Perbezaan yang paling ketara antara tebal pipi dan gerut-gerut ialah pada bahagian pipi (operculum) dan warna sirip.
Gerut-gerut mempunyai bahagian setara di muka, pipi atau bahagian penutup insang rata dan tidak menonjol keluar.
Memiliki warna badan perak keemasan, warna tompok-tompok hitam pada bahagian atas dan bahagian ekor berwarna putih dan hitam di bahagian hujung.
Manakala tebal pipi mempunyai bahagian penutup insang membengkak pada tulang pipi serta menonjol keluar.
Ads
Badan berwarna perak dan kekuningan di bahagian bawah terutama sirip dorsal, sirip bahagian bawah badan dan sirip kaudal atau ekor.
Kombinasi warna badan lebih cantik dari gerut-gerut, mempunyai serta badannya lebih gempal.
Kebiasaannya gerut-gerut juvenil mudah diperoleh dan dianggap sebagai pengacau umpan oleh pemancing.
Ads
Ini jarang berlaku kepada tebal pipi juvenil mungkin disebabkan ini kerana gerut-gerut mempunyai beberapa spesies berlainan walaupun bentuk hampir sama dan bilangannya lebih banyak dari tebal pipi.
Spesimen gerut-gerut yang mudah diperolehi sekitar 100 hingga 500 gram.
Untuk memperoleh spesies yang lebih besar, biasanya ditemui di perairan yang lebih dalam di bahagian paloh atau laluan alur utama sungai atau terkeluar sedikit dari muara terutama serta kawasan pulau pesisiran pantai. serta laut bebas.
Ads
Sementara tebal pipi jarang ditemui di perairan cetek dan saiz yang biasa diperoleh agak besar dari 1 hingga 3 kg.
Dari segi rasa pula, tebal pipi mempunyai isi yang lebih sedap berbanding gerut-gerut dan harganya juga begitu.
Namun agak sukar untuk mendapatkan tebal pipi di pasaran kerana ia amat sukar diperoleh berbanding gerut-gerut.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Secara global spesies ini dikenali dengan nama John’s snapper. Nama Golden snapper juga merujuk kepada spesies jenahak namun beberapa spesies snapper lain juga mendapat gelaran (golden snapper) yang sama di sesetengah tempat.
Lazimnya John’s snapper digunakan untuk merujuk spesies Lutjanus johnii (nama saintifik) yang besar atau dewasa, sementara fingermark bream merujuk kepada juvenil spesies ini.
Keadaan ini sama dengan lapangan pancing kita dalam soal kekeliruan sama ada ikan jenahak dan tetanda merupakan spesies yang atau berlainan. Jadi, dalam kekeliruan ini dapat disimpulkan jenahak dan tetanda adalah spesies ikan yang sama.
Pola taburan spesies jenahak boleh ditemui di kebanyakan kawasan perairan barat Indo-Pasifik. Golden snapper juga boleh ditemui bermula dari Afrika Timur hingga ke Fiji serta utara Pulau Ryukyu dan selatan Australia.
Di perairan Malaysia, spesies ini boleh ditemui di kebanyakan perairan dari kawasan muara hingga ke laut lepas. Bagi kaki pancing, spot memburu jenahak lebih tertumpu di kawasan Pantai Barat terutama di sepanjang Selat Melaka. Spot-spot berstruktur seperti kapal karam, kawah, lopak di laluan kapal Selat Melaka serta batu karang.
Dari segi morfologi luaran, sisik ikan jenahak biasanya berwarna kuning perak hingga keemasan bergantung kepada persekitaran. Warna badannya akan bertukar kepada warna putih perak apabila dilihat pada bahagian bawah badan dan kepalanya.
Tompokan berwarna hitam pula dapat dilihat pada bahagian antara garisan lateral dan di anterior sirip dorsal bersaiz lebih besar daripada diameter matanya dan beransur pudar apabila dewasa.
Bahagian dorsal kepalanya berbentuk sedikit curam hingga ke mulut. Duri pada sirip dorsalnya berjumlah 10 manakala jumlah pada dorsal lembut pula antara 13 hingga 14. Spesies jenahak biasanya mampu membesar sehingga panjang 1 meter biarpun spesimen yang sering ditemui mempunyai panjang sekitar 50 cm. Beratnya pula mampu mencecah sehingga 10 kg dalam persekitaran yang ideal.
Habitat bagi jenahak dewasa lebih tertumpu kepada kawasan berkarang dan juga perairan yang berstruktur. Bagi jenahak juvenil pula lebih mudah ditemui di kawasan muara, paya bakau dan kadangkala boleh ditemui jauh hingga ke kawasan air tawar yang berarus.
Dalam memburu mangsanya, spesies snapper ini akan memilih kawasan trofik berkarang lebih-lebih lagi kawasan perairan yang mempunyai turbiditi atau kekeruhan yang tinggi. Spesies ini juga boleh ditemui dalam kedalaman sehingga 80 meter.
Spesies ini yang menghuni di kedalaman lebih 10 meter lazimnya terdedah kepada kerosakan fizikal pada tisu badan iaitu Barotrauma yang menyebabkan pelampung (air bladder) dalam badannya terkeluar. Hal ini sering berlaku dan dapat dilihat terutama ketika aktiviti memancing.
Dalam rantaian makanan di persekitaran ideal, spesies ini merupakan tertiary consumer, yang bermaksud pemangsa karnivor unggul yang menghuni carta teratas dalam dalam piramid makanan. Ini bermaksud jenahak dewasa merupakan ikan karnivor yang menjadikan karnivor lain atau pemangsa kedua sebagai mangsanya.
Diet utama bagi spesies ini tertumpu kepada ikan bertulang, ikan pelagik, udang, sotong dan ketam. Selain itu, organisma bentik atau zoobenthas seperti mysids dan cephalopod juga menjadi diet bagi spesies ini bergantung kepada kitaran hidupnya.
Dengkis tompok sejenis ikan tergolong dalam keluarga ikan ‘arnab’ (rabbitfish) satu keluarga yang sama dengan ikan dengkis bintik kuning. Cuma ikan ini lebih dikenali sebagai dengkis tompok kuning kerana memiliki tompokan kuning pada bahagian kepala serta pada sebahagian siripnya.
Lazimnya dengkis memiliki sirip hampir penuh mengelilingi badan dan di antara sirip lembut terdapat duri tajam yang berbisa. Panas mungkin juga mewakili lada atau cili yang diketahui pedas. Rata-rata ikan dengkis berbentuk lebar separa bulat.
Saiz ikan dengkis tompok kuning lebih besar dari ikan dengkis biasa yang kita temui dan secara keseluruhannya sifat dan ciri-ciri utama dengkis tompok kuning adalah sama sahaja dengan ikan dengkis.
Dengkis tompok kuning disenaraikan dalam famili Siganidae. Terdapat 12 subspesies dengkis ditemui. Hampir keseluruhan warna asas badannya kelabu manakala warna sirip dorsal atas dan bawah berwarna kekuningan.
Sedikit warna kekuningan dikesan pada bahagian mulut hingga sekitar bahagian mata. Corak badannya berbintik di sebelah atas dan jalur pula di bahagian bawah.
Hampir kesemua dengkis mempunyai ciri warna berlainan dan cantik corak badan spesies ini. Juvenil atau dengkis tompok kuning bersaiz kecil lebih popular dijadikan ikan hiasan. Nama saintifiknya ialah Siganus javus (Java rabbitfish).
Ekornya tirus melebar dan ada yang tirus memanjang. Gigi halus, bersengat di setiap hujung sirip dorsal dan mulut kecil adalah ciri-ciri utama ikan ini.
Ikan dengkis tompok kuning ditemui di kawasan berpulau karang seperti Tukun Perak, Pulau Jarak, Pulau Aur. Paling banyak yang meragut mata pancing ialah di Tukun Perak dan Pulau Jarak kedua-duanya di sebelah pantai barat semenanjung.
Kawasan karang di tengah laut dalam saya jarang melihat ia makan umpan pemancing. Kawasan muara sungai berbatu serta persisiran pantai berkarang juga berpotensi menjinakkan ikan ini. Saya biasa juga memperolehi anak kitang tetapi paling banyak ialah dengkis di muara sungai pantai timur tapi hanya untuk muara berbatu sahaja.
Dengkis tompok kuning adalah ikan karang. Gemar mendiami kawasan berstruktur karang kerana sumber makanan utama diperoleh di kawasan batu karang terdiri dari anak ikan, krutesia kecil dan moluska.
Ikan dengkis tompok kuning juvenil kecil bergerak dalam kumpulan besar di persisiran pantai berkarang dan jumlah semakin mengecil kumpulannya apabila membesar. Mampu membesar sehingga 30cm. Saiz ini memang dianggap besar bagi ikan dengkis tompok kuning.
Untuk saiz purata yang biasa saya lihat dan pancing untuk semua spesies dengkis termasuk dengkis tompok kuning ialah saiz 17cm hingga 25 cm. Berat kurang dari 300 gram seekor kecuali yang melebihi 20cm. Bermusim aktif dari bulan May hingga Ogos.
Ikan senangin dan kurau adalah dari satu ranting keluarga yang sama tetapi berlainan spesies. Ia berbeza dari segi saiz walaupun ramai yang menyatakannya berasal dari spesies yang sama.
Eleutheronema tetradactylum, juga dikenal sebagai fourfinger threadfin, Indian salmon, blue threadfin, atau rawas, adalah ikan threadfin dari keluarga Polynemidae. Ia adalah spesies yang bernilai komersial, diketahui banyak digunakan dalam akuakultur.
Ia boleh ditemui di atas dasar berlumpur yang cetek di pesisir pantai, sering hadir dalam kawanan yang kecil. Spesies dewasa dari spesies ini memasuki muara sungai ketika musim hujan. Spesies dewasa memakan udang, ikan, dan kadang-kadang polychaetes.
Sementara spesies juvenil memakan udang, udang, dan mysids. Spesies ini semakin berkurang populasinya berikutan penangkapan ikan berlebihan.
Taburan senangin agak meluas dari Teluk Parsi di sebelah barat, ke timur menyusuri Lautan Hindi hingga ke perairan Taiwan, China, Thailand, Malaysia, Indonesia, Filipina, pantai-pantai Australia di sebelah utara serta bahagian selatan Jepun.
Secara umumnya senangin boleh dijumpai di perairan tropika dan subtropika semua lautan. Biasanya senangin hadir di perairan pantai berdekatan muara sungai. Ada kalanya ia turut memasuki ke sistem sungai berair payau hingga ke sempadan air tawar. Sementara perairan dengan dasar berpasir atau berlumpur merupakan habitat lazim senangin.
Senangin atau threadfin yang bernaung dalam keluarga Polynemidae ini mudah dikenali berikutan penampilan yang hampir sama pada penampilan keseluruhan badan, saiz mata dan filamen pada sirip pektoral. Sirip pektoral senangin terbahagi kepada dua seksyen.
Sirip bahagian atas lengkap dengan filamen, manakala di bahagian bawah terdapat 3 hingga 16 sirip tunggal tanpa filamen. Sirip ini berfungsi sebagai agen deria untuk mengesan makanan di dalam perairan yang berlumpur.
Kebanyakan spesies senangin mendiami perairan pantai dan muara sungai, walaupun sesetengah hidup sepenuhnya dalam sungai air tawar.
Senangin lazimnya berhabitat di perairan yang bahagian dasarnya berpasir dan berlumpur di kedalaman kurang daripada 150 meter. Mereka menjadikan ikan kecil dan krustasea sebagai diet utama.
Beberapa spesies kecil memakan plankton. Terdapat 8 genera dan kira-kira 42 spesies di seluruh dunia. Sementara di Malaysia terdapat 5 genus dan kira-kira 12 spesies senangin atau threadfin.
Antara lain pengenalan diri senangin ialah memiliki bentuk tubuh sederhana memanjang dan dimampatkan. Senangin tidak memiliki bibir kecuali bibir yang lebih rendah berhampiran dengan sudut mulut.
Semua spesies senangin mempunyai mata yang besar (nisbah diameter mata empat hingga enam kali lebih panjang dari kepala). Paling ketara bagi spesies senangin yang mendapat jolokan fourfinger threadfin berikutan memiliki 4 sirip tanpa filamen seperti jari di bahagian sirip pektoral di bawah badan.
Senangin lazimnya berwarna hijau keperakan di bahagian atas, punggung dan sirip ekor berwarna kelabu dan agak kehitaman di bahagian tepi, sirip pelvik dan sirip anal berwarna oren dan filamen dada berwarna putih comot. Dan senangin berkemampuan untuk besar memanjang sehingga 200 cm.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...