Korang bercadang untuk beralih konsep pancingan ke laut dalam? Berikut kami senaraikan keperluan peralatan yang korang perlu ada dan bawa ke trip memancing.

Kekili

Lumrah kalau memancing laut dalam bukan saja pancing dasar (bottom) yang dipraktikkan. Teknik drifting, jigging, popping, casting dan trolling juga boleh dimainkan. Jadi, tiga set kekili adalah minimum dan kalau mampu bawa peralatan gantian untuk menghadapi sebarang kerosakan atau kehilangan.

Joran

Untuk teknik bottom dan trolling lebih sesuai kalau kita bawa joran panjang 2meter hingga 2.5meter dengan aksi berat 30-80lb, 50-80lb atau PE4-PE8. Jika meminati jigging, guna joran kekuatan PE3-PE5 panjang 2meter sangat sesuai untuk ikan seperti cupak, tenggiri dan gerepoh bawah 15kg.

Ads

Kalau GT bersaiz XXXL elok gunakan joran berkekuatan sehingga PE8 dengan panjang yang sama atau 2meter. Bagi popping, joran 2.5meter sangat efektif untuk lontaran jauh. Sedia satu joran selingan berkekuatan PE1 hingga PE3 untuk memancing apollo, anak ikan atau untuk digunakan sebagai pancing candat (bagi mendapatkan umpan sotong hidup).

Tali pancing

Ini ada hubungan dengan kapasiti atau had muatan kekili berserta kekuatan maksimum drag yang terbina di dalamnya. Lumrahnya tali utama untuk pancing dasar dan menunda ialah 80lb-100lb untuk tali utama kalau menggunakan tali sulam atau 50lb-80lb jika menggunakan tali tangsi.

Ads

Bagi kekili yang digunakan aktiviti jigging dan popping pula perlu dipadankan dengan tali sulam 60lb hingga 80lb dan disambung dengan tangsi kekuatan 80lb hingga 100lb sepanjang tiga meter sebagai perambut serap kejutan (shock leader).

Batu ladung

Ads

Penggunaan batu ladung kalau dibandingkan antara Pantai Barat dan Pantai Timur sedikit berbeza. Kalau di Pantai Barat had maksimum saiz 32 (1.5kg) di Pantai Timur pula had maksimum saiz 24 (1kg). Ini berdasarkan arus di pantai barat lebih deras berbanding pantai timur kerana laluan yang sempit. Di Sabah dan Sarawak, arus laut lebih kurang seperti Pantai Timur Semenanjung kerana berada di kawasan yang sama

Umpan

Jenis terbaik ialah bekalan ikan segar atau hidup yang diperoleh atau dipancing ketika perjalanan ke destinasi, membelinya di pasar atau di jeti. Umpan jenis ini adalah prasyarat utama kejayaan misi memancing kerana kesegaran dan keberkesanannya. Jenis umpan seperti ikan pelaling, ikan tongkol dan sotong pasar mencukupi untuk setiap trip.

.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI