Pertandingan Mini Kolam Sementeh

Share

 

(Oleh : KD Negri)

 

Pada Sabtu minggu lepas penulis berkesempatan untuk menyertai satu pertandingan memancing anjuran 2M Event dengan kerjasama Kolam Sementeh Fight Club, yang bertempat di Lancang, Pahang.

Sebelum ini kami pernah datang ke sini dan merasai keseronokan suasana kampung dan kemeriahan memancing yang mana banyak terdapat ikan di dalam kolam ini.

 

Kolam Sementeh dimiliki sepenuhnya oleh saudara Mohd Rosaidy atau Ady (Sementeh Fight Club).

Tanah yang berkeluasan 6 ekar setengah ini digunakan sepenuhnya untuk membina 2 kolam.

Satu kolam khusus untuk pancingan dan satu lagi kolam diperuntukan untuk ternakan talapia.

 

Kolam ini semakin dikenali khususnya di sekitar Pahang dan di seluruh Malaysia amnya.

Jadi tidak hairanlah jika ada yang berminat untuk menyewa bagi melangsungkan aktiviti riadah berkumpulan serta pertandingan memancing.

 

Penulis difahamkan bahawa satu pertandingan memancing diadakan kali ini. Namun penganjuran di buat oleh rakan Ady iaitu dari group 2M Event.

Hadiah yang ditawarkan agak lumayan sebanyak hampir 20K keseluruhan.

 

Saudara Mohd Soffian Bin Zulkifli atau dikenali sebagai Bro Kuzi di Facebook selaku owner 2M Event menyatakan ini adalah kali pertama beliau menganjurkan pertandingan memancing di kolam.

Sebelum ini beliau lebih memberi tumpuan kepada pertandingan di tasik-tasik sekitar pahang.

 

Tepat jam 2.00 petang Sabtu bermulalah sesi pendaftaran. Sementara sesi memancang bermula jam 4.00 petang.

Hampir 350 peserta menyertai pertandingan kali ini. Tepat jam 9.00 malam bermulalah pertandingan.

 

Sebaik sahaja umpan dilabuhkan, kedengaran jeritan para pemancing meminta laluan bagi mendaratkan ikan.

Peserta dari dalam dan luar daerah malah ada dari Negeri Sembilan, Terengganu, Kuala Lumpur, Melaka, Johor turut datang mencuba nasib.

 

Sejam permulaan pertandingan dapat dilihat begitu banyak ikan didaratkan. Antara spesies yang berjaya didaratkan adalah patin, pacu, patin Chaopraya.

Pertandingan ini ditamatkan jam 2.00 pagi. Ikan patin seberat 11.880 kg dari saudara Orang Minyak telah dinobatkan sebagai juara. Kedua patin 10.04 kg dan ketiga patin 9.220 kg.

 

Bro Kuzi juga menzahirkan berbanyak terima kasih kepada pihak kolam, para pemancing yang hadir memberi sokongan.

Penulis juga difahamkan bahawa kolam ini hanya dibuka untuk pancingan 2 kali seminggu, Isnin dan Jumaat dimana hanya untuk pertandingan sahaja.

 

Sesungguhnya kolam ini cukup memberi kepuasan bagi mereka yang inginkan strike. Hampir 16 tan ikan berada dikolam ini.

Selain didominasi oleh patin, ia turut memuatkan pacu, patin Chopraya dan patin Mekong.

 

GALERI

 

 

Published by
Amang