Dengan rupa bentuk yang leper dan lebar menjadikan ikan pari sebagai antara spesies hidupan laut yang unik diciptakan oleh tuhan. Biarpun tidak menunjukkan persamaan ciri-ciri rupa bentuknya seperti ikan-ikan yang lain, namun ternyata ikan pari bukan spesies biasa yang boleh dipandang enteng.

 

Terkenal dengan semangat juangnya ketika melarikan umpan pastinya menjadikan ikan pari antara ikan yang menjadi dambaan kaki pancing terutamanya dari kalangan kaki pancing pantai (surfcasters).

 

Perihal Ikan Pari Yang Ramai Tak Tahu

 

Jadi, sempena tema surfcasting, kali ini kita akan membongkar beberapa fakta menarik tentang si pemangsa dasar laut ini:

 

Saiz

Spesies terbesar pernah di rekod spesies terbesar pari yang pernah direkodkan ialah sepanjang 6.5 kaki dengan berat mencapai lebih 790 lb!!! Wow, bayangkan gergasi dengan berat sebegini yang melebihi berat sebuah piano! Menakjubkan!

 

Perihal Ikan Pari Yang Ramai Tak Tahu

 

IKLAN

Saudara Jerung

Ikan pari berkait rapat dengan jerung. Ya, jangan pula tak tau ikan pari juga berkait rapat dengan keluarga jerung. Walau bagaimanapun, tidak seperti saudaranya jerung, ikan pari tidak mempunyai rangka bertulang. Badannya hanya terdiri daripada tulang rawan sama seperti yang ada pada hidung dan telinga manusia.

 

Perihal Ikan Pari Yang Ramai Tak Tahu

 

Sengat padu

Ekornya yang panjang kebiasaannya mempunyai sengat di pangkal ekor yang sangat beracun. Ya, umum mengetahui bagaimana sengatan ikan pari mampu menumbangkan manusia. Banyak kes terjadi yang mana akibat tidak berhati-hati mengendalikan ikan pari menjadikan sengatnya hinggap pada kaki atau tangan manusia. Tetapi ada juga spesies pari yang tidak mempunyai sengat pada ekornya. Ikan pari bendera atau kelawar.

 

IKLAN

Perihal Ikan Pari Yang Ramai Tak Tahu

 

Mulut Bawah Kepala

Ikan pari menjadikan kerang-kerangan dan udang sebagai diet utamanya. Atas faktor mulutnya yang berada di bawah badan menjadikan ikan pari lebih menjadikan spesies bercangkerang dan udang sebagai diet utamanya. Tetapi untuk lapangan memancing, umpan yang biasa digunakan untuk memikat pari selain udang hidup ialah ikan bolos, hirisan ikan dan juga sotong.

 

Perihal Ikan Pari Yang Ramai Tak Tahu

 

Sensor Sensitif

IKLAN

Ikan pari tidak menggunakan mata untuk mencari mangsa. Ya, disebabkan matanya berada di atas badan, mereka hanya menggunakan elektro-sensor yang dikenali sebagai ‘ampullae of lorenzini’ untuk mencari makanan.

 

Perihal Ikan Pari Yang Ramai Tak Tahu

 

Geng

Ikan pari biasanya hidup bersendirian, tetapi ada juga yang hidup berkumpulan. Tidak seperti sesetengah spesies yang hidup berkumpulan, ikan pari biasanya mengamalkan sikap solitary. Namun bagi spesies pari manta, mereka lebih mengamalkan hidup di dalam kumpulan yang lebih dikenali sebagai ‘schooling’.

 

Perihal Ikan Pari Yang Ramai Tak Tahu

 

Spesies Beranak

Ikan pari melahirkan anak sekali setiap tahun Setiap tahun, ikan pari betina mampu melahirkan anggaran 2 hingga 6 ekor anak yang mana ianya mampu hidup sekitar 15 hingga 25 tahun di dalam habitat.

 

Perihal Ikan Pari Yang Ramai Tak Tahu

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI