Saya tertarik dengan penjelasan admin Majalah Umpan dalam segmen Korang Tanya Umpan Jawab berkaitan dengan musim udang galah.
Saya bersetuju dengan pendapat admin, cuma saya ingin buat sedikit input berdasarkan pengalaman sendiri memancing udang galah.
Berkenaan musim udang galah, saya ada teori sendiri berdasarkan pengamatan bertahun-tahun. Biasanya Tahun Baru Cina sering dijadikan penanda kepada musim udang galah.
Sebabnya? Kalau dibandingkn dengan teori Majalah Umpan iaitu musim tiada hujan, persamaan di sini adalah musim panas.
Sebagaimana yang kita sedia maklum, Tahun Baru Cina biasanya disambut ketika iklim negara dalam musim panas. Secara semulajadi, udang galah aktif mencari makan ketika cuaca panas dan sebaliknya menjadi kurang aktif ketika air sejuk (musim hujan).
Ads
Bila udang aktif mencari makanan, baru la senang kita nak pancing. Kalau tak dapat banyak pun kita tidaklah kumpau nanti.
Dalam erti kata lainnya atau kata kuncinya di sini adalah faktor suhu air. Sebelum turun memancing udang galah, kita perlulah ambil tahu tentang suhu air.
Ads
Berkenaan kewujudan udang galah di air tawar dan air payau, sebenarnya udang galah boleh hidup di air tawar namun perlu turun ke air payau untuk membiak.
Sebab larva udang yang baru menetas hanya boleh survive dalam air payau. Setelah mencapai bentuk udang (pasca larva) ia akan kekal di kawasan air payau atau kembali ke air tawar sehingga ke hulu sungai.
Barang pancing yang telah digunakan sama ada di sungai atau laut, jangan dibiarkan begitu saja seperti melonggok baju dalam bakul. Sebaik-baiknya jangan tunggu lama, sampai sahaja di rumah, curi sedikit masa sewaktu dengan mencuci peralatan berkenaan. Berikut langkah-langkah selenggara yang perlu dilakukan.
#1 : CUCI
Tidak kira jika korang baru pulang dari laut atau sungai, sebaiknya cuci peralatan berkenaan dengan sabun mandian, syampu atau syampu kereta (elakkan mengguna sabun pencuci).
#2 : DRAG
Pastikan drag dan gelendung kekili diketatkan sebelum dibilas. Ia bagi mengelakkan air memasuki bahagian dalam kekili (housing). Kemudian anda bolehlah cuci dan membilasnya dengan air paip.
#3 : JORAN
Begitu juga dengan rod atau joran, pastikan anda bersihkan dan cuci pada bahagian pemegang dan juga setiap cincin.
#4 : MINYAK
Biarkan seketika sehingga kering. Lap menggunakan kain sekiranya terdapat lebihan air yang terkumpul. Apabila ianya kering, longgarkan kembali drag dan gunakan minyak seperti minyak gris, minyak kelapa atau minyak pelincir mesin jahit.
#5 : DRAG
Longgarkan drag kekili atau beri ruang kelegaan kepada drag anda sebelum menyimpannya. Sila simpan di tempat yang tidak terdedah kepada habuk seperti dalam beg, kotak atau bungkus bungkus saja dalam beg plastik.
#6 : PISAH
Sebaiknya pisahkan kekili dari joran sekiranya anda hendak menyimpannya dalam tempoh yang lama.
#7 : GEWANG
Bagi kaki casting, sebaiknya, masukkan gewang yang telah anda gunakan terutama jika casting di laut di dalam baldi yang mengandungi air sabun. Bilas, dan jemur di bawah cahaya matahari di tempat yang selamat sehingga kering. Ia bertujuan mengelakkan swivel, mata tiga atau tunggal berkarat.
#8 : KARAT
Jika menggunakan playar mudah karat, ia hendaklah dicuci setiap kali selesai memancing. Semburkan WD-40 pada bahagian spring tengahnya. Gerakkan berulang kali sehingga karat keluar dari bahagian yang bergerak dan lap karat tersebut. Lakukan sehingga playar tersebut tidak ketat lagi atau telah lancar pergerakkannya.
#9 : SIMPAN
Sila simpan di tempat yang sesuai untuk semua alatan pancing anda. Sediakan satu sudut khas di dalam rumah anda dan kemas semua perkakasan memancing di dalam kotak.
Jika merasa terusik dan terancam, lebah melindungi dirinya dengan cara menyerang si pengganggu. Haiwan berdengung ini juga punya sengatan! Efek disengat lebah pun boleh terasa sangat menyakitkan. Haiwan kecil bersayap ini akan menusukkan penyengatnya ke kulit. Sengatan lebah beracun tersebut mengandung protein yang akan mempengaruhi sel-sel kulit dan sistem kekebalan tubuh.
Perkara ini yang akan menyebabkan reaksi yang berbeza-beza, iaitu dari kesakitan ringan yang bersifat sementara hingga reaksi alergi yang berat. Efek disengat lebah dapat menimbulkan berbagai reaksi tubuh sebagai berikut:
Reaksi Ringan
Pada kebanyakan kes, gejala disengat lebah bersifat ringan. Reaksi ini meliputi; rasa sakit seperti terbakar yang tajam dan segera pada tempat sengatan. Kemerahan di kawasan sengatan. Bengkak ringan di sekitar kawasan sengatan. Bagi sebahagian besar orang, bengkak dan sakit hilang akan dalam waktu beberapa jam.
Reaksi Sederhana
Sengatan lebah pada sebahagian orang akan menyebabkan reaksi yang lebih kuat dengan tanda dan gejala berikut. Kemerahan berlebihan; pembengkakan pada kawasan sengatan yang beransur-ansur membesar selama satu atau dua hari berikutnya. Jenis reaksi sederhana ini cenderung hilang dalam 5-10 hari.
Reaksi Alergi Berat
Reaksi alergi berat atau dikenal sebagai reaksi anafilaksis, berpotensi mengancam jiwa dan memerlukan tindakan secepatnya. Sebahagian kecil orang yang disengat lebah mengalami reaksi ini dengan cepat. Tanda dan gejalanya meliputi:
Reaksi kulit berupa gatal-gatal, kulit memerah atau memucat yang menyebar.
Sukar bernafas.
Pembengkakan pada wajah, tenggorokan, atau lidah.
Kesukaran untuk menelan
Denyut nadi yang cepat dan lemah.
Gelisah dan cemas.
Mual, muntah, atau diare.
Sakit perut.
Pening atau pengsan.
Kehilangan kesedaran.
Penurunan mendadak tekanan darah.
Orang dengan reaksi alergi berat terhadap sengatan lebah berpeluang 25-65% mengalami anafilaksis di sengatan berikutnya.
Sebahagian besar kes disengat lebah hanya menghasilkan satu atau mungkin beberapa sengatan. Hal ini kerana lebah sendiri sifatnya tidak agresif dan hanya menyengat untuk melindungi dirinya. Namun, terdapat beberapa kes di mana seseorang mengalami banyak sengatan. Hal ini mungkin karena orang tersebut mengganggu sarang lebah atau gerombolan lebah.
Jika disengat lebah lebih dari sedozen kali, akumulasi racun dapat menyebabkan reaksi toksik dan menyebabkan beragam keluhan, antara lain:
Sebut sahaja elemen yang menjadi obsesi kepada kaki pancing, hampir semuanya ada pada spesies haruan.
Daripada elemen keterujaan apabila deburan sambaran kail, sifat karnivor dan agresif ikan ini mahupun kemampuan mengembalikan nostalgia lama, ikan haruan tidak dapat disangkal merupakan spesies kebanggaan pemancing di Malaysia.
Boleh dikatakan lebih separuh dari kaki pancing Malaysia, khususnya geng casting bermula dengan tangkapan ikan ini.
Tidak hairanlah spesies haruan memang cukup dikenali oleh kaki pancing di Malaysia tak kira yang bergelar otai atau yang baharu setahun jagung.
Kata orang kalau tak kenal spesies haruan ni, boleh bikin malu. Sedangkan yang bukan kaki pancing pun kenal akan spesies berkepala ular ini, lagikan kita yang hari-hari mengail.
Pancingan ikan haruan mampu membuatkan kaki pancing menjadi gian dek kerana kejutan hentaman pada umpan atau gewang.
Kaki pancing memang mengakui pancingan spesies snakehead ini mempunyai tarikannya tersendiri.
Spesies haruan juga merupakan spesies ikan pemangsa dan tarikan agresifnya secara tiba-tiba cukup membuatkan jantung anda berdebar-debar.
Terdapat dua cara pancingan haruan yang popular iaitu menggunakan umpan tiruan atau pun umpan hidup.
Bagi istilah umpan hidup, umpan yang popular digunakan ialah katak, anak ikan, cicak, cacing, udang sungai atau cengkerik. Katak merupakan umpan semula jadi yang paling popular.
Penggunaan katak boleh dilakukan dengan teknik merendam, unjunan atau pun mengilat.
Selain itu banyak teknik pancingan menggunakan umpan semula jadi boleh digunakan untuk pancingan haruan.
Antaranya ialah teknik pelampung, rawai, taut dan juga tajur yang merupakan antara teknik tradisional yang popular.
Tetapi bagi kaki casting tegar, teknik mengilat menggunakan umpan tiruan paling diminati. Sebab itulah muncul pelbagai jenis, rupa, bentuk, nama, istilah dan variasi umpan jenis ini sama ada diperbuat daripada kayu, getah, plastik dan sebagainya.
Contohnya, katak rambutan, spinnerbait atau janggut, jump frog, katak getak, gewang minnow, gewang permukaan, soft plastic dan sesudu antara gewang tiruan yang boleh
digunakan untuk menjerat ikan haruan. Ini menunjukkan haruan memang merupakan spesies yang tidak memilih gewang malah hampir kebanyakan gewang mampu menaikkan spesies ini.
Mengilat atau casting haruan agak mudah kerana haruan gemar kepada benda bergerak. Namun, sekiranya anda menemui spot yang dikenal pasti ada haruan tetapi tiada sebarang aksi sambaran, tip berikut boleh dicuba.
1. Lontar gewang dan buatlah karauan laju tiga hingga empat kali. Kemudian ubah kepada karau perlahan sambil melakukan henjutan pada gewang secara perlahan.
2. Sekiranya menggunakan jump frog atau soft frog, selang-seli kadar karauan sambil mengenjut gewang yang digunakan.
3. Lakukan karauan perlahan kemudian berhenti dan biarkan gewang pegun seketika. Kemudian lakukan henjutan dan teruskan dengan karauan perlahan.
4. Jika masih tiada sambaran, tukar pula gewang atau soft frog aksi tenggelam. Karau perlahan-lahan disulami henjutan kecil.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...