Perihal Siput Sudu!!

Share

 

Industri ternakan siput sudu di Malaysia kena diteruskan dengan menyediakan permit penternakan dan teknologi lebih baik dari pihak tertentu.

Masalah serangan perosak seperti jenis siput lain yang merosakan siput sudu perlu diatasi dan kempen kualiti logam berat juga perlu dipantau.

 

 

Sampel-sampel siput sudu sering dan perlu diperiksa mengikut jadual berkala untuk mempastikan keselamatan siput sudu dari menjadi makanan toksik kepada manusia terutama dalam kandungan logam berat dan organisma merbahaya.

 

Projek menternak siput sudu dilaksanakan dengan memasang tiang atau kayu nibung di dalam laut pesisir pantai disusun dan mengikat tali yang digantung dengan pemberat dalam air laut.

Di kawasan Laut Selat Johor (Tebrau dan Pontian) teknologi terkini menggunakan pelampung plastik dan tali siput sudu digantung di bawahnya.

 

Benih-benih siput sudu semulajadi akan melekat pada tali-tali tersebut dan membesar selama 7-10 bulan sebelum diperiksa untuk dituai.

Walaupun musim pembenihan dan penuaian siput sudu berbeza mengikut kawasan dan faktor cuaca, lazimnya musim panas (Januari-Febuari) adalah musim pembenihan dan mula menuai pada Julai (siput sudu kecil) dan September-Disember (Kerang cukup besar). Penuaian juga dijalankan pada luar musim dengan membuat pemilihan pada tali.

 

Published by
Amang