Ikan sepat boleh dipancing. Mereka yang tidak tahu cara saja yang mengatakan ia boleh ditangkap dengan cara menjala, menahan lukah atau bubu, memasang pukat atau menimba air di lopak yang mana ikan ini berada dan mengutipnya dan bukannya dengan cara memancing.

 

Bagaimana mahu memancingnya? Perkara berikut di bawah amat mustahak disediakan terlebih dahulu jika anda ingin memancing ikan ini.

 

Joran

Untuk memancing sepat, joran teleskopik atau joran pole rod bersaiz  9-15 kaki diperlukan. Lebih panjang joran lebih bagus. Ini kerana ada kalanya kumpulan ikan sepat akan timbul jauh daripada kedudukan yang anda boleh capai.

 

Peralatan Wajib Ada Untuk Mancing Ikan Sepat

 

Ads

Mata kail

Untuk keberkesanan memancing sepat, tidak semua mata kail bersaiz kecil sesuai untuk digunakan. Mata kail udang galah juga bukanlah mata kail terbaik untuk memancing sepat yang bermulut kecil. Sebaiknya pilihlah mata kail berteras halus, kecil, ringan tetapi tajam dan kukuh.

 

Peralatan Wajib Ada Untuk Mancing Ikan Sepat

 

Tali utama

Ads

Tali utama boleh gunakan tali sulam 2-6 lb atau boleh juga tali tangsi 4-6 lb yang berdiameter kecil. Namun penggunaan tali sulam adalah lebih bagus kerana lebih sensitif dan cepat tenggelam.

 

Peralatan Wajib Ada Untuk Mancing Ikan Sepat

 

Umpan

Ads

Terdapat beberapa jenis umpan yang boleh digunakan seperti cacing merah atau cacing pokok pisang (halus) dan lumut. Boleh juga menggunakan dedak yang dibancuh liat dan digentel pada mata kail.

 

Peralatan Wajib Ada Untuk Mancing Ikan Sepat

 

Umpan Rasuah

Dedak ayam bertujuan untuk menarik kawanan ikan sepat agak berkumpul di suatu tempat untuk dipancing. Caranya taburkan sebelum memancing, taburkan dahulu dedak di kawasan ikan sepat berkumpul.

 

Peralatan Wajib Ada Untuk Mancing Ikan Sepat

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI