Gunakan reel spinning saiz 3000 ke bawah atau LPBC (low profile bait casting) untuk aksi ringan.
Rod
Rod bersaiz 8 – 17lb memadai untuk menerima tentangan siakap merah.
Mainline
Ads
Tali utama braided berkekuatan 20lb dan tali leader berkekuatan 30lb sesuai digunakan di sini.
Aksesori
Gunakan split ring dan mata kail yang berkualiti dan heavy duty kerana peluang mendaratkan mangsa lebih tinggi dan kes rabut atau mata kail terkangkang dapat dielakkan.
Ads
Boleh guna mata kail tunggal, untuk mengelakkan kes tersangkut kerana persekitaran mempunyai banyak akar bakau atau reba. Tetapi pilih mata tunggal jenis kuat.
Casting menggunakan ikan julung yang diikat dengan dawai adalah umpan terbaik untuk menjerat mangsa disini namun gewang selaman dalam juga boleh di gunakan seperti gewang Rapala TD-7 GFR, SR-7 Pearl White, MR-7 Silver Florescent Chartreuse SFC, SSR-7 Shad, SR-7 Shad, Max Rap-9 Silver Blue dan MR-7, Rapala Tail Dancer 9 cm, Hot Tiger, Storm Thunder Crank 7 cm Clown.
Ads
Gunakan gewang berwarna terang ketika air agak keruh dan gunakan gewang berwarna silver atau putih menyerupai ikan julung ketika air jernih.
Pelbagaikan teknik karauan sama ada laju, perlahan atau mengenjut gewang ketika karauan dibuat.
Kenal pasti lubuk dengan melihat ikan membuat sambaran anak ikan kecil di permukaan air atau mengenalpasti reba yang berada di dasar atau tepi alur sungai ketika air surut.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Kaedah casting menggunakan gewang merupakan cara yang paling diminati kerana pelbagai cara, kreativiti mampu dilakukan melalui cara ini selain ikan toman boleh dilepaskan kembali hidup dengan cara ini.
Peralatan Memancing Casting (bot)
Joran
Joran paling standard berkekuatan 10-20lb. Kalau nak lebih syok layan guna joran yang di bawah 10-20lb.
Kekili
Spinning reel saiz 2000 hingga 4000. Kalau bait casting paling standard saiz 100 hingga 200.
Tali
Tali braided 15-30lb dianggap paling sesuai. Kalau nak pakai mono sekurang-kurangnya 15lb hingga 25lb.
Mata Kail
Mata tiga pada gewang ada yang perlu ditukar dan tidak. Bergantung pada jenama gewang.
Perambut
Jenis fluorocarbon 20-40lb
Aksesori
Klip atau swivel dicadangkan gunakan snap atau snap swivel berkekuatan 40-50lb.
Lure retriever atau penyelamat gewang wajib bawa.
Umpan
Penggunaan gewang paling sesuai, walaupun masih ada yang menggunakan kaedah casting ikan keli.
Peralatan Memancing Bottom
Joran
Perlu set 10-20lb dan ke atas.
Kekili
Saiz 3000 ke atas dianggap sesuai.
Tali
Tali braided 20-30lb ke atas, bergantung pada lokasi.
Mata kail
4/0-5/0. Tentang jenama terpulang pada cita rasa apa yang anda mahu pakai.
Perambut
Perambut dawai kerana toman mampu memutuskan tali perambut mono atau fluorocarbon. Saiz kekuatan melebihi 30lb.
Umpan
Anak keli, lampam, potongan ikan sebarau sama ada bottom atau pelampung.
Ada ke kerapu di sebalik batu? Ya, memang betul. Memang kerapu sering menjadikan struktur kawasan berbatu sebagai lokasi mencari makanan malah sebagai rumah persembunyiannya. Sekiranya anda ke benteng pemecah ombak, terutamanya benteng yang ditambak jauh ke tengah laut, jangan lepaskan peluang memancing di situ. Ikan apa yang ada kat celah batu? Banyak ikan beb…!
Di kawasan tambak berbatu, cari kawasan lubang-lubang yang agak dalam airnya (Untuk mengetahui lubang tersebut dalam atau tidak boleh survey dahulu kawasan tersebut sewaktu air surut dan tandakan kawasan-kawasan yang berpotensi).
Tekniknya sangat mudah. Jika anda terlupa bawa set pancing pun masih boleh memancing kerapu. Apa yang penting hanya perlu ada tali pancing, mata kail dan umpan.
Anda hanya perlu menghulurkan tali dan mata kail berumpan sahaja. Tidak perlu batu ladung. Namun lebih seronok jika ada set pancing. Jika ingin menggunakan joran, tidak perlulah menggunakan joran pantai. Memadai joran biasa bersaiz 5 hingga 8 kaki. Kekili pula gunalah kekili yang tahan air masin.
Umpan udang kopek paling efektif digunakan. Boleh juga gunakan udang hidup, umpun-umpun dan hirisan sotong.
Apabila menjatuhkan umpan ke dalam lubang batu, mainkan sedikit umpan itu agar ia bergerak-gerak di dalam air kemudian biarkan seketika. Jika tiada sambaran mainkan lagi umpan itu untuk menarik perhatian ikan.
Jika lama tiada sebarang sambaran ataupun kawasan tersebut telah dikuasai spesies pengacau seperti buntal dan sesirat, anda bolehlah berpindah ke lubang-lubang batu yang lain.
Penting untuk anda sentiasa menjaga joran anda. Ini kerana, apabila sang kerapu menyambar umpan, ia akan terus membenamkan dirinya masuk ke dalam batu.
Jadi untuk mengelakkan kail anda tersangkut ke batu, anda harus segera menyambar joran apabila kerapu menyambar umpan. Waktu paling efektif memburu kerapu ialah ketika air gerak pasang sehinggalah pasang penuh.
Selain kerapu, ikan-ikan lain seperti sembilang, tetanda, siakap, kitang dan bayan juga boleh dieratkan dengan teknik ini.
Buat sedikit research mengenai kelong yang anda ingin pergi. Sekurang-kurangnya anda akan tahu struktur, kedalaman dan pelbagai perkara penting tentang kelong tersebut. Selain itu, kaji juga spesies ikan yang ada di kelong berkenaan. Dari sini anda boleh dapatkan petua dan info umpan yang sesuai untuk memancing ikan yang ada di kelong tersebut.
Tidak cukup dengan hanya membuat research tentang kelong itu sahaja. Kadang-kadang adalah perlu juga untuk anda mendapatkan khidmat nasihat dari mereka yang arif tentang kawasan kelong yang hendak anda pergi. Cungkil seberapa banyak rahsia dan petua untuk memancing di kawasan kelong berkenaan.
Waktu air pasang besar dan air bani adalah dua masa berbeza untuk memancing di kelong. Ketika air bani arus kurang laju untuk pancingan yang santai bagi memancing ikan yang bermain di sekitar kelong untuk mencari makanan. Pada waktu pasang besar pula arus agar laju dan sedikit sukar untuk memancing. Namun ketika ini lebih banyak ikan masuk ke kawasan kelong.
Ini juga antara perkara yang paling penting untuk memancing di kelong. Iyalah, bukan semua kelong ada menyediakan khidmat makanan dan minuman. Adalah seelok-eloknya jika anda menyediakan keperluan bekalan minuman dan makanan ini secukupnya sebelum naik ke kelong. Kalau tak, nanti ada pula yang tak dapat memancing akibat menahan lapar.
Pastikan peralatan dan tiada yang tertinggal. Ada juga mendengar kes pemancing yang sudah membawa joran, tetapi terlupa membawa kekili dan pelbagai peralatan yang lain. Selain itu, penting juga bagi anda membawa joran spare. Iyalah, ada masanya kejadian tak diingini boleh berlaku dengan mudah. Sekurang-kurangnya, jika kejadian seperti joran patah, joran jatuh laut dan lain-lain berlaku anda sudah ada back-up plan. Jangan lupa bawa apollo! Dan jangan sesekali lupa untuk membawa tong ikan serta ais.
Jangan hanya fokus kepada pancingan bottom sahaja, sekali sekala cuba juga teknik yang berbeza seperti drifting, casting, jigging dan sebagainya (bergantung kepada jenis dan kedalaman kelong). Ini kerana bukan semua spesies ikan boleh dipancing dengan satu teknik.
Jangan lupa juga untuk membawa pelbagai jenis umpan yang berkemungkinan berkesan untuk memancing. Jangan bergantung harap kepada umpan hasil pancingan apollo sahaja yang belum tentu setiap masa ada.
Amat penting juga bagi mendidik pemancing menjadi warga yang menjaga kebersihan. Jangan sesekali meninggalkan umpan yang lebih dan ikan-ikan yang kecil di kawasan kelong. Dan janganlah juga membuang plastik atau sampah-sarap ke dalam laut. Jadilah warga yang bertanggungjawab dan menjaga alam sekitar kita.
Paling penting untuk utamakan keselamatan diri anda. Pastikan anda kenal pasti barang di sekeliling anda yang boleh membantu jika musibah berlaku. Mana tidaknya musibah seperti rebut, hujan lebat dan sebagainya berlaku tanpa kita duga. Pastikan diri dan harta benda anda selamat dari sebarang kecelakaan yang tidak diingini.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...