahagian tali sulam sehingga satu jerutan terhasil pada cincin swivel.
Langkah 4
Buatkan dua simpulan biasa dengan kedua-dua bahagian hujung tali sulam.
Langkah 5
Kemudian jerutkan dengan kuat supaya menjadi ikatan mati pada cincin swivel.
Langkah 6
Seterusnya buatkan satu ikatan dropper loop.
Langkah 7
Buatkan tanda (lipat atau patahkan tali sulam) yang sama panjang untuk mengikat mata kail.
Langkah 8
Letakkan mata kail pada bahagian bertanda dan mulakan ikatan yang anda biasa gunakan.
Langkah 9
Mata kail yang telah siap diikat.
Langkah 10
Ulangi proses yang sama pada tali sulam satu.
Langkah 11
Perambut V 2 mata kail yang sama panjang telah pun siap.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...