Pengalaman Netizen Mengail Ikan Kitang!!

Share

 

Orang Sarawak berdarah Melanau banyak ikan yang pantang dimakan. Saya pernah tak percaya cakap ibu, bila makan ikan ni, habis gatal seluruh badan macam panau… nasib baik beberapa hari sahaja.

Nak ngail ikan ni guna mata kail kecil, sejengkal daripada mata kail bubuh pemberat kecil, setengah depa daripada mata kail, gulung tangsi  pada pen sekitar 1 kaki & tahan dengan getah, biar semalaman. Masa nak mancing baru buka. Tangsi macam spring. Guna roti yang dikepal. Bila ikan makan… tali akan kelihatan macam spring ditarik. Layan…!

– Amir Saifudin

 

Ikan ni berkawan… mudah nak dapat. Guna joran udang memang best layan. Di Terengganu, ikan ni orang tak makan sangat. Dikategori sebagai ikan pengacau yang mencuri umpan. Kalau dapat, biasa lepas balik.

– Abe Din

 

 

Ada 1 tip boleh cubalah. Ambik buah nenas masak saiz kecik jer… kupas kulit ikat jadikan denak dalam air. Ikan ni suka makan buah-buahan. Lepas tu boleh guna apollo umpan isi udang or apollo mata kosong.

– Musketer Musketer

 

Duduk atas kelong, mancing celah-celah kayu pakai umpan roti… layan… tapi kawan aku kena duri dia, berlubang baq ang tangan dia… menggelupoq! haha!

– Khayum Karim

 

Cuti baru ni mancing ikan ni kat Muara Sg Ibai. Pakai umpan hirisan sotong. Punya susah nak dapat sebab terpakai kail besar sikit. Air masa tu baru nak hala ke surut. Since air jernih nampak ikan ni memecahkan & makan teritip yg terlekat di batu dalam air. Giginya tajam sampai tali braided pun berbulu digigitnya.

– Md Raisyam

 

 

Ikan ni dlu admin kalaa kat Kuantan memang sedap, dulu masa mancing dengan ayah, dekat 20-30 ekor bawak balik goreng belada. Tapi sekarang ikan ni kalau dapat, nak jamah sikit pun tak boleh buat makan sebab berbau hanyir. Jadi hargai dan jagalah kebersihan, harap sungai, muara kita bertambah baik, bukan buruk.

– Al Syaufiq

 

Paling senang nak cari ikan ni… kat celah-celah sangkar ternak ikan, guna mata kail kecil sahaja berumpankan isi udang. Nak dapat banyak guna saja rod tanpa reel. Kalau guna joran buluh lagi bagus. Dah macam kat parit pulak rasanya macam masa budak-budak dulu… tapi awas sirip atas ikan ni… bisa kalau kena.

– Esa Mohd

 

Ikan ni sedap goreng n buat masak lemak cili api… Dulu rajin menyiang sampai tangan kena duri dia… bisa yang amat la sampai kena pergi klinik cucuk.

– Noor Saliah

 

Pengalaman pancing ikan ni kat tiang tengah jambatan Pulau Pinang. Mula-mula tak tahu pasal ikan ni. Selalu nampak ikan ni makan teritip kat tiang jambatan. Hanya beberapa kaki dari permukaan air. Kawan ajar macam mana nak pancing. Guna roti, mata kail kecil. Ikan ni saya buat bakar je… paling masyuk bila dapat ikan yang ada telur… perghhh!

– Mohd Fauzi

 

 

Pernah jugak layan ikan ni kat Sg. Mersing masa zaman budak-budak dulu. Sekali tu jugak pernah tertusuk duri sirip dia masa nk bukak mata kail zass satu kali. Fuuyoooo… gelap  pandangan menahan bisa dia… berdenyut-denyut beb….!

– Han Too

 

Kalau ikan kitang saiz pinggan… boleh guna mata 1 saiz kecik umpan belacan gaul dengan tepung. Pakai pelampung… perambut tak payah panjang… air gerak pasang dia start makan… dah penuh dia tak nak layan. Kawan nak try kat Kg Pasir Putih, Pasir Gudang.

– Dr Ismadi

 

Pernah kena sengat dengan ikan kitang. Sekali kena terus nyut-nyut. Tak tahan sangat… kencing terus kat tangan. Lepas tu rendam dalam air laut… Alhamdulillah. Lepas tu mula dah kurang sakitnya.

– Hafiz Shafinaz

 

Published by
Amang