Bulan Februari dan Mac dikatakan waktu paling mujarab untuk memburu kelah di sungai pergunungan di Tasik Kenyir, Terengganu. Satu-satu kaedah untuk memburu kelah adalah secara trekking atau berjalan kaki ke lubuk-lubuk berpotensi.
Tiada jalan mudah untuk memburu kelah di sini. Oleh yang demikian, banyak perkara yang perlu korang fikirkan sebelum menyertai mana-mana trip memburu kelah di Tasik Kenyir. Kalau korang sanggup hadapi semua ini… cerahlah peluang untuk strike kelah!
Kos kerugian hangus
Satu trip bot panjang anggaran kos dia RM300 untuk 3 hari 3 malam. Biasanya ia meliputi kos bot, guide dan permit. Maksimum ahli trip 10 orang.. pukul rata dalam dalam RM300 seorang. Itu pun kalau cukup korum… kalau tak cukup maka bertambahlah kos.
Krem kaki naik bot
Lazimnya masa yang diambil menaiki bot ke check point untuk memulakan trekking memakan masa 3 jam. Semua duduk mencangkung je dalam bot tu. Bot langsung takde bumbung atau kabin.
Seratus peratus open air. Bergerak dari jeti pulak sebelum Subuh. Bayangkan kesejukannya… silap-silap belum start trekking betis dah krem!
Trekking mintak nyawa
Yang pastinya kena trekking sekurang-kurangnya 3 jam. Ada juga lubuk yang kena trekking sampai 8 jam. Lagi jauh berjalan lagi cantik lubuk yang akan korang jumpa.
Kalau lubuk dekat-dekat setakat trek landai susur sungai, boleh tahan lagi. Tapi kalau panjat bukit pacak mau lutut cecah dagu jadinya.
Khemah tahap basic
Khemah yang didirikan biasanya khemah terbuka. Kanvas atas bawah… atas buat bumbung, bawah buat tilam. Ada masanya selamat dari nyamuk dan agas. Ada masanya nyamuk dan agas berjuta-juta.
Biasanya nyamuk dan agas masih boleh handle lagi walaupun tak selesa sangat menyanyi kat telinga. Yang tak tahan kalau ada member yang berdengkur sebelah telinga.
Belum tentu tak kumpau
Bukan senang nak menewaskan kelah sebenarnya. Kalau ikan tengas, umpan cengkerik dalam tin pun jalan. Baung guna umpan isi ayam atau ikan pun boleh naik.
Tapi kelah… walaupun guna umpan feveret dia, kalau tak kena dengan cara… dia pandang sebelah mata je umpan korang tu. Memang tak berbaloi jawabnya dengan penat lelah dan modal yang dilaburkan.
Syarat tambahan
Kalau dah jumpa lubuk dan gasak kaw-kaw… jangan mulut lembik. Up status dan sebar lokasi lubuk pada umum.
Kesannya sudah banyak berlaku. Banyak lubuk terbaik kena bom… kena karen… kena tuba! Harap simpan rahsia untuk kaki-kaki pancing yang masih kumpau nak tarik kelah.
(Sumber: FB Pakej Memancing Ikan Kelah Tasik Kenyir)