Jika lampam sungai dikenali sebagai tinfoil barb, lampam jawa pula dikenali dengan nama silver barb. Nama silver barb sepadan dengan morfologi luaran bagi lampam jawa yang mempunyai warna perak hampir keseluruhan badannya.

 

Lampam jawa mempunyai bentuk badan yang lebih mampat berbanding lampam sungai selain mampu membesar sehingga 45 cm panjang. Barbel pada bahagian mulut lampam jawa lebih pendek berbanding lampam sungai. Selain itu, bentuk kepala lampam jawa lebih kecil dan runcing berbanding lampam sungai.

 

Sirip lampam jawa pula berwarna perak atau kelabu dengan terdapat kehadiran warna merah pada hujung siripnya. Ini berbeza dengan lampam sungai yang mempunyai warna sirip merah dengan kehadiran margin hitam yang jelas.

 

Di kalangan pemancing tempatan, pancingan spesies lampam boleh dikatakan agak sentimental kerana spesies ini merupakan spesies asal dan kerap kali dipancing bagi pemancing yang memulakan hobi hanyir ini sejak kecil. Memancing ikan lampam tidak terlalu teknikal sebaliknya lebih ringkas dan santai.

 

Ads

Memilih umpan untuk menjerat lampam juga tidak sukar. Cukup sekadar umpan ringkas dan mudah didapati. Antara umpan ampuh menjerat lampam termasuk cacing, cengkerik dan juga pelet.

 

Jika di tasik utama, lampam boleh dipancing menggunakan buah kelapa sawit. Sama ada mencangkukkan beberapa mata kail kecil pada seulas kelapa sawit segar atau menggunakan sawit peram, kedua-duanya mampu menaikkan spesies ini.

 

Perbezaan Jenis Lampam & Cara Memancingnya

Ads

 

Terdapat juga pemancing yang menggunakan umpan roti atau dedak campuran untuk memancing lampam. Umpan sebegini biasanya lebih sesuai di kawasan sungai. Jika menggunakan pelet, biasanya pemancing akan merasuah pelet agar sekumpulan lampam berkumpul sebelum mata kail yang dicangkukkan pelet dihulur untuk menipu spesies barb ini.

 

Set memancing lampam juga cukup sekadar set pancing ringan dengan kekuatan tali sekitar 10lbs dengan perambut sekitar satu hasta. Teknik pelampung dan dasar merupakan 2 teknik popular memancing lampam.

 

Ads

Bagi penulis sendiri, pancingan lampam cukup santai dan boleh dikatakan minimalis kerana penggunaan set pancing asas atau ringkas sahaja. Apa yang menarik dan menimbulkan keseronokan ialah jika pancingan lampam dilakukan secara berkumpulan.

 

Perbezaan Jenis Lampam & Cara Memancingnya

 

Pastinya mampu menimbulkan keriuhan apatah lagi jika aktiviti ini dilakukan dari atas boathouse. Lampam juga mudah cerdik seandainya kerap kali ia dipancing. Sehinggakan kaki pancing begitu geram untuk memancingnya. Habis umpan, tetapi lampam dicari belum dapat!

 

 

Selain itu, pancingan lampam sesuai dilakukan sebagai aktiviti kekeluargaan lebih-lebih lagi untuk mengajar anak-anak kecil mengenal hobi memancing. Tambahan pula, lampam yang dinaikkan dikelar rapat sebelum digoreng garing. Sediakan pula air asam atau kicap sebagai pencicah, fuhh memang umppph!

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI