Di Malaysia terdapat dua jenis spesies ikan lampam yang popular. Selain lampam sungai (ikan asal), satu spesies lampam yang popular ialah lampam jawa (spesies import). Kedua-dua spesies ini datang daripada genus yang sama iaitu Barbonymus.

 

Perbezaan paling ketara bagi spesies ini terdapat pada nama umumnya. Sebagaimana namanya lampam jawa, spesies ini merupakan ikan pendatang dari Indonesia yang dibawa masuk ke Malaysia atas tujuan akuakultur. Sementara lampam sungai pula merupakan ikan natif atau ikan tempatan.

 

Jika spesies bagi lampam sungai Barbonymus schwanenfeldii, nama saintifik bagi lampam jawa Barbonymus gonionotus. Jika lampam sungai dikenali sebagai tinfoil barb, lampam jawa pula dikenali dengan nama silver barb.

 

Taksonomi Lampam Jawa

Kingdom: Animalia

Phylum: Chordata

Class: Actinopterygii

Order: Cypriniformes

Family: Cyprinidae

IKLAN

Genus: Barbonymus

Species: Barbonymus gonionotus

Nama lain: Lampam, Lampam jawa, silver barb

 

Perbezaan Ikan Lampam Jawa VS Lampam Sungai!!

 

Nama silver barb sepadan dengan morfologi luaran bagi lampam jawa yang mempunyai warna perak hampir keseluruhan badannya. Lampam jawa mempunyai bentuk badan yang lebih mampat berbanding lampam sungai yang kelihatan lebih lebar.

 

IKLAN

Selain itu lampam jawa mampu membesar sehingga 45 cm panjang. Dalam kebanyakan kes, ikan lampam jawa bersaiz kasar (melebihi 1 kg) lebih mudah ditemui berbanding lampam sungai.

 

Barbel pada bahagian mulut lampam jawa lebih pendek berbanding lampam sungai. Selain itu, bentuk kepala lampam jawa lebih kecil dan runcing berbanding lampam sungai.

 

Sirip lampam jawa pula berwarna perak atau kelabu dengan terdapat kehadiran warna merah pada hujung siripnya. Ini berbeza dengan lampam sungai yang mempunyai warna sirip merah dengan kehadiran margin hitam yang jelas.

 

TAKSONOMI LAMPAM SUNGAI

IKLAN

Kingdom: Animalia

Phylum: Chordata

Class: Actinopterygii

Order: Cypriniformes

Family: Cyprinidae

Genus: Barbonymus

Species: Barbonymus schwanenfeldii

Nama lain: Lampam, Lampam sungai, Tinfoil barb

 

Perbezaan Ikan Lampam Jawa VS Lampam Sungai!!

 

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI