Untuk udang jantan muda, ia akan melawan secara konsisten dan berterusan manakala daya juangnya boleh tahan berpadanan dengan peralatan yang digunakan.
Bagi udang bertelur ia hanya kuat melawan di peringkat permulaan sahaja.
Manakala udang kecil sering menggegarkaqn hujung joran bertalu-talu setiap ia cuba mengeluarkan umpan dari mata kail.
Ads
Untuk itu, kekili kecil yang digunakan juga perlu dilaraskan sistem seretan (drag) supaya ia dapat menampung beban mengejut yang dikenakan seperti henjutan udang secara tiba-tiba.
Walaupun udang saiznya kecil tetapi teknik dan peralatan termasuk mata kail sesuai perlu dipadankan dengan kombinasi sesuai agar kepuasan serta kegagalan menjinakkan udang dapat dihindari.
Ads
Ads
Paling menarik ialah tahap kesabaran menaikkan udang yang berada di mata pancing adalah tinggi berbanding spesies lain. Pemancing perlu banyak berlembut dan sabar setiap kali udang menghenjut pancing.
Apa pendapat anda? Ayuh komen & share artikel ini. Terima kasih!
Jangan lupa like & see first Facebook Majalah Umpan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Golden trevally atau gerong belang, seperti kebanyakan spesies trevally yang lain merupakan lawan yang mempunyai daya perlawanan yang kuat.
ia pasti akan menguji sejauh mana keupayaan dan teknik pancingan kaki pancing.
Tidak hairanlah gerong belang juga merupakan salah satu spesies ikan trofi termasuk kaki pancing di Malaysia.
Jika dibuat gambaran, saya suka menggambarkan ikan ini sebagai satu spesies yang robust dan agresif dalam konteks ikan pancingan sukan.
Fizikal solid gerong belang memberikannya kekuatan daya melawan yang mengagumkan.
Gerong belang bukanlah spesies yang licik, sebaliknya berperwatakan lebih terbuka apabila tidak segan silu menghentam umpan.
Spesies ini seolah-olah lebih gemar cabaran pertarungan yang terbuka dan adil, sebuah pertarungan kuasa dan kekuatan antara ikan dan pemancing.
Selain itu, paten pemakanan gerong belang yang gemarkan kawasan air cetek turut membuatkan spesies ini menjadi ikan target yang bagus untuk pancingan sukan dan kegilaan untuk pemancing yang gemar menggunakan gewang selain pancingan pantai atau dasar.
Pemancing lebih mudah untuk mengakses ke lokasi yang mempunyai ciri-ciri habitatnya.
Teknik pancingan dasar untuk gerong belang sesuai dilakukan di kawasan air yang agak dalam di kawasan terumbu karang.
Ikan umpan yang gemar bermain di kawasan terumbu karang seperti tamban dan selar sesuai dibuat umpan hidup.
Jika menggunakan umpan hidup, teknik hanyut atau drifting antara yang mampu beri pulangan kerana gerong gemar meluru ke mangsanya yang berenang hampir ke permukaan.
Jika berlaku strike daripada sang gerong, ambil masa seketika sebelum melakukan henjutan kerana biasanya gerong akan memegang umpan atau ikan yang menjadi mangsa di mulutnya seketika sebelum memakannya.
Selain itu, udang juga merupakan umpan kegemaran bagi gerong belang selain hirisan ikan atau sotong.
Jika memancing gerong, gunakan perambut nylon atau fluoro carbon yang agak panjang dengan batu hidup.
Pastikan juga anda tidak terlepas pandang untuk sesuaikan saiz mata kail dengan umpan jika anda menggunakan udang, hirisan ikan atau hirisan sotong.
Ikan kenerak adalah spesies ikan bermisai (catfish) bergigi tajam dan juga merupakan ikan permangsa. Ia cukup popular di kalangan pemancing tempatan di negeri Pahang. Antara daerah yang popular dengan populasi ikan kenerak ialah Kuala Lipis, Jerantut dan Temerloh.
Habitat bagi spesies ini pula ialah kawasan sungai yang berarus deras. Spesies ini juga mampu hidup bertahun-tahun sehingga mencecah berbelas kilogram atau berpuluh kilogram. Kenerak juga mendiami kawasan sungai yang berarus deras Ini termasuk kawasan berbatu jeram, batang-batang kayu, tiang-tiang jambatan.
Ikan kenerak mempunyai kepala yang besar serta bergigi tajam mendatar ke bawah hingga ke bahagian mulutnya. Bahagian kepala memiliki tengkorak yang agak keras untuk melindungi kepalanya. Badannya mempunyai bentuk agak memanjang.
Bahagian badannya mempunyai warna yang agak kekuningan bercorak seperti coloreng. Bagi yang tidak pernah melihat ikan kenerak mereka mengatakan ikan bandaraya.
Kenerak merupakan spesies yang mempunyai barbell atau misai yang digunakan untuk memburu. Mereka mengesan mangsa atau makanan melalui filament barbel ini dan tidak menggunakan mata terutama dalam keadaan air yang keruh.
Kenerak yang mempunyai bentuk badan yang mampu melekat di batu dan kayu-kayu duduk mengendap mangsa di kawasan berarus deras atau jeram berbatu dan berkayu.
Teknik Pancingan
Teknik bottom dan juga casting selaman arus deras. Teknik bottom menjadi pilihan saya. Saya lebih suka mengunakan teknik bottom sebab baling dan tunggu sambaran. Bagi kawasan yang deras haruslah menggunakan batu hidup atau ladung yang bersaiz 7 ke atas.
Set pancing yang tahan lasak, bergantung pada kederasan air. Bagi saya umpan ikan kenerak adalah sangat mudah hanya menggunakan cengkerik. Adakala saya mengunakan anak ikan keli dan juga ulat lundi. Cengkerik yang disangkut penuh pada mata kail dibaling di kepala jeram. Kepala batang-batang kayu, kepala tiang-tiag jambatan atau pun bawah jambatan.
Apabila umpan telah dimakan pertarungan bermula tiada tarikan manja hanya tarikan yang kuat. Tali perambut juga harus la kasar dan kuat kerana gigi kenerak sangat tajam. Bukan senang untuk mendaratkan ikan kenerak kerana tarikan yang kuat malah faktor air yang deras menyukarkan untuk didaratkan.
Ibarat tarik batang kayu yang hanyut. Bagi setengah orang tidak berani atau geli dan juga takut untuk memakan ikan kenerak. Saya sangat menggemari ikan ini kerana mempunyai isi yang sedap. Bagi orang-orang Pahang gulai masang kenerak dan gulai gulai asam rom menjadi pilihan utama untuk memasak ikan ini.
Sebelum memancing sesuatu spesies ikan adalah penting untuk mengetahui diet atau makanannya terlebih dahulu. Ikan kaloi merupakan spesies ikan omnivor. Ikan ini memakan apa sahaja seperti rumpai air, ikan kecil, katak, cacing, organisma akuatik yang kecil malah hidupan akuatik yang telah mati juga dimakan oleh ikan kaloi.
Begitu pun, diet spesies ini lebih cenderung kepada tumbuhan. Dalam sektor akuatik, spesies kaloi juga digunakan sebagai haiwan pengawal rumpai air kerana keupayaannya untuk memakan dan mengawal tumbuhan vegetative akuatik dan alga yang tidak dikehendaki. Ini kerana, ikan kaloi yang dewasa mampu untuk memakan tumbuhan akuatik yang bersifat fiber secara terus.
Berbalik kepada dunia pancingan, spesies ikan kaloi bukanlah antara spesies ikan yang boleh dipancing setiap hari. Apa yang penulis maksudkan ialah, spesies boleh dikatakan spesies ikan yang agak jarang juga dinaikkan menggunakan teknik pancing. Lubuk pancingan spesies kaloi juga bukanlah di lokasi mudah diakses.
Biasanya, spot yang sesuai untuk memancing ikan kaloi ialah di kawasan sungai atau tasik yang mempunyai keadaan air yang bergerak perlahan. Ini kerana ikan kaloi biasanya memilih kawasan air berarus perlahan sebagai habitatnya. Spot sebegini yang mempunyai struktur seperti kayu mati di dasarnya juga antara spot menarik dan berpotensi.
Biarpun jarang dijadikan spesies target utama, ikan kaloi sebenarnya mampu memberikan tentangan yang kuat kepada pemancing. Henjutan kaloi yang bersaiz besar mampu membuatkan adrenalin pemancing mengalir laju.
Jangan dipandang remeh kerana spesies ini mampu membesar sehingga mencapai saiz 70cm panjang. Dengan sirip kaudal pedunkel yang kuat, ikan kaloi mampu membuatkan tali pancing putus dengan hanya satu henjutan. Selalunya pemancing perlu berwaspada ketika ikan kaloi melakukan henjutan secara tiba-tiba.
Dalam pancingan ikan kaloi, teknik yang terbaik ialah teknik pelampung dan dasar, namun penulis lebih cenderung memilih teknik pelampung kerana ikan ini bukannya ikan demersal. Antara umpan yang boleh dipilih jika ingin menduga spesies Giant gourami ini ialah, lipas kayu, cengkerik, udang sungai, cacing dan belalang atau pepatung.
Jika anda mahu mencuba umpan berasaskan tumbuhan pula, beberapa jenis umpan boleh dipilih. Antaranya ialah buah ara, sawit peram atau sawit masak dan juga umpan pisang separuh masak yang dipotong kecil atau dipotong dadu sebelum dicangkukkan pada mata kail.
Jarang sekali kaloi menjamah umpan tiruan seperti gewang, namun ia bukanlah sesuatu yang mustahil. Kebelakangan ini sudah terdapat beberapa kejadian pemancing berjaya memancing kaloi dengan menggunakan gewang. Selain dry flies dan teknik pancingan layang juga berpotensi menggoda spesies gourami gergasi ini gewang tiruan berbentuk ala-ala udang dipercayai antara gewang terbaik yang boleh dicuba.
Tiga tahun mengejar ilmu, akhirnya aku lulus semua ujian ku. Bulan depan aku akan memiliki ijazah sarjana muda ekonomi perniagaan. Sementara itu aku cadang...