Sebagaimana penjelasan dalam pengkelasan spesies, ikan kap atau spesies ikan kap dilabel memiliki persamaan yang hampir ketara.
Begitu jugalah dengan spesies ikan kap Siam (Siamese carp) dan ikan kap India (Indian major carp).
Ikan kap India atau catla, yang turut dikenali dengan nama umum major carp atau major Indian carp (nama saintifiknya Catla catla) adalah ikan air tawar Asia Selatan yang penting dari segi ekonomi.
Spesies tunggal dalam keluarga besar Cyprinidae ini biasanya ditemui di sungai-sungai dan tasik di utara India, Nepal, Myanmar, Bangladesh, dan Pakistan.
Ads
Kap India adalah ikan dengan kepala yang besar, rahang bawah yang menonjol besar, dan mulut terbalik.
Ia mempunyai skala yang besar, berwarna kekelabuan di bahagian belakang badan dan keputihan pada perutnya.
Catla mencari makanan di permukaan dan pertengahan air. Catla dewasa memakan zooplankton, manakala catla muda atau juvenil memakan zooplankton dan fitoplankton.
Ads
Ia mencapai kematangan seksual pada usia purata dua tahun dan purata berat dua kilogram dan mampu membesar sehingga 38 kilogram.
Di Malaysia, ikan kap India ini turut dikenali dengan nama karak oleh warga tempatan. Namun, identiti ikan karak ini sering mengelirukan khususnya kepada pemancing dengan ikan kap Siam.
Sekali pandang, ciri-ciri ikan Indian carp dan Siamese carp sememangnya boleh mengelirukan kerana memiliki skala dan bentuk badan yang hampir sama.
Ads
Namun ikan kap India ini boleh dibezakan dengan ikan kap Siam melalui ciri-ciri sirip pektoral (sirip atas badan) yang panjang sehingga ke sirik pelvik (sirip ekor).
Sementara sirip pektoral ikan kap Siam lebih pendek. Seperkara lainnya, mulut ikan kap India jauh lebih kecil berbanding mulut ikan kap Siam.
Melalui perkenalan ini dapat dijelaskan bahawa kebanyakan ikan karak yang terdapat di beberapa buah kolam pancing komersial air tawar di Malaysia ini sebenarnya adalah merujuk kepada ikan kap India dan bukannya ikan kap Siam.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Ikan lampam ekor merah atau lampam sungai (Barbonymus schwanenfeldii) secara umum mungkin merupakan sejenis ikan air tawar yang kini semakin kurang popular. Ini kerana ikan air tawar ini semakin kurang dan sukar nak jumpa di pasaran.
Ikan lampam tergolong dalam genus Barbonymus iaitu kumpulan ikan yang paling banyak terdapat dalam sungai-sungai kita seperti di Pahang, Perak, Johor dan sebagainya. Ikan lain dalam kumpulan ini termasuk yang terbesar dan lebih mencabar seperti ikan kerai (Hypsibarbus wetmorei) dan Ikan tengalan (Puntioplites bulu).
Terdapat juga beberapa spesies ikan ini dijadikan sebagai ikan akuarium dalam kumpulan ini. Ia termasuklah ikan bagoh (Barbodes lateristriga) yang mana ia mempunyai saiz kecil comel yang mudah didapati di anak-anak sungai air jernih di kawasan pedalaman.
Selain itu ikan air tawar atau ikan sungai sama dengan kumpulan jenis ini adalah ikan putih atau juga dikenali dengan nama ikan tebal sisik (Barbodes binotatus) iaitu ikan kecil berwarna keperakan yang memberikan satu keseronokan memancing.
Ikan Lampam ini memang mudah ditangkap jika ada ilmu pengetahuan, minat, kemahiran dan suka memakannya.
Lampam sungai merupakan ikan air tawar yang hampir sama dengan ikan bream di U.K, atau ‘ikan panfish’ di USA atau pun juga ‘ikan tilapia Nil di benua Afrika. Ikan ini adalah spesies ikan yang mempunyai cara hidup dan reputasi pembiakan yang sangat tinggi.
Ikan Lampam sungai selalunya akan hidup dengan baik di dalam sungai-sungai di Malaysia terutama sungai yang belum tercemar. Dalam masa tertentu jumlah populasi ikan ini banyak jumlahnya atau pun ia meningkat mendadak bergantung kepada cuaca, musim dan kewujudan makanan.
Populasi yang meningkat terlalu cepat membolehkan ikan ini boleh ditangkap menggunakan pelbagai cara. Walaupun begitu kini agak sukar sedikit untuk menyaksikan jumlah begitu banyak akibat tekanan penangkapan yang sangat tinggi.
Kawasan sungai yang dahulu banyak ikan kini terjejas teruk dengan aktiviti penangkapan kurang beretika seperti penggunaan jaring, tuba, bom ikan malahan ada yang menggunakan racun.
Laporan Jabatan Perikanan menyatakan beberapa sungai utama yang senang dimasuki oleh pemancing atau nelayan sungai atau kawasan yang berhampiran dengan penduduk padat berhampiran dengan kawasan bandar sudah sukar ada ikan ini dalam sungai.
Dalam memburu ikan ini sebaiknya pastikan kawasan sungai atau lubuk untuk memancing banyak ikan lampam. Ikan ini biasanya berada di bahagian pertengahan dan hulu sungai.
Ikan lampam ini hidup satu habitat yang sama dengan jenis ikan terbol, merah pipi, pucuk pisang, kaloi dan jenis ikan sama dengannya.
Kalau dapat ikan lampam terus dibersihkan dengan cepat dengan membuang tahi dan isi perutnya disebabkan ikan lampam mudah membusuk dan sebaiknya simpan dalam kotak simpanan yang ada air batu.
Tidak banyak spesies ikan di mana nama saintifiknya diguna pakai secara meluas di dunia. Ia sudah cukup menggambarkan kehebatan ikan arapaima ini.
Arapaima merupakan sejenis ikan air tawar berskala besar dari Sungai Amazon. Ikan ini juga dikenal dengan nama ‘Pirarucu’ di Brazil dan ‘Paiche’ di Peru merupakan salah satu spesies ikan air tawar terbesar di dunia yang masih hidup.
Ikan monster ini merupakan haiwan warisan dari zaman purba yang tidak mengalami evolusi dan belum punah.
Menurut sumber, terdapat 3 spesies ikan ini yang dikenali sebagai Arapaima agaszazii, Arapaima arapaima dan Arapaima mapae.
Kesemuanya adalah natif disekitar Amerika Selatan di dalam sungai air tawar. Ikan ini diburu menggunakan harpoon atau jaring untuk diambil dagingnya yang dikatakan amat lazat.
Seekor arapaima dewasa mampu menghasilkan daging ikan sebanyak 70 – 75 kg. Ikan ini akan timbul di permukaan air untuk mengambil udara di mana ketika itulah nelayan sungai akan menembak dengan harpoon.
Spesies ini didapati semakin pupus di dalam keadaan liar semulajadi kerana pemburuan ikan ini untuk dijadikan makanan.
Ikan arapaima adalah ikan yang bersaiz besar dengan panjang mencecah 2-25 meter dengan seberat mencecah 100kg seekor. Terdapat juga laporan ikan ini yang sangat besar sehingga mencapai berat badan sehingga melebihi 200 kg.
Pada masa ini ikan arapaima yang besar jarang ditemui kerana aktiviti memburu untuk dimakan atau di jaring untuk dieksport sebagai ikan eksotik pameran.
Ikan ini mempunyai insang besar yang perlukan udara yang diambil dari permukaan air setiap 5-10 minit.
Ikan ini secara semulajadi makan ikan kecil yang lain, krustasea malahan haiwan kecil lain yang terdapat di sepanjang sungai seperti burung. Ia merupakan predator paling bahaya jika paras air sungai berkurangan dan ia akan makan banyak jenis ikan.
Sekilas pandang apabila dilihat dari sisi, ikan ini memiliki bentuk tubuh yang mirip ikan kelisa.
Arapaima sememangnya satu famili dengan ikan kelisa iaitu dalam order Osteoglossidae. Namun bentuk tubuh ikan arapaima lebih bulat sedangkan ikan kelisa berbentuk tubuhnya pipih.
Kepala arapaima lebih tirus jika dilihat dari samping dan lebih ceper. Bentuknya yang unik dan ukurannya yang amat besar maka kini ikan ini sekarang menjadi ikan hiasan yang diminati ramai.
Habitat asal ikan ini ialah Sungai Amazon, tasik serta lembah berair di Amerika Selatan. Taburan ikan ini terhad jika adanya jeram besar atau air terjun yang tidak boleh dilalui.
Ikan ini memang jenis ikan yang bernafas di permukaan air dengan mengambil udara terus dari atmosfera.
Ikan arapaima juvenil pula sering muncul di permukaan air dengan kekerapan setiap 5 minit sekali manakala ikan dewasa muncul setiap 15-20 minit sekali.
Meskipun arapaima menyelam di bawah air selama beberapa minit, lazimnya dilaporkan ikan ini cenderung untuk berada pada permukaan air.
Ini menyebabkan nelayan sungai sering menunggu untuk berburu ikan arapaima yang sering menghirup udara yang menimbulkan suara khas seperti suara batuk.
Musim banjir di Amazon telah menjadi sebahagian dari putaran kehidupan ikan ini membiak.
Arapaima akan bertelur pada bulan-bulan di mana ketinggian air surut atau mulai naik. Arapaima membuat sarang kira-kira 50 cm lebarnya sedalam 15 cm di dasar air yang biasanya di kawasan yang berlumpur.
Apabila paras permukaan air naik maka telur-telur ikan tersebut menetas dan anaknya akan mengikut air banjir untuk membesar walaupun hanya sebahagian yang hidup. Lazimya ia berlaku pada bulan Mei-Ogos setiap tahun dalam kitaran semulajadi.
Ikan dewasa akan melindungi anaknya didalam mulutnya sehingga ia cukup umur untuk dilepas berenang sendiri.
Arapaima betina juga akan membantu melindungi arapaima jantan dan anak-anaknya dengan mengelilingi dan menghalang pemangsa lain memakan anak ikan tersebut.
Arapaima selalunya boleh sampai 20 tahun lamanya. Ikan ini semakin berkurang didapati dalam keadaan semulajadi kerana ia sedang diancam punah kerana ikan ini bukan termasuk spesies haiwan yang dilindungi.
Kecenderungan arapaima untuk timbul pada permukaan air membuatkan ia mudah diburu oleh manusia yang dengan mudah dapat membunuhnya dengan tombak.
Beberapa masyarakat tempatan di negara tersebut makan daging dan lidah arapaima serta mengumpulkan sisiknya yang dibentuk menjadi perhiasan unik dan barang-barang lainnya.
Nama-nama tempatan lain sepat adalah seperti sepat sawah, sepat ronggeng, sepat biru, sepat sapek, sepat benua dan macam-macam lagi.
Ikan ini telah digunakan sebagai sumber makanan yang dimakan dan juga merupakan speseis ikan yang sesuai untuk dijadikan ikan hiasan atau ornamental fish.
Ikan Sepat merupakan sejenis ikan air tawar yang mudah didapati dikawasan sungai, anak sungai, tasik, kolam, lubuk dan sebagainya sama ada di kawasan air mengalir atau air statik.
Ikan yang berbentuk pipih ini mempunyai mulut yang kecil di hadapannya. Ikan ini mempunyai sepasang sesungut panjang dan beberapa sirip di bahagian sisi, di atas serta bawahnya.
Ikan ini mempunyai sisik nipis yang bersusun senget dengan warna gelap dan agak keras.
Terdapat dua titik hitam atau black dot sama ada pada bahagian tengah badan atau bahagian belakang badan di kedua-dua belah. Titik ini merupakan tanda paling mudah untuk mengenali ikan sepat dalam air.
Struktur dalaman organ ikan sepat seperti juga jenis-jenis ikan Gourami dan ikan haruan dan ikan puyu mempunyai labyrinth di ruang insangnya yang membolehkan ikan ini hidup walaupun di kawasan air yang kurang oksigen.
Ikan ini banyak terdapat di kawasan sawah padi dan juga dalam tali air sawah walaupun kerja pembajakan tanah, penggunaan racun dan air sawah dikeringkan pada setiap musim.
Dalam habitat semulajadi selalunya ikan sepat akan makan lumut, tumbuhan air dan anak-anak ikan kecil yang boleh dimasukkan ke dalam mulutnya yang kecil.
Ikan betina akan bertelur di bawah buih-buih putih di permukaan air yang tenang di mana ikan sepat jantan akan menjaga telur-telur tersebut sambil mempersenyawakannya.
Setelah menetas lazimnya anak ikan sepat akan diasuh oleh sepat jantan sehingga anak ikan tersebut mampu mencari makan sendiri.
Ikan ini hidup secara berkumpulan dan akan timbul dipermukaan air untuk menyedut udara dan jika lokasi ikan sepat sangat padat maka akan banyak kelihatan ikan dari permukaan air.
Walau pun ikan sepat tahan di lubuk yang kurang oksigen akan tetapi ikan ini mudah mabuk serta cepat mati apabila di luar dari air selepas ditangkap.
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...