Persediaan Kelengkapan & Mental Sebelum Trip Mancing!!

Share

 

Dalam setiap pekerjaan yang dilakukan biarlah bersistematik dan apa yang penting jika berlaku sebarang musibah atau kesulitan kita sebenarnya telah cukup bersedia menghadapinya.

 

 

Lakukanlah persiapan sebaik mungkin. Jika perlu membeli sebarang peralatan baru, lakukanlah lebih awal. Buat tabungan untuk perbelanjaan anda setiap bulan. Sebelum turun memancing periksa set peralatan telah siap. Ingat jangan sesekali mengharapkan kawan anda ada menyediakan perambut, mata kail untuk anda melainkan rakan anda menawarkan barangan mereka sekiranya anda betul-betul tiada atau tertinggal.

 

Perut tidak berisi ibarat mesin yang tidak bermaya. Sebelum turun memancing, senaraikan keperluan makanan dan minuman, dapur, bekas memasak untuk tempoh berapa lama anda turun memancing. Jika berkumpulan, bincang apa yang masing-masing perlu dibawa. Bawalah sedikit makanan di dalam tin seperti sardin sebagai insurans jika tidak berhasil mendapat tangkapan.

 

 

Jika berhasrat memancing lebih 3H 2M, rancanglah bawa pakaian yang sesuai. Bawa pakaian yang ringan, mudah kering dan tidak membebankan beg anda. Bawalah baju lengan panjang, stokin untuk melindungi dari panas, sejuk di waktu malam dan mengelakkan dari gigitan nyamuk dan agas.

 

Jika memancing di sungai, gunalah kasut yang sesuai, selesa, selamat dan tidak berat. Jangan lupa selitlah juga selipar jepun di dalam beg. Topi juga Item wajib yang perlu ada. Bukan sahaja melindungi kepala dari panas terik matahari. Jika memancing pada musim panas, anda perlulah kerap minum banyak air.

 

 

Jangan sesekali mengabaikan ia. Setidak-tidaknya bawalah kit kecemasan mini ketika memancing. Periksa dulu kit kecemasan sebelum turun. Lengkap atau tidak ‘isinya’ seperti plaster luka, paracetamol, minyak angin, minyak gamat, kapas luka dan sebagainya. Jika berlaku kecemasan, sakit di dalam hutan atau di tengah laut mana nak cari klinik?

 

Cuaca sukar diramal, kecuali musim panas terik. Bawalah set baju hujan ketika memancing. Ada yang mengatakan leceh, tetapi ketika memancing hujan turun lebat, basah kuyup dan angin pula bertiup jangan pula timbul perkataan ‘kenapalah aku tak bawa tadi’.

 

Tali sekurang-kurangnya 10 meter wajib dibawa. Ia mampu memberi kemudahan yang tidak dijangka, sama ada kegunaan berkhemah atau kecemasan. Wisel walaupun kecil dan boleh dianggap tidak perlu, ia patut ada dalam trip memancing anda. Masa bila ia berguna? Sekiranya bot anda rosak, tersesat, tiuplah ia untuk menarik perhatian orang lain.

 

 

Selain berhasrat membawa pulang sampah ke luar selepas memancing di dalam hutan, ia berfungsi menyimpan pakaian, beg dan peralatan penting sekiranya hujan turun lebat dengan tiba-tiba.

 

Ia wajib ada di pinggang, terutama kepada mereka yang gemar memancing di sungai di dalam hutan. 1001 kegunaan ada padanya. Setidak-tidaknya seorang ahli grup wajib membawanya. Waktu malam, ia memang berguna. Bawalah apa yang anda rasakan sesuai untuk menerangi kegelapan, sama ada lampu suluh, headlamp, lampu ayam, lampu karbaid.

 

 

Jika berkereta, sila pastikan kereta dalam keadaan sentiasa sudah di servis, pastikan lain-lain perkara seperti cukup perkakasan spanar, tayar simpanan, tayar simpanan ada angin. Jika menaiki motor meredah ke kawasan sungai dan hutan, pastikan bawa tiub, spanar, plug dan minyak petrol tambahan.

 

Published by
Amang