Kami sering menerima soalan dari pencinta ikan kelah tentang bagaimana untuk mengenali jantina ikan kelah. Jadi di sini berdasarkan beberapa kajian dari pakar dan pengkaji kelah, berikut kami sertakan sekali gambar bagaimana untuk mengenal pasti jantina kelah:
Ikan kelah jantan biasanya mempunyai sirip anal (dubur) yang agak tajam dan memanjang. Manakala ikan kelah betina pula mempunyai sirip belakang yang agak membulat dan pendek.
Ads
Pipi kelah jantan jika kita sapu dengan tangan, ianya agak kasar berbanding kelah betina. Ia hanya ketara untuk ikan kelah yang telah mencecah 5kg ke atas.
Ads
Cecair likat putih akan keluar melalui papilla bahagian bawah perut ikan jantan (berdekatan sirip anal tadi).
Biasanya tempoh matang kelah jantan untuk mula mengawan ialah 2 tahun. Bagi kelah betina pula bahagian papilla agak kemerahan.
Ads
Kelah betina ini agak susah diperolehi berbanding kelah jantan. Tempoh matangnya untuk mula mengeluarkan telur biasanya setelah berusia 3 tahun.
Berdasarkan kajian yang dibuat, untuk kelah seberat 2 kg hanya mampu menghasilkan anak benih kelah 6,000 – 8,000 ekor sahaja.
(sumber: ikankelah.com)
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Jika mahu memburu spesies ini, anda memerlukan set pancing dengan aksi medium-heavy bagi membantu anda memenangi pertarungan.
Cobia atau si kapal selam ini akan membuat larian luar biasa dan akan cuba mencari struktur seperti batu atau karang untuk memutuskan tali, malah spesies ini mampu
memutuskan tali utama begitu sahaja jika kekuatan tali tidak mampu menampung larian luar biasa spesies ini.
Cobia akan sentiasa menjadi lawan yang hebat ketika dipancing. Ketika memburu cobia, disarankan anda menggunakan perambut jenis fluorocarbon dengan kekuatan 50lb dengan panjang sekurang-kurangnya 6 kaki.
Jika jarang atau tidak mendapat henjutan, gunakan perambut dengan saiz lebih kecil seperti 40lb.
Sebaliknya jika anda sering mendapat henjutan ketika menggunakan perambut 50lb namun sering kali terputus, bersedia untuk menukar leader anda kepada kekuatan 60lb.
Bagi memancing cobia, kekili spinning merupakan pilihan terbaik bagi mereka yang jarang menggunakan kekili konvensional.
Begitu pun, set pancingan konvensional tetap mempunyai kelebihan tersendiri. Walaupun memerlukan sedikit teknik, sekali anda menguasai teknik penggunaan set konvensional,
pasti anda tidak akan bertukar kepada kekili spinning lebih-lebih lagi apabila memancing ikan ganas seperti cobia.
Umpan
Dalam pancingan spesies aruan tasik, tidak sukar untuk memilih umpan kerana spesies ini tidaklah terlalu memilih umpan.
Namun di kalangan pemancing, pastinya terdapat beberapa jenis umpan yang diyakini keberkesanannya.
Umpan hidup merupakan antara pilihan bagi kaki pancing. Oleh kerana spesies cobia merupakan spesies ikan pelagik, teknik drifting, menghanyut atau separuh air antara teknik ampuh untuk menjerat spesies ini.
Selain umpan hidup, sotong juga cukup menjadi dalam memancing ikan ini.
Selain ikan dan sotong sebagai umpan hidup, hirisan ikan, sotong dan ketam juga tidak terkecuali dalam menjadi alternatif umpan memancing cobia.
Jika menggunakan umpan ketam, buangkan cangkerang atas ketam dan selebihnya dipotong dua jika anda mahu mencuba umpan ketam.
Selain itu, umpan artifisial atau umpan tiruan juga cukup mujarab terutama bagi pemancing yang gemar menggunakan set konvensional.
Antara yang paling popular ialan teknik slow jigging. Unjunan yang disasarkan untuk jenahak dan kerapu, biasanya ketika jig dikarau naik atau jatuh, jika ada ikan ini di persekitaran anda jigging, pasti akan disambar.
Maka, bersiap sedialah dengan ledakan adrenalin untuk anda mengaraunya.
Ikan siakap merah atau mangrove jack (MJ) terkenal dengan kerakusannya memburu makanan dan jaya juangnya yang kuat apabila terkena pancing serta kepintarannya membawa lari gewang ke kawasan reba dan batu.
Siakap Merah mudah ditemui di kawasan berstruktur seperti reba, batu dan karang. Lazimnya hidup secara berkumpulan apabila masih kecil dan apabila besar sifat kewilayahannya terserlah dan hidup dalam kawasannya sendiri. Warna spesies ini boleh berubah-ubah mengikut kawasan dan warna air tempat ianya tinggal seperti warna merah hati, warna ke cokelatan dan kekuningan.
Mangrove Jack boleh dikategorikan sebagai ikan samseng, kerana ikan ini begitu rakus mencari makanan dan sifat kewilayahan membuatkan ia menyerang hampir ke semua ikan yang menghampiri kawasannya. Ia menyerang hendap mangsanya dengan membuat serangan mengejut.
Penggunaan umpan hidup seperti udang dan anak ikan adalah cara terbaik untuk memburu spesies ini, namun penggunaan hirisan ikan pasar segar seperti ikan selayang juga boleh digunakan kerana darah ikan selayang dapat menarik perhatian MJ untuk memakannnya.
Untuk memancing MJ ini, kawasan berstruktur seperti bangkar kayu, tebing berbatu serta struktur tiang adalah lokasi terbaik. Namun ianya juga pernah di tangkap di kawasan yang jauh dari kawasan tebing iaitu di tengah laut dan selalunya saiznya lebih dari 4 kilogram.
Set pancing yang sesuai untuk memburu spesies ini adalah dari kategori ringan dan sederhana berat seperti rod dari 10-20lb dan reel dari 1000-4000 bagi memaksimumkan kepuasan bertarung dengan spesies ini.
Tetapi awas! MJ adalah spesies yang bijak melarikan umpan ke kawasan berstruktur dan membuatkan anda berputih mata dengan kejadian seperti perambut putus dan matakail terkangkang. Anda perlu pantas menarik ikan ini keluar dari tempat kawasan persembunyiannya.
Kaedah Umpan Hidup
Jika menggunakan umpan hidup, teknik yang sering saya gunakan adalah dengan cara mata kail diikat terus ke tali serap henjutan (shock leader) yang telah di sambung dengan menggunakan ikatan FG Knot ke tali utama.
Penggunaan batu ladung jenis hidu” saiz kecil sambil stopper dipasang antara mata kail dan batu ladung bagi memudahkan kita menetapkan jarak antara umpan dan batu ladung. Umpan dilontar dan seterusnya dikarau perlahan-lahan dan berhenti seketika di dasar lubuk.
Teknik casting juga sudah popular untuk memburu MJ ini. Set seperti rod dari 10-20lb dan reel dari jenis round baitcasting atau low profile dan juga spinning yang tahan air masin adalah sesuai serta tali sulam berkekuatan antara 20-30lb dan shockleader antara 30-40lb bagi mengelakkan putus akibat bergeser dengan batu atau teritip.
Gewang selaman dalam serta bergemerincing adalah terbaik dengan skema warna terang seperti oren, merah, putih dan silver.
Sepioteuthis lessoniana, yang dikenali dengan nama umum bigfin reef squid, oval squid atau green-eyed squid adalah spesies sotong lollipid yang penting secara komersil.
Di Australia dan New Zealand, bigfin reef squid ini dikenali sebagai northern calamary.
Koonthal dalam bahasa Malayalam, o osi kanava dalam bahasa Tamil, calmar tonnelet dalam bahasa Perancis, calamar manopla dalam bahasa Sepanyol, aori-ika dalam bahasa Jepun dan sotong mengabang atau mabang dalam bahasa Melayu.
Sotong mengabang ini adalah salah satu daripada tiga spesies yang diiktiraf berada di dalam genus Sepioteuthis.
Ia juga merupakan spesies yang paling meluas dalam genusnya. Sotong mengabang ini boleh ditemui di kawasan yang sederhana dan tropika di Lautan Hindi dan Lautan Pasifik barat.
Julat asal mereka meliputi timur ke Kepulauan Hawaii, barat ke Laut Merah, utara ke Jepun, dan selatan ke Australia dan New Zealand, Asia hinggalah ke Malaysia.
Sotong mengabang juga merupakan sotong air panas neritik. Lazimnya mereka ditemui pada paras air sehingga 100 meter.
Namun spesies ini lebih cenderung mendekati garis pantai, berhampiran batu dan terumbu.
Mereka sedikit lebih aktif pada waktu malam dan akan bergerak ke perairan yang lebih dalam atau mencari perlindungan pada siang hari.
Justeru kebanyakan sotong mengabang juvenil sering dijumpai bersembunyi di bawah kayu hanyut terapung.
Bigfin reef squid atau sotong mengabang ini dicirikan oleh sirip bujur besar yang melebar sepanjang margin mantelnya (badan), hampir kepada satu persamaan rapat kepada sotong katak.
Ia dikelaskan sebagai sotong bersaiz kecil dan sederhana. Siripnya memanjang kira-kira 83 hingga 97 peratus daripada panjang mantel.
Garisan corak berwarna biru atau putih sempit boleh dilihat pada lembaran sirip ke mantel.
Renda atau badan sotong mengabang berbentuk silinder, meretas ke kon yang tumpul di bahagian posterior.
Purata panjang sotong mengabang jantan biasanya 4 hingga 33 cm dan 3.8 hingga 25.6 cm bagi sotong mengabang betina.
Namun kedua-dua jantina sotong ini boleh mencapai panjang mantel maksimum sehingga 38 cm.
Purata berat bagi sotong jantan dewasa 403.5 gm hingga 1.415 gm, manakala betina dewasa adalah 165 gm hingga 1,046 gm.
Namun berat maksimum bagi spesies ini tidak pernah didokumentasikan.
Mata besar berwarna hijau sotong ini dilindungi sepenuhnya oleh kornea sekunder yang telus.
Sotong ini juga dibekalkan dengan lapan lengan (tentakel) tebal yang tidak sama panjang. Dan kesemuanya mempunyai dua baris penyedut.
Mereka juga mempamerkan paparan perkahwinan yang rumit dan biasanya bertelur pada bulan Mei, tetapi ia boleh berbeza-beza mengikut lokasi.
Bigfin reef squid turut berkait rapat dengan Caribbean reef squid yang terkenal kerana interaksi sosialnya yang kompleks.
Sotong-sotong juvenil lazimnya membentuk kawanan namun tidak berenang secara selari kerana mereka juga bersifat kanibal yang mana sotong yang lebih besar akan mengancam spesies yang lebih muda.
Walau bagaimana pun diet utama sotong mengabang terdiri daripada krustasea dan ikan-ikan kecil.
Seperkara yang menarik tentang sotong mengabang adalah keupayaan tumbesarannya yang pantas.
Ia mempunyai kadar pertumbuhan rekod terpantas berbanding haiwan Invertebrata laut yang besar dengan mencapai berat 600 gm dalam masa empat bulan sahaja.
Namun sotong mengabang adalah spesies jangka haya pendek, dengan umur maksimum yang direkodkan sehingga 315 hari.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...