Alhamdulillah syukur di ucapkan ke atas nikmat yang diberikan Allah SWT. Akhirnya selepas beberapa kali trip mancing gagal disebabkan oleh faktor cuaca terutamanya angin, akhirnya kami berjaya juga mendapatkan rezeki strike tanpa henti dari malam sampaikan ke subuh.
Trip selit selit yang disertai secara rahsia bersama sama geng-geng rahsia yang lain. Pada asalanya menyasarkan untuk mencandat sotong saja. Namun sotong seperti masih masih malu-malu lagi untuk menampilkan diri. Menyedari perkara itu kami segera menukar strategi.
Trip mencandat sotong bertukar menjadi membottom. Dengan hanya berbekalkan set ringan. Set ringan pun set ringan la janji ada strike sudah tak kira spesies apa pun. Setidak-tidaknya masa tak terbuang begitu saja dan tak pulang dengan tangan kosong.
Tekong viral kami, saudara Mohd Razif Jumain membawa ke spot rahsia beliau. Berbekalkan beberapa ekor sotong fresh yang baru dicandat, pesta strike bermula dengan gasakan penghuni dasar yang terdiri dari ikan unga, kaci, remong, gerut, kerapu dan ikan cupak yang turut membaham umpan bottom kami.
Menyedari kumpulan cupak banyak di sekitar kami pun mengunjun jig luminous dan hasilnya beberapa ekor ikan cupak lagi berjaya didaratkan mengunakan teknik fast jig. Jigging menggunakan set ringan ternyata sangat mencabar tetapi tersangatlah menyeronokkan. Sedar tak sedar malam berlalu begitu cepat dan subuh sudah menjelang.
Scara keseluruhanya trip ini kami sangat-sangat puas hati strike dari malam sampai ke pagi. Tak pernah lagi tak tidur malam semenjak zaman housment dulu.