Periksa Perkara Berikut Bila Nak beli Reel BC

Share

 

Baitcasting, overhead atau multiplier reel diklasifikasikan sebagai kekili menegak dalam kamus memancing kita. Ia merupakan kelengkapan memancing yang berbeza dengan kekili mendatar atau spinning reel.

 

Biasanya, harga kekili menegak ini mahal sedikit harganya berbanding kekili mendatar. Oleh yang demikian korang haruslah menilai banyak perkara agak sepadan dengan nilai yang dibayar. Mungkin panduan yang kami sediakan ini dapat membantu korang memilih kekili menegak yang dihajati.

 

Check Tapak Reel

 

Sebaiknya carilah kekili yang mana plat tapaknya bersambung secara terus dengan bingkai kekili. Boleh dikatakan hampir semua kekili masa kini ia berkeadaan sedemikian tetapi masih ada disambungkan dengan ribet atau lain-lain kaedah. Ini kerana titik penyambungan merupakan titik terlemah.

 

 

Oleh yang demikian, semakin kurang komponen berasingan maka semakin kukuhlah kekili tersebut. Oleh kerana tekanan yang dikenakan terhadap sebarang kekili menegak adalah bergerak ke hadapan sehingga ke hujung joran, maka kekuatan tapak kekili cukup kritikal. Inilah sebab kenapa kekili menegak saiz besar atau multiplier sering didatangi dengan sokongan alat pendakap.

 

Check Ruang Celah Spool

 

Tolenrasi antara spool atau gelendung dan badan kekili seharusnya minimum. Ujian terbaik ialah dengan mengisi tali tangsi atau tali sulam ke dalam spool dan cuba selitkan tali di celahan antara spool dan plat dalaman kekili. Tambah pula sekarang ini diameter tali semakin halus. Jadi janganlah sampai tali terselit di celahan tersebut kerana ialah bukan saja boleh menyebabkan kejadian bihun atau backlash atau lebih buruk lagi putus tali.

 

 

Kayuhan Smooth

Pegang pengayuh atau handle dan cuba gerakannya ke dalam atau keluar. Kekili yang berkualiti, tiada sebarang gerakan ke dalam, keluar atau ke belakang dan ke depan apabila sistem tegangan diketatkan.

Kekili yang murah dan kurang kualiti kerap gagal dalam ujian ini. Ia berpunca dari tolenrasi yang lemah dan toleransi yang lemah pada pengunci pengayuh atau material logam yang lemah pada shaf pengayuh.

 

 

Check Sistem Susunan Tali

 

Alat penyusun tali atau level wind kadangkala menimbulkan masalah dan paling cepat rosak. Pastikan anda boleh mendapat alat gantinya untuk komponen seperti palam dan shaf penyusun tali itu. Kompenan ini selalu cepat haus, apatah kalau dimasuki pasir dan pembentukan garam. Jadi, ia perlu dibersihkan setiap kali selepas penggunaannya.

 

 

Check Kawalan Lontaran

 

Sistem kawalan lontaran pada kekili jenis ini biasanya berbeza-beza. Paling asas ialah tekanan dikenakan pada shaf gelendung melalui tombol plat sisi kepada magnetik atau emparan.

Tiada siapa terutama orang baru boleh jamin lontarannya pertamanya cukup sempurna, tetapi dengan latihan demi latihan, semuanya mampu menguasainya. Gelendung seharusnya mampu dilaras sampai ke satu tahap yang mana ia dapat berpusing bebas dengan hanya sedikit pulasan jari anda.

 

Published by
Amang