Seperti masyarakat Jepun yang menggemari ikan tuna, masyarakat Maldives juga tidak terkecuali cukup mengemari ikan ini, sehinggakan di kebanyakan pasar, ramai peniaga yang menjual tuna.
Menariknya, menangkap tuna di sini nelayan akan menggunakan kaedah tradisional iaitu menggunakan joran panjang dengan tali berstatus koyan.
Caranya mereka akan keluar ke laut seawal subuh untuk mencari ikan-ikan kecil seperti selar, tamban untuk dijadikan umpan hidup dengan menggunakan jaring.
Kemudian para nelayan akan bergerak menuju ke lagun-lagun mencari tuna dengan berpandukan arah kumpulan burung laut yang banyak berlegar mencari makanan di permukaan.
Caranya mereka akan kembali melepaskan umpan hidup tersebut ke arah kumpulan burung berkenaan (kerana burung laut dan kumpulan tuna sedang berpesta mengerjakan anak ikan).
Kemudian, apabila berlaku frenzy, kumpulan nelayan berkenaan melepaskan pancing secara serentak berumpankan ikan hidup tersebut dan menariknya ke arah bot dengan pantas sebaik sahaja umpan mengena ikan tuna.
Dan kerja-kerja memancing ini dilakukan dengan pantas kerana tempoh frenzy tuna biasanya tidak lama.
Fanatiknya masyarakat Maldives terhadap tuna, sehinggakan kerap diadakan pertandingan siapa paling pantas menyiang tuna menjadi fillet.
Tidak sah, sekiranya kunjungan ke Maldives tidak menjengah dasar laut ataupun setidak-tidaknya melakukan snorkeling untuk melihat sendiri kecantikan ikan, penyu dan batu karang bersatu di bawahnya.
Senarai keperluan ke Maldives
Jika berhasrat untuk memancing ke sini, beberapa keperluan penting perlu di bawa. Memandangkan, Maldives berada tidak jauh dari garisan khatulistiwa, cuaca di sini agak terik, kering dan berangin.
Pakaian memancing
Baju lengan panjang dan jenis nipis (mudah dimasuki angin) dan cepat kering serta seluar yang bersesuaian.
Kaca mata hitam atau jenis polarais.
Jangan lupa krim pelindung pancaran matahari, kasut getah tahan lasak dan topi.
Bawa jenis peralatan seminimum mungkin. Bawa peralatan mengikut jenis pancingan anda, sama ada pancing layang, bottom atau casting/popping, jigging.
Set terbaik mestilah tahan lasak dan kalis air masin kerana di syurga memancing ini bukan saja terdapat pelbagai spesies yang menarik malahan cendul dengan ikan-ikan monster.