Dunia memancing tidak sesuai untuk orang perempuan? Bagi sesi pertama ini kami siarkan dulu hujah-hujah dari pemancing lelaki. Keluaran akan datang, kami akan siarkan pula hujah balas dari pemancing wanita.
“Betul-betul… bila orang perempuan memancing, pemancing lain di hujung dapat ikan, mulalah dia suruh pindah tempat. Sedangkan itu rezeki orang tu. Adoiii… apa pun tak boleh. Nak bising karang merajuk pulak.”
Boleh… boleh je asalkan dia cangkuk sendiri umpan dan cabut mata kail daripada mulut ikan sendiri. Hahahaha. Ada berani?”
“Betul… menyampah. Mintak tolong ikat itu la ini la. Mintak tolong pasang umpan la… hishhh! Macam-macam deme ni sudahnya awak langsung tak boleh aman nak memancing.”
“Setuju! Pendapat paling tepat. Bagi saya, asalkan wanita tu tahu cangkuk umpan, tahu buat perambut, boleh tarik ikan… itu pun dah cukup. Jangan sampai mata kail pun tak tahu nak ikat tapi nak jugak memancing. Tu yang aku rasa nak je sepak ke laut. Hehehe…”
“Betul tu. Nak-nak lagi kalau wanita nak masuk hutan… menyusahkan. Sebab bahaya ada di mana sahaja. Kalau setakat memancing di kolam tu lain ceritalah.”
“Benar… kalau org rumah ikut, siapa nak jaga anak? Kalau membangau je nanti tentu dapat gelaran ‘couple bangau berlangau ‘. Hahaha… jangan marah ya.”
“Leceh la orang perempuan ni. Malam-malam tak boleh memancing. Sekejap nak balik la… nak berak la… macam-macamlah. Mata kail aku yang pasang, dapat ikan aku yang buka. Nak baling pun aku jugak. Sudahnya aku tak mancing terus.”
“Orang perempuan ni paling sesuai duduk kat rumah je… tunggu hasil memancing dari lelaki. Itu lagi bagus dari ikut orang lelaki pergi memancing.”
“Memang tak sesuai tu bukan apa… nanti takut hitam pulak kulit tu. Kan tak cantik pulak. Tengok la kulit orang lelaki yang memancing… jarang sangat nak jumpa kulit cantik. Rentung banyak la.”
“Faham-faham sajalah… atas bot memang payah nak kencing. Orang lelaki takpe sebab boleh kencing dalam botol. Hahahaha.”