Memancing gelama agak mudah kerana ia dalam jumlah yang banyak, serta boleh ditemui di serata tempat. Gelama tidak memilih umpan selain udang, perumpun, sotong, ikan  malah anak ketam, siput, ala-ala, kupang dan dan sebagainya pernah dijumpai di dalam perutnya.

 

Ia adalah spesies pemakan tidak kira waktu. Sepanjang masa ia sentiasa sibuk melayan kerenah pemancing. Hampir 70% spesies gelama membesar kurang dari sekilogram, peralatan jenis ringan adalah paling sesuai dengan kaedah dua mata.

 

Kalau yang kecil gunakan mata kail udang (kecil, halus dan tajam) supaya ia cepat melekat pada mulutnya dan paling baik umpan tidak terlalu besar untuk mulut gelama yang kecil saiznya.

 

Gelama juga pernah menyambar bulu atau pancing apollo yang dihenjutkan di dasar air. Gelama adalah spesies yang mudah boleh dipujuk memakan umpan dengan kaedah mengampai umpan di dasar serta mengangkatnya perlahan-lahan atau menghenjut hujung joran berulang kali dengan lembut sebelum membalas apabila sentapan berlaku.

Ads

 

 

Umpan terbaik untuk memujuk gelama ialah perumpun. Kaedah ini membolehkan anda membawa satu peti gelama balik kerumah untuk dikeringkan. Ia mungkin seronok apabila sekali naik dua dan tarikannya boleh tahan pada permulaan sahaja sebelum ia lemah di kaki pancing.

 

Ads

Memancing sudah menjadi adat, kalaulah gelama tiada, susah jugak memancing sementara menunggu ikan besar merangut umpan.

Sunyi pulak rasanya tanpa dilayan oleh gelama tidak pilih waktu makan. Jenis gelama yang lebih besar seperti tirusan, jarang gigi, san gaa atau ibu gelama memerlukan tali berkekuatan 15Ib ke atas serta mata kail yang bersaiz 1/0, 2/0 ke atas.

Memburu spesies yang agak besar perlu keluar sedikit dari kawasan muara.

 

Ads

Ramai tidak gemar memancing gelama kerana ia kurang enak rasanya. Satu perkara lagi ialah asyik gelama saja yang naik, sebab itu ramai pemancing mula bosan melayan kerenahnya dan beralih kepada spesies lain. Gelama paling sesuai dimasak ialah gelama kering dan jeruk (digaramkan).

 

Peralatan dan Teknik Mancing Gelama!!

 

Malah industri mengeringkan gelama adalah menguntungkan kerana ia memang popular di pasaran tempatan yang banyak dijual di pasaraya disebabkan harga adalah murah.

Di antara gelama yang biasa dimasak tanpa dikeringkan ialah gelama tiga gigi, gelama pisang, gelama papan dan gelama jarang gigi. Kesemua jenis ini memiliki badan membujur dan memanjang badan dari kepala hingga ke ekor.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI