Tiada waktu rehat untuk memancing kerana ikan boleh dipancing 24 jam! Namun memancing pada waktu malam tidak sama dengan keadaannya berbanding pada siang hari.
Khususnya memancing di kawasan yang jauh dari sumber cahaya seperti di sungai pergunungan, sungai jauh dari penempatan ataupun lombong tinggal.
Lampu suluh
Torchlight atau lampu suluh wajib ada! Tak kiralah apa jenis lampu suluh sekalipun ia adalah keperluan kedua terpenting selepas peralatan memancing. Kalau bawak lampu suluh tak bawa peralatan memancing itu dah kira tujuan lain.
Jangan suluh sebarangan
Seboleh-bolehnya kurangkan penggunaan lampu suluh terutamanya tabiat gemar menyuluh ke arah air. Cahaya dari lampu suluh boleh menyebabkan ikan menjauhi kawasan pancingan kita.
Ads
Penghalau serangga
Insect repellent atau ubat penghalau serangga juga perlu ada demi untuk keselesaan kecuali sudah kebal dengan gigitan nyamuk dan agas serta serangga-serangga hutan.
Warna hitam
Nak pakai pakaian macam pergi pejabat pun boleh asalkan jangan berwarna hitam. Pakaian serba hitam memang bagus bagi penyamaran kerana ikan tidak nampak kehadiran kita tetapi tidak bagi nyamuk.
Sebaik-baiknya memancinglah secara berkumpulan. Walaupun cuma di sungai belakang rumah atau tepi lombong, ia dapat membantu jika berlaku apa-apa insiden yang tidak diingini.
Simpan peralatan
Simpan peralatan memancing yang tajam seperti mata kail atau pisau di tempat asal selepas digunakan bagi mengelakkan kecederaan yang tidak diduga.
Ads
Unggun api
Sebaiknya juga buatkan unggun api bagi menjauhkan binatang-binatang buas dan berbisa menghampiri kawasan pancingan kita (kalau di daratan la, jangan buat unggun api di dalam sampan!)
Ikan bersengat
Kenali terlebih dahulu spesis tangkapan yang berjaya didaratkan sebelum mengendalikannya bagi mengeluarkan mata kail agar tidak terpegang ikan sembilang sama seperti memegang ikan gelama.
Apa pendapat anda? Tinggalkan komen & share ya. Terima kasih!
Jangan lupa like & see first Facebook Majalah Umpan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Sekiranya korang memancing di laut dalam dan menghampiri sebuah pulau, jangan sesekali abaikan tanpa cuba melabuhkan umpan di sekelilingnya. Memancing di sekeliling pulau dengan menggunakan bot sememangnya menyeronokkan. Terutamanya pulau yang banyak didiami ikan pemangsa.
Namun tidak kurang juga perkara-perkara yang boleh merencatkan keseronokan serta bahaya yang menanti. Di sini kami sediakan serba sedikit panduan dan peringatan untuk memancing di sekitar pulau.
Kebanyakan pulau terutamanya di perairan pantai timur diwartakan sebagai kawasan taman laut. Oleh yang demikian sebarang aktiviti menangkap ikan adalah dilarang dalam radius 2 batu nautika. Jadi, kita kenalah faham kenapa tekong tidak membawa kita memancing berdekatan dengan pulau.
Kebanyakan pulau yang tidak berpenghuni adalah pulau berbatu. Sementara struktur batu-batu yang tenggelam di sekeliling pulau tidak seragam saiznya. Tidak semua pulau boleh dihampiri dengan bot dalam jarak yang rapat. Oleh yang demikian, kita sebagai pemancing jangan cepat beranggapan negatif jika tekong tidak merapati pulau sebagaimana yang diinginkan.
Sentiasa perhati pergerakan arus dan angin jika ingin merapati tebing pulau berbatu. Sekiranya angin dan arus lebih terarah ke tebing maka sebaiknya beralih ke kawasan yang lebih selamat untuk merapati tebing.
Turut sama membantu tekong memerhati skrin sonar perihal kedalaman air walaupun tidak terlalu hampir dengan tebing pulau. Kewujudan struktur batu yang tidak seragam ketinggiannya boleh mendatangkan bahaya terutamanya di kedalaman kurang daripada 20 kaki.
Sepadan dengan dasar yang berbatu maka gunalah peralatan memancing yang dapat membantu mengurangkan kadar sangkut. Sekiranya jigging, sebaiknya kurangkan jumlah penggunaan mata kail dan elakkan dari mengguna mata tiga.
Sepadan jugak dengan spot ikan-ikan kecil berlindung maka jangan terlalu harap akan strike kerapu bara 3-4kg. Dan kalau asyik strike kerapu biasa-biasa besar tapak tangan tu jangan nak salahkan tekong pula.
Untuk memperolehi hasil memancing yang memuaskan hati di kelong, anda perlulah banyak kali memancing di sesebuah kelong tersebut.
Anda juga boleh bertanya pada petugas kelong. Namun, sekiranya anda tidak berpeluang berbuat demikian, apa kata anda ikut saja saranan yang kami sediakan ini berdasarkan pengalaman kami.
TIP 1
Untuk memburu spesies pemangsa yang keluar masuk ke kawasan kelong, sebaiknya gunalah umpan hidup yang boleh diperoleh di kawasan kelong.
Cubalah dapatkan umpan hidup seperti tamban, selar atau sotong.
TIP 2
Udang hidup juga berkesan di sini namun ia lebih bagus untuk pancingan pada waktu siang. Pada waktu malam, sambutan terhadap udang agak kurang.
Sementara umpan udang mati mati atau udang kopek boleh digunakan sepanjang tempoh memancing bagi mencari spesies ikan berlainan.
TIP 3
Waktu terbaik untuk memancing ialah ketika adanya arus sama ada ketika air pasang besar atau pasang kecil.
Perubahan air pada waktu inilah yang banyak merekodkan tangkapan yang memuaskan hati.
TIP 4
Apollo dan candat udang wajib bawa. Apollo saiz kecil (nombor 4-6) untuk mencari umpan apollo saiz sederhana (nombor 10-12) untuk mencari selar dan cencaru bersaiz kasar.
Kami memilih apollo yang dilekatkan anak udang getah kecil pada mata kail apollo yang terbukti lebih berkesan.
TIP 5
Teknik pancingan yang berkesan adalah dasar berhanyut dan flying fox menggunakan umpan hidup.
Sementara teknik apollo dasar dengan hirisan tamban segar juga amat berkesan.
Percaya atau tidak ikan merupakan antara subjek yang menarik untuk dibuat kajian. Justeru pelbagai kajian tentang ikan telah dilakukan dan pelbagai fakta yang menarik telah dicatatkan. Namun kami senaraikan 10 saja antara fakta yang menarik tentang ikan.
FAKTA 1
Dijangkakan terdapat lebih 15 000 spesies ikan yang masih belum direkodkan.
FAKTA 2
Ikan paling kecil ialah Philippine goby yang hanya berukuran 1/3 inci ketika dewasa.
FAKTA 3
Terdapat lebih daripada 25 000 spesies ikan telah dikenal pasti dan direkodkan.
FAKTA 4
Ikan puyu merupakan spesies yang sangat kuat dan mampu bertahan tanpa air dalam jangka masa yang lama. Malah spesies ini mampu bergerak di daratan menggunakan sirip pektoralnya yang kuat.
FAKTA 5
Spesies ikan terbanyak merupakan ikan air tawar sedangkan bumi hanya dilitupi oleh 0.01% air tawar.
FAKTA 6
Terdapat lebih banyak spesies ikan berbanding kombinasi jumlah spesies amfibia, reptilian, burung dan mamalia.
FAKTA 7
Ikan seperti jerung tidak memiliki komponen pelampung dalam badannya bagi memberikan kebolehan terapung dalam air. Jadi mereka perlu berenang berterusan atau pun berhenti di dasar air.
FAKTA 8
Sesetengah ikan menggunakan gigi untuk mengeluarkan bunyi sementara sesetengah lagi ikan tidak bergigi menghasilkan bunyi menggunakan udara dalam komponen pelampung dalam badannya.
FAKTA 9
Menurut kajian saintifik, ikan telah wujud di bumi sejak lebih 450 juta tahun dahulu.
FAKTA 10
Garisan lateral pada badan ikan bertindak seperti radar dan membantu ikan mengesan laluan walaupun dalam keadaan air keruh.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...