Perkongsian Memancing Ikan Kitang Oleh Netizen

Share

 

Ikan kitang… walaupun ikan ni takla femes mana, tapi ada juga orang suka cari ikan ni. Nak pancing senang je… ada yang guna umpan udang kopek, ada yang guna roti. Walaupun rupa camni, tapi goreng pun sodap geng! Tapi, awas dengan duri atas dan bawah badan dia. Boleh tahan bisa kalau kena tu…

 

Biasanya orang guna mata kail kecil dengan pelampung… pelampung kira sejengkal dari mata kail. Ada orang guna teknik gantung je… yang penting mata kail kena kecil. Umpan boleh guna umpan udang kopek, hirisan sotong, roti, umpun-umpun dan sebagainya.

 

 

Nak pancing ikan ni di kawasan muara, pantai berbatu, kelong atau rumah rakit (dia banyak main di tiang kelong). Korang ada pengalaman tak ngail ikan ni?

 

“Orang Sarawak yg berdarah Melanau banyak ikan yg pantang dimakan. Saya pernah tak percaya cakap ibu, bila makan ikan ni, habis gatal seluruh badan mcm panau… nasib baik beberapa hari shj.

Nak ngail ikan ni guna mata kail kecil, sejengkal drp mata kail bubuh pemberat kecil, setengah depa drp mata kail, gulung tangsi pd pen sekitar 1 kaki & tahan dgn getah, biar semalaman.

Masa nak mancing baru buka… tangsi mcm spring. Guna roti yg dikepal. Bila ikan makan… tali akan kelihatan mcm spring ditarik. Layan…!”

– AMIR SAIFUDIN AHMAD

 

 

“Penah mancing ikan ni kat jeti rm5 tanjung harapan…. masa nak buka mata kail, entah cmne ikan ni ngelupur terkena plak duri atas tu. Die punya bisa… perghh! Hilang mood mancing… berdenyut2… panas…!”

– HAFIZ RAZALI

 

“Duk atas kelong, mancing celah2 kayu pakai umpan roti… layan. Tp kawan aku kena duri dia, berlubang baq hang tgn dia… menggelupoq! Haha.”

– KHAYYUM KARIM

 

 

“Kalau ikan kitang saiz pinggan… leh guna mata 1 saiz kecik umpan belacan gaul ngn tepung. Pakai pelampung… perambut xpayah panjang. Air gerak pasang dia start mkn. Dh penuh dia x nak lyn. Kwn nk try kt kg pasir putih, pasir gudang.

Ade 1 tip boleh cubalah… ambik buah nenas masak saiz kck jer. Kupas kulit ikat jadikn denak dlm air… ikn ni suka makan buah2an. Pas tu leh guna apollo umpn isi udang or apollo mata kosong.”

– MUSKETER MUSKETER

 

 

“Paling senang nak cari ikan ni… kat celah-celah sangkar ternak ikan. Guna mata kail kecil sahaja berumpankan isi udang. Nak dpt banyak guna shja rod tampa reel. Klu guna joran buluh lgi bagus… dh mcm kt parit pulak rasanya mcm masa budak2 dulu. Tpi awas sirip atas ikan ni… bisa klu kena.”

– ESA MOHAMED

 

“Ikan ni dulu admin klau kat Kuantan mmg sdp. Dulu masa mancing dgn ayah, dkt 20-30 ekor bwk balik goreng berlada. Tp sekarang ikan ni klau dpt, nk jamah skit pn xleh buat mkn, sb berbau hanyir. Jd hargai n jaga la kebersihan, hrp sungai, muara kita bertambah baik, bkn buruk.”

– Al SHAUFIK

 

 

“Pengalaman pancing ikan ni kat tiang tengah jambatan pulau pinang. Mula2 tak tahu pasal ikan ni. Selalu nampak ikan ni makan teritip kat tiang jmabatan hanya beberapa kaki dari permukaan air. Kawan ajar macam mana nak pancing. Guna roti, mata kail kecil. ikan ni saya buat bakar je… paling masyuk bila dapat ikan yg ada telur… perghhh…!”

– MOHD FAUZI

 

“Ikan ni berkawan… mudah nak dapat. Guna joran udang memang best layan. Di Terengganu, ikan ni orang tak makan sangat. Dikategori sebagai ikan pengacau yang mencuri umpan. Kalau dapat, biasa lepas balik.”

– EN ABE DIN

 

 

“Cuti baru ni mancing ikan ni kat muara Sg Ibai. Pakai umpan hirisan sotong. Punya susah nak dapat sbb terpakai kail besar sikit. Air masa tu baru nak hala ke surut. Since air jernih nampak ikan ni memecahkan & makan teritip yg terlekat di batu dalam air. Giginya tajam sampai tali braided pun berbulu di tergigitnya.”

– MD RAISYAM

 

Published by
Amang