Pancingan dasar atau bottom fishing merupakan salah satu teknik memancing utama laut dalam.
Berikut disenaraikan peralatan yang sesuai untuk digunakan terutamanya pancingan di kawasan pelantar minyak.
KEKILI
Penggunaan kekili elektrik (mesin bangla) adalah satu KEMESTIAN. Kekili mendatar atau spinning boleh digunakan tetapi tidak relevan.
Atau boleh juga kekili mendatar multiplier tugas berat dan berkelajuan tinggi.
JORAN
Joran 30-50lb dan ke atas dengan aksi sederhana atau berat adalah digalakkan. Joran tahan lasak amat penting terutamanya tip atau bahagian hadapan joran yang mampu menampung berat batu ladung yang digunakan.
TALI UTAMA
Penggunaan tali sulam atau braided juga adalah satu kemestian. Tali berkekuatan 50lb-80lb dengan panjang 300-500 meter panjang.
Pilihlah tali yang berdiameter kecil tetapi lasak dan mampu membelah arus dengan baik.
PERAMBUT
Perambut nylon atau fluorocarbon 60lb-100lb bergantung kepada georafi lubuk dan kejernihan air. Sebaiknya gunalah perambut yang lasak dan lutsinar.
MATA KAIL
Guna mata kail bersaiz 3.0-7.0 yang kuat dan tajam. Disarankan juga pilih mata kail material stainless stell walaupun harganya agak mahal.
BATU LADUNG
Batu ladung saiz 18/24/32 bergantung kepada keadaan arus dan ia juga penting bagi memastikan umpan dapat sampai ke sasaran lubuk dengan cepat dan tepat.
TANDUK & RANGGUM
Penggunaan perambut tanduk dan ranggum juga adalah satu kemestian. Saiznya bergantung kepada kedalaman air dan kelajuan arus.
UMPAN
Penggunaan umpan yang hidup atau segar adalah amat penting untuk memperoleh hasil yang diharapkan. ‘
Sebaiknya dapatkan info dari tekong untuk menyediakan umpan terbaik bagi sesuatu lokasi.