Pengalaman Seram Memancing Netizen!!

Share

 

Kes aku bersama kawan-kawan berlaku di Tasik Manong, Batu 3 Jalan Yong Peng. Kejadian di kaki Bukit Jintan. Masa tu tahun 90-an. Kita orang bergasak ikan kaloi berpuluh-puluh kilogram. Umpan udang kampung (udang bangkrok nama dia), kaloi dia besar-besar talam saiz dia. Setakat saiz-saiz pinggan tu kasi lepas je. Ikan sumbat dalam guni baja 50 kg penuh.

Kita orang pergi berenam. Ada sorang member ni siap bawak balik tunggul kayu. Tunggul tu sebijik rupa ikan kaloi. Ikat kat belakang motor. Kita orang memang tak tau dia ambik tunggul tu untuk bawak balik! Akibatnya… ambik kau!

Hampir empat kali pusing-pusing kita orang tetap jumpe jalan yang sama. Aduhhh… kompom sesat ni tak pun kene tutup jalan. So kita orang meeting la… tiba-tiba aku terpandang tunggul tu!

Aku cakap nak buang tunggul tu dia cakap baik buang ikan daripada buang tunggul tu. Tapi aku berkeras jugak… setelah aku ambik dan buang jauh-jauh, Alhamdulillah. Sekali round je… rupa-rupanya jalan nak keluar tu sebelah aje rupenya… wakakakaka. Selamat!

 

Saya baru lagi kena benda ni, lokasi Puchong Jaya. Selangor. Nasib baik la member aku jerit-jerit nama aku, port lombong sebelah timur ada hutan kecik. Aku try je masuk pasal nampak dari belah barat, port nampak cantek. Dah sampai belah timur nak patah balik belah barat, parking motor belah barat lombong. Aku masuk hutan tu.

Nak balik pasal nak ikut tepi lombong tak boleh semak rimbun, aku masuk je dalam hutan tu. Aku pusing-pusing dekat 30 minit. Hutan tu bukan rimbun sangat adalah dalam 200 meter persegi. Rasa dah macam kena culik bunian. Nasiblah kawan jerit-jerit ajak balik baru sedar saya dah ada sebelah utara lombong tu. Bahagia je rasa bila dah nampak muka member yg nampak marah tu pasal dari tadi jerit-jerit ajak balik.

 

Ado la satu cerito… tapi kelakarlah jugak. Poie ngonjon haruan dengan 3 orang kawan ni. Port ea dalam hutan belakang rumah sorang brader ni. Mintak la dio tunjukkan jalan ko port tu. Bilo dah sampai kita orang pun mulolah mancing dan brader ni cakap nak balik.

Tak lamo lepas tu… dio pusing balik mintak den hantar kan sobab sosek tak jumpo jalan walhal topek tu betul-betul belakang rumah dio jo. Polik ko tak polik tu… hahaha.

 

Published by
Amang