Berkongsi kereta untuk pergi memancing merupakan satu rutin yang biasa diamalkan oleh para pemancing. Tidak sama ada lokasi memancing dalam jarak jauh atau dekat. Ia adalah satu langkah yang bijak dan menjimatkan.
Namun, demi keselamatan bersama, beberapa panduan atau etika berkongsi kereta ini perlulah diamalkan oleh semua ahli trip.
Panduan Bagi Pemandu
Pandu dengan cermat dan berhemat. Tak kiralah kereta sendiri atau kereta member sentiasa peka pada pemanduan.
Pastikan sampai ke destinasi dengan selamat. Tak guna sampai cepat tapi dalam keadaan yang sakit-sakit.
Jangan berangan strike lebih-lebih. Kalau boleh jangan berangan langsung. Takut nanti sambil berangan pun boleh kumpau.
Jangan paksa drive sebab mengantuk atau letih. Jangan sayang nak bagi kereta pada member untuk drive.
Co-Pilot
Navigate jalan. Tolong cadangkan route yang lebih cepat dan selamat.
Jangan tidur! Sentiasa pantau keadaan pemandu dan gaya pemanduannya.
Jadi penghibur atau tukang cerita. Cerita bohong pun tak apa janji ada interaksi dengan pemandu terutamanya.
Jadi pembantu keperluan pemandu seperti berikan air minuman, nyalakan rokok atau sebagainya.
Penumpang seat belakang
Jangan komplen sempit
Agih dan sediakan kudapan
Jangan acah-acah macam bos mentang-mentang duduk belakang.
Jangan kondem gaya pemanduan drebar.
Sedia untuk ganti pemandu.
Jangan tidur kecuali terlalu penat atau untuk ganti drebar.