Petua Ikhtiar Penawar Disengat Ikan!!

Share

 

SAMBAL BLADEZR

“Kalau pergi memancing tu standby MINYAK CAP KAPAK. Kalau kena, sapu terus tempat luka tu. Insyaallah kejap je, lepas tu noleh sambung pacak.”

 

LAKSAMANA AWAN

“Penah kena sengat semilang kat kaki. Member tolong KENCINGKAN kaki tempat yang kena. Serius tak sampai 15 minit hilang sakit tu. Sampai sekarang aku tak tau mana logiknya.”

 

AYIE GREEN

“Yang kena sengat ikan semilang ubat dia GETAH POKOK KUKU KUDA. Pokok dia yang selalu kita jumpa menjalar atas pasir pantai tu. Ambil getah dia letak dekat tempat kena sengat tu. Kalau luka di tempat kena sengat tu dah tertutup, cucuk sikit dan letak getah pokok ni. Insyaallah berkesan.”

 

MADLEY MUSA

“Saya pernah kena sengat dengan keli kayu.. sakitnya teramat sangat. Ayah letak asahan KULIT BADAK SUMBU. Bangun je dari tidur dah tak sakit.  Tapi tak pasti la ayah dapat kat mana kulit badak sumbu tu… mungkin dari penjual ubat kot.”

 

EJAL KERN

“Pengalaman aku kena sengat ketuka masa mandi kat laut Batu Layar. Masa tu kena sengat kat tapak kaki Alhamdulillah Allah hantar hambaNya bantu aku. Pak cik tu meniaga depan pantai tu. Aku punya sakit dah sampai ke pinggang dah bisa dia. Pak cik tu tolong dengan cara guna LIMAU NIPIS. Potong sikit hujung dia pastu letak CUKA. Baca selawat lepas tu tenyeh tempat kena sengat tu. Lepas tenyeh rendam kaki dalam air suam. Alhamdulillah, dalam seminit dua gitu rasa bisa dia surut.”

 

AMMIE KAMARUDIN

“Saya pernah merasa disengat ikan duri, semilang dan depu. Memang menyakitkan, untuk menghilangkan bisanya saya picit kawasan sengatan untuk buang darah dan pekapkan pada sebarang BENDA PANAS atau AIR PANAS sampai hilang denyutan bisa.”

 

 

www.facebook.com/umpania101

 

KEE ZAKI

“Belah kepalanya (ikan yang menyengat), ambil otaknya sapu kat tempat kena sengat. Petua orang tua tua… katanya la.”

 

MOHD SHAFIE

“GAMBIR SARAWAK korang boleh la standby dalam tong pancing. Apa-apa hal kalau kena sengat sapu je. InshaAllah mujarab… dah dua kali member kena sengat duri ngan pari , Alhamdulillah bila sapu boleh memancing semula.”

 

MOHD FUAD

“Pernah terpijak ikan keli mati… melekat habis! Cabut je sengat tu terus ambil GETAH KELADI sapu.  Lepas tu jilat mata sengat tiga kali ludah buang.”

 

JEY ISMILE

“Kena sengat keli kat kaki masa bebudak. Mintak ramai member tolong kencingkan… hampeh tak baik pun. Makan painkiller baru ok. Kena sengat kitang… ubatnya pun painkiller. Kena sengat baung kat Kenyir lekat kat kaki… nasib baik ada yang bawa gambir Sarawak… ubat paling mujarab! Rasa macam ubat bius… ubat paling ampuh!”

 

 

 

APIH HAFIZ

“Ambe kena sengat ikan keli kayu sekali min… perrghh perit molek sakit. Balik ke rumah sapu MINYAK KAMBING GURUN… Alhamdulillah hilang sakitnya.”

 

SABRI GHANI

“Kalau kena sengat duri atau sembilang… cari PETROL dan curahkan tempat kena sengat. Insyaallah sakit sekejap sahaja.”

 

ZAIDI IKMAN

“Petua saya kalau kena sengat ikan berduri ni, KENCING kat tempat yang kena tu. Kemudian patahkan durinya dan cucuk kat badan ikan!”

 

 

www.facebook.com/umpania101

 

FIRDAUS VALEN VALEN

“TEMBAKAU ROKOK Surya bubuh air sikit. Tekap atas luka kalau duri dah cabut. Petua dari kaki Surya. Rokok lain tak tau.”

 

SOTONG SKC ROMEO SAGA

“Pergi mana-mana kedai kek.. beli cecair ESEN BADAM yang bau kuat. Bawa ke mana-mana ketika memancing… jika terkena sengat boleh sapu badam tu.”

 

Published by
Amang