Pengalaman Netizen Umpan Mancing Kitang

Share

 

Biasanya orang guna mata kail kecil dengan pelampung… pelampung kira sejengkal dari mata kail. Ada orang guna teknik gantung je. Umpan udang kopek, hirisan sotong, roti, umpun-umpun dan sebagainya boleh digunakan. Nak pancing ikan ni di kawasan muara, pantai berbatu, kelong atau rumah rakit.

 

Jom share pengalaman korang mancing ikan kitang!

 

“Pengalaman pancing ikan ni kat tiang tengah jambatan Pulau Pinang. Mula-mula tak tahu pasal ikan ni. Selalu nampak ikan ni makan teritip kat tiang jamabatan hanya beberapa kaki dari permukaan air. Kawan ajar macam mana nak pancing. Ikan ni saya buat bakar je… paling masyuk bila dapat ikan yang ada telur… perghhh!”

  • Mohd Fauzi

 

 

“Cuti baru ni mancing ikan ni kat Muara Sg. Ibai. Pakai umpan hirisan sotong. Punya susah nak dapat sebab terpakai kail besar sikit. Air masa tu baru nak hala ke surut. Since air jernih nampak ikan ni makan teritip yang terlekat di batu dalam air. Giginya tajam sampai tali braided pun berbulu di tergigitnya.”

  • Md Raisyam

 

 

“Paling senang nak cari ikan ni kat celah-celah sangkar ternak ikan. Guna mata kail kecil saja berumpankan isi udang. Nak dapat banyak guna saja rod tanpa reel. Kalau guna joran buluh lagi bagus… dah macam kat parit pulak rasanya macam masa budak-budak dulu.”

  • Esa Mohamed

 

“Ikan ni berkawan… mudah nak dapat. Guna joran udang memang best layan. Di Terengganu, ikan ni orang tak makan sangat. Dikategori sebagai ikan pengacau yang mencuri umpan. Kalau dapat, biasa lepas balik.”

  • En Abe Din

 

 

“Pernah jugak layan ikan ni kat Sg. Mersing masa zaman budak-budak dulu. Sekali tu jugak pernah tertusuk duri sirip dia masa nak bukak mata kail zass satu kali n fuuyoooo… gelap pandangan menahan bisa dia.”

  • Han Too

 

“Tak tahu pulak ikan ni ada bisa, selalu le jugak dapat, kekadang amik, kekadang lepas balik, kalau dah kumpau tu kecik-kecik pun kebeh je tak nak kena sound ngan mak pergi mancing sehari suntuk balik telur baik gi mancing kat market. Haha…”

  • Hadi Madi

 

 

“Orang Sarawak yang berdarah Melanau banyak ikan yang pantang dimakan. Saya pernah tak percaya cakap ibu, bila makan ikan ni, habis gatal seluruh badan macam panau… nasib baik beberapa hari saja.

Nak ngail ikan ni guna mata kail kecil, sejengkal daripada mata kail bubuh pemberat kecil, setengah depa dari mata kail, gulung tangsi pada pen sekitar 1 kaki dan tahan dengan getah, biar semalaman. Masa nak mancing baru buka. Tangsi macam spring. Guna roti yang dikepal. Bila ikan makan… tali akan kelihatan macam spring ditarik. Layan…!”

  • Amir Saifudin Ahmad

 

 

“Ikan ni dulu admin kalau kat Kuantan memang sedap. Dulu masa mancing dengan ayah, dekat 20-30 ekor bawak balik goreng belada. Tapi sekarang ikan ni kalau dapat, nak jamah sikit pun takleh buat makan sebab berbau hanyir. Jadi hargai dan jaga la kebersihan harap sungai, muara kita bertmbah baik bukan buruk.”

  • Al Shaufik

 

 

“Pernah mancing ikan ni kat jeti RM5 Tanjung Harapan… masa nak buka mata kail, entah camne ikan ni ngelupur terkena plak duri atas tu. Dia punya bisa… hilang mood mancing! Berdenyut-denyut panas!”

  • Hafiz Razali
Published by
Amang