Perambut Dan Umpan Terbaik Pancing Alu-Alu!!

Share

 

Ada dua jenis perambut dawai yang biasa terdapat di pasaran iaitu jenis jalinan dawai atau sulaman dawai bersalut plastik lembut dan jenis tunggal atau mono keluli tahan karat. Panjang 1 hingga 2 kaki untuk jalinan dawai atau sejengkal untuk jenis mono.

 

Ada satu lagi jenis dawai bersalut plastik lembut yang sudah sedia diikat dengan kili (biasanya berwarna hitam) dijual di pasaran. Jenis ini juga tidak menjadi masalah. Tapi jika ingin mengendap tenggiri pada masa yang sama, jauhkan dari dawai berwarna gelap.

 

Mengunakan perambut jenis jalinan dawai bersalut plastik mudah bersimpul dan cepat mengerutu selepas memperoleh ikan. Paling baik tukar atau potong bahagian menggerutu tersebut kerana ia sukar untuk dibentuk semula.

 

Atas sebab ini saya labih gemar mengunakan dawai jenis mono (biasanya panjang sejengkal lebih sedikit) dan senang dibentuk semula saelepas dapat ikan. Hasilnya persembahan umpan lebih cantik membuatkan ikan pemangsa geram. Kekuatan perambut disyorkan dari 20Ib hingga 50Ib.

 

Umpan tidak menjadi banyak masalah memburu alu-alu. Apa saja ikan, sotong, udang mati boleh digunakan. Atau umpan hidup pilihan saya seperti anak tongkol, kembung, anak seer (panjang 6 inci), anak ikan bersisik seperti kunyit atau gelama. Mata ikut saiz ikan dan umpan sama ada satu, dua atau tiga serangkai.

 

 

Jika diperhatikan hasil memancing di dasar lebih kecil berbanding di permukaan. Sebab itu ramai yang memilih teknik memancing hanyut (drifting) tanpa pemberat atau mengunakan belon. Ini sesuai untuk umpan hidup yang segar dan keadaan air yang berarus.

 

 

Published by
Amang