Kepada semua pemancing dan yang baru dan ingin berjinak-jinak dengan hobi mahal ini, korang dinasihatkan untuk hadam dahulu perkara-perkara berikut:
Dapatkanlah ilmu memancing yang baik dan sebanyak yang mungkin. Fokus pada teknik dan ilmu DIY atau buat sendiri kerana ini dapat menjimatkan. Ingat ilmu adalah senjata utama anda. Dengan ilmu yang baik anda akan beroleh hasil yang baik biarpun peralatan anda cuma tahap cap ayam saja.
Belilah peralatan yang boleh digunakan secara allrounder. Peralatan yang boleh digunakan untuk hampir setiap jenis teknik pancingan baik di air tawar atau air masin. Adalah tidak berbaloi untuk membeli peralatan yang menjurus kepada satu teknik sahaja sedangkan kebanyakan masa ia menjadi perhiasan bilik semata-mata.
Jangan jadi pemancing yang fanatik pada sesuatu jenama hingga tidak dapat membezakan kelemahan dan kekuatan sesuatu jenama terutamanya apabila akhirnya anda gagal untuk menguasai peralatan jenama tersebut. Buatlah research sebelum melabur pada sesuatu jenama yang anda inginkan.
Jangan ambil peduli dengan apa yang orang kata tentang peralatan anda yang tahap cap ayam kerana yang berjenama pun belum tentu mendatangkan hasil. Hormatilah peralatan anda dan ia akan berbakti dengan baik kepada anda.
Kuasailah dan kenalilah kelemahan dan kekuatan peralatan anda dgn sebaik-baiknya kerana sekiranya anda gagal menguasai peralatan anda bererti anda membuang masa dan wang ringgit.
Kuasailah dan belajar cara terbaik dan mudah untuk mencari serta persembahkan umpan anda. Ianya amat menjimatkan dan lebih berkesan.
Carilah teman memancing yang baik dan boleh diharap kerana dunia memancing memerlukan teamwork, kerjasama dan toleransi untuk menjayakan sesuatu trip.
Buatlah perancangan yang baik, terutamanya dari segi bajet kewangan anda sebelum bercadang untuk sesuatu trip yang jauh dan memakan masa berhari-hari lamanya.
Belajarlah menghormati alam semulajadi. Jika anda menghormatinya, ia akan berbakti kepada anda dengan hasilnya.
Hormatilah diri kita sebagai pemancing dan sesama pemancing yang lain kerana dalam dunia memancing kita sama saja, cuma pengalaman dan ilmu yang memisahkan, tapi rezeki tidak mengenal sama ada anda otai ataupun newbies.