Sekiranya berhasrat untuk merasai pertarungan dengan layaran dengan kepuasan optimum, maka gunalah peralatan kelas pertengahan. Disaran menggunakan kekili kelas siri 5000 dan ke atas yang mampu memuatkan tali sulam 30-40 lb sepanjang 300 meter. Manakala perambut berkuatan 40-70 lb sudah memadai.

 

Adalah sangat tidak berhemah jika menggunakan peralatan set ringan. Walaupun set ringan boleh juga menewaskan layaran namun ia meninggalkan kesan negatif terhadap kelestarian ikan ini.

 

Peralatan Terbaik Pancing Layaran!!

Ads

 

Tekanan melampau akibat tempoh bertarungan yang lama boleh menyebabkan ikan ini mati walaupun masih bernyawa apabila dilepaskan kembali. Seperkara lain, pemangsa yang dilepaskan dalam keadaan lemah ini mendedahkan ia kepada pemangsa lain seperti jerung atau alu-alu monster.

 

Walaupun layaran berupaya melakukan pecutan deras dan mampu menghela tali dari kekili sehingga 100 meter dalam sekelip mata, namun ia bukanlah spesies yang mampu mengheret tempoh pertarungan yang panjang. Pertarungan yang berlarutan akan meningkatkan tekanan dan memendekkan jangka hayatnya.

Ads

 

Peralatan Terbaik Pancing Layaran!!

 

Ads

Penggunaan mata kail lingkar yang mudah reput di dalam air masin amatlah digalakkan. Biarpun mata kail J lebih efisien dari segi peratusan hook up, namun mata kail lingkar lebih bersifat mesra kepada ikan kerana ia menyebabkan ikan tertelan mata kail.

 

Mata kail saiz 3/0 hingga 7/0 adalah disarankan. Walau bagaimana pun pemilihan saiz mata kail bergantung juga pada saiz umpan.

 

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI